Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban Pejabat Belia & Sukan Daerah Seremban
Kompleks Belia dan Sukan Paroi
70400 Seremban, NS. (06)7631806

📢 LSK Seremban 2026 Kini Kembali! 📢Pendaftaran kini dibuka kepada semua yang berminat!Jangan lepaskan peluang untuk meny...
01/06/2026

📢 LSK Seremban 2026 Kini Kembali! 📢

Pendaftaran kini dibuka kepada semua yang berminat!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai LSK Seremban 2026 dan menjadi sebahagian daripada program yang penuh dengan pengalaman serta manfaat yang menarik.

✅ Daftar sekarang
📞 Hubungi nombor yang tertera pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Tempat adalah terhad, jadi cepat daftar sebelum terlambat!







MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) SEREMBAN TAHUN 2026Seremban, 25 Mei 2026 - Satu Mesyuarat Peny...
25/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) SEREMBAN TAHUN 2026

Seremban, 25 Mei 2026 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Teknikal bagi LSK Seremban 2026 telah diadakan pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban untuk membincangkan konsep pelaksanaan, peraturan serta syarat-syarat pertandingan bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan dihadiri oleh Encik Jamsari bin Mohamad dan Encik Nik Shazly Anuar bin Noor Rosdy dari Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Puan Azneelawati binti Abdullah dan Encik Faisal dari Kelab Bola Jaring Naga Merah manakala Puan Hazlin bin Mansor dari Kelab Bola Tampar Waja serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bagi menyelaras setiap aspek berkaitan pertandingan dan persiapan program.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan lagi perjalanan LSK Seremban 2026 serta memastikan semua pihak mendapat maklumat yang jelas dan teratur.








Perhimpunan Bulanan JBSN Mei 2026Seremban, 22 Mei 2026 - Pegawai serta warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremb...
25/05/2026

Perhimpunan Bulanan JBSN Mei 2026

Seremban, 22 Mei 2026 - Pegawai serta warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban turut hadir atas talian ke Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi Mei 2026 yang berlangsung di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan amanat agar semua warga kerja sentiasa memberikan komitmen, dedikasi dