25/08/2026
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1448H / 2026
25 Ogos 2026 | SELASA - Bertemakan Slogan "MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI " Penjara Negeri Sembilan telah menyertai Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah diadakan Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Penyertaan ini, terdiri daripada 30 orang kakitangan melibatkan institusi-institusi Penjara di Negeri Sembilan. Hadir bersama meraihkan sambutan PKK Talhah bin Hasim Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Mohd Kolek bin Mohd Nor Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PP Mohd Azman bin Nabar@ Romin Timbalan Pengarah Penjara Seremban dan TPP Mohd Arif bin Shamsudin Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin.
MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI