Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Perikanan Negeri Sembilan, Government Organization, Aras 10, Menara MAINS, , Jalan Taman Bunga, Seremban.

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia menguruskan hal ehwal perikanan di NS, khususnya pengurusan sumber perikanan, lesen menangkap ikan, membantu para penternak akuakultur, ikan hiasan dan usahawan produk perikanan.

01/06/2026


π€πˆπ’ 𝐁𝐀𝐓𝐔 π‚π€πŒππ”π‘ (𝐀𝐁𝐂) 𝐒𝐄𝐀𝐖𝐄𝐄𝐃 πŒπ„ππƒπ€ππ€π“ ππ„π‘πŒπˆππ“π€π€π 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππ”ππ˜π€πˆ ππ€ππ˜π€πŠ πŠπ‡π€π’πˆπ€π“ π”ππ“π”πŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€ππŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡, πŸπŸ‘ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: ...
25/05/2026

π€πˆπ’ 𝐁𝐀𝐓𝐔 π‚π€πŒππ”π‘ (𝐀𝐁𝐂) 𝐒𝐄𝐀𝐖𝐄𝐄𝐃 πŒπ„ππƒπ€ππ€π“ ππ„π‘πŒπˆππ“π€π€π 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππ”ππ˜π€πˆ ππ€ππ˜π€πŠ πŠπ‡π€π’πˆπ€π“ π”ππ“π”πŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡, πŸπŸ‘ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Sempena Kuala Pilah Agro Festival 2026 bertempat di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah, Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Cawangan Pengembangan telah menjadikan Kuala Pilah daerah pertama membuat demonstrasi Ais Batu Campur (ABC) π‘Ίπ’†π’‚π’˜π’†π’†π’… sebagai usaha mempelbagaikan produk hiliran rumpai laut dalam industri akuakultur tempatan.

Banyak khasiat dan manfaat daripada π‘Ίπ’†π’‚π’˜π’†π’†π’… antaranya menghidrat tubuh, melawaskan sistem penghadaman, mengandungi pelbagai nutrien seperti zat besi, kalsium dan magnesium yang menyokong fungsi tubuh secara keseluruhan dan membekalkan antioksidan untuk kesihatan kulit. πŸ‘

Demonstrasi ini diketuai oleh Cik Doreen Wee Siew Leen, Ketua Cawangan Akuakultur & Pengembangan serta dibantu oleh Encik Mohd Nor Effendi bin Abd Aziz dan Puan Siti Fatimah binti Saperti dari Unit Pengembangan, DOF Negeri Sembilan.🀝

Pengunjung berpeluang mempelajari cara penyediaan ABC π‘Ίπ’†π’‚π’˜π’†π’†π’… serta merasai sendiri keunikan dan rata-rata mereka amat tertarik dengan rasa air minuman π‘Ίπ’†π’‚π’˜π’†π’†π’… yang sebelum ini tak pernah merasainya. πŸ‘

Harapan utama jabatan adalah untuk mempromosikan produk hiliran rumpai laut seperti ABC π‘Ίπ’†π’‚π’˜π’†π’†π’…
sebagai satu inovasi minuman sihat yang mampu meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan dan memperkenalkan khasiat rumpai laut kepada masyarakat.πŸ’ͺ


πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡ π€π†π‘πŽ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡, πŸπŸ‘ & πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Pejabat Perikana...
25/05/2026

πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡ π€π†π‘πŽ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ πŸπŸŽπŸπŸ”

πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡, πŸπŸ‘ & πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah telah menyertai reruai pameran sempena Kuala Pilah Agro Festival 2026 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kuala Pilah bertempat di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah.πŸ‘

Perasmian karnival telah disempurnakan oleh YB Dato' Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah. Turut hadir YBrs Tuan Sharipuddin bin Mohd Haidi, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Ketua/wakil jabatan peringkat negeri dan persekutuan.🀝

Selain pameran dari jabatan dan agensi terlibat, karnival ini telah mengumpul pelbagai produk industri asas tani dan usahawan bimbingan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut diadakan Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah sepanjang 2 hari berlangsungnya karnival.

Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah turut membuka Kaunter Perkhidmatan Bertemu Pelanggan untuk memberikan khidmat nasihat dan penerangan fungsi Jabatan di daerah Kuala Pilah. πŸ’ͺ


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„ππˆπ‡ πˆπŠπ€π πŠπ„ ππ„π‘π€πˆπ‘π€π π”πŒπ”πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‹π€π˜π€π 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€πŒππˆππ“π€πŒππˆπ, 𝟐𝟏 πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Satu Prog...
23/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„ππˆπ‡ πˆπŠπ€π πŠπ„ ππ„π‘π€πˆπ‘π€π π”πŒπ”πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‹π€π˜π€π 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€πŒππˆπ

π“π€πŒππˆπ, 𝟐𝟏 πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Satu Program Pelepasan Benih Ikan Asli ke Perairan Umum telah dilaksanakan oleh Pejabat Perikanan Daerah Tampin dengan pelepasan sebanyak 8 ribu ekor ikan baung sungai telah dilepaskan di Perairan Sungai Muar bertujuan untuk menambah stok ikan asli di perairan tersebut. 🐟

Program ini telah dihadiri oleh Encik Md Johari bin A Latif, Ketua Daerah Perikanan Tampin dan kakitangan Pejabat Perikanan Daerah; Pengerusi myKP Kg Londah dan Kg.Pasir Besar, Encik Ahmad bin Ujang serta komuniti Nelayan Darat bagi Daerah Tampin.🀝

Semoga usaha ini dapat membantu penambahan stok ikan asli di perairan sungai agar ianya dapat terus dirasai oleh generasi yang akan datang.πŸ’ͺ


π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„ππ†π„πŒππ€ππ†π€π ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐦𝐲𝐊𝐏 (πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π) π“πŽππ„πŠ π†πŽπƒπ€ππ† πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡...
17/05/2026

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„ππ†π„πŒππ€ππ†π€π ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐦𝐲𝐊𝐏 (πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π) π“πŽππ„πŠ π†πŽπƒπ€ππ†

πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡, πŸπŸ” πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah telah mengadakan satu sesi libat urus dan pengukuhan bersama myKP (Komuniti Perikanan) Tobek Godang di Kg. Sikai, Kuala Pilah sempena Program Memancing Mingguan Tobek Godang pada 16 & 17 Mei 2026. πŸ‘

Libat urus ini dijalankan bagi mengenal pasti spesies ikan yang terdapat di estet Ikan Tobek Godang untuk tujuan rekod pendaratan hasil ikan oleh Jabatan serta memastikan penyampaian maklumat berkaitan program dan bantuan Jabatan dapat disampaikan dengan jelas dan terus kepada komuniti. Spesies ikan yang dikenalpasti terdapat di estet Ikan ini antaranya ikan patin, jelawat, lampam jawa, tilapia hitam dan baung.πŸ’ͺ

Sesi libat urus ini dihadiri oleh Cik Doreen Wee Siew Leen, Ketua Cawangan Akuakultur & Pengembangan DOF Negeri Sembilan. Turut hadir Encik Mohd Nor Effendi bin Abd. Aziz, Ketua Unit Pengembangan; Encik Shahrul Nizam bin Baharudin, Ketua Daerah Perikanan Kuala Pilah; Encik Mohd Zin bin Semek, Pengerusi myKP Tobek Godang; kakitangan pejabat perikanan negeri dan daerah serta ahli-ahli jawatankuasa myKP.🀝

Sesi berinteraksi bersama komuniti akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memantau perkembangan serta kejayaan myKP Tobek Godang. 🐟


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ ππ„π‹πˆπ€ @ π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πƒπˆπŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ„πŒπ€ππ‚πˆππ† πˆπŠπ€π ππ”π˜π” πƒπ€π‹π€πŒ π“π€ππ†πŠπˆπ‰π„π‹π„ππ”, πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”...
14/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ ππ„π‹πˆπ€ @ π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πƒπˆπŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ„πŒπ€ππ‚πˆππ† πˆπŠπ€π ππ”π˜π” πƒπ€π‹π€πŒ π“π€ππ†πŠπˆ

𝐉𝐄𝐋𝐄𝐁𝐔, πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Pejabat Perikanan Daerah Jelebu telah menganjurkan aktiviti Cabaran Memancing Ikan Puyu Dalam Tangki sempena sambutan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Jelebu di perkarangan SMK Teriang Hilir yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Jelebu.πŸ’ͺ

Seawal jam 8.00 pagi, booth Jabatan Perikanan yang menempatkan tangki ikan puyu telah dipenuhi oleh pelajar sekolah, malah guru dan orang awam juga turut sama mencuba nasib dalam cabaran memancing yang belangsung ini.πŸ‘

Sebanyak 10 kilogram atau 100 ekor puyu dilepaskan ke dalam tangki sebelum peserta diberi peluang memancing. Pancing serta umpan disediakan dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Peserta yang berjaya memancing ikan berkenaan, boleh membawa pulang ikan tanpa sebarang bayaran.🐟

Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Murad bin Nordin, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jempol Jelebu. Hadir sama Tn. Hj Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu; Puan Norleila binti Ismail; Pengetua SMK Teriang Hilir; Encik Faizal bin Aziz; Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu serta ketua dan wakil agensi peringkat daerah.🀝


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŒπ„πŒπ€π’π€πŠ ππ„π’πŽππ€ 𝐑𝐀𝐒𝐀 π€πŠπ”π€πŠπ”π‹π“π”π‘ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€πŒππˆππ“π€πŒππˆπ, πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Bertempat di Taman Rekreasi Kg.Pas...
14/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŒπ„πŒπ€π’π€πŠ ππ„π’πŽππ€ 𝐑𝐀𝐒𝐀 π€πŠπ”π€πŠπ”π‹π“π”π‘ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€πŒππˆπ

π“π€πŒππˆπ, πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: Bertempat di Taman Rekreasi Kg.Pasir Besar Gemas telah diadakan Program Pertandingan Memasak Pesona Rasa Akuakultur melibatkan peserta komuniti Pasir Besar dan Gemas. 5 Kumpulan seramai 10 peserta telah menyertai pertandingan memasak dengan menggunakan bahan utama masakan Udang Galah dan Ikan Tilapia Merah.🐟🦐

Program Pertandingan Memasak Pesona Rasa Akuakultur ini berperanan sebagai platform mempromosikan Ikan Air Tawar sebagai sumber protein yang berkhasiat dan enak kepada masyarakat serta memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam mencipta resipi baharu, terutamanya menggunakan teknik masakan tradisional dan moden.πŸ‘

Program ini dihadiri oleh Cik Doreen Wee Siew Leen, Ketua Cawangan Akuakultur dan Pengembangan; Encik Mohd Nor Effendi bin Abd. Aziz, Ketua Unit Pengembangan; Encik Md Johari A Latif, Ketua Daerah Perikanan Tampin; Puan Saniah binti Mamat, Pengerusi JPKK Kg.Pasir Besar; kakitangan pejabat perikanan negeri dan daerah, komuniti nelayan darat serta masyarakat setempat.πŸ’ͺ

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Memasak Pesona Rasa Akuakultur.


Address

Aras 10, Menara MAINS, , Jalan Taman Bunga
Seremban

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067656617

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Sembilan:

Share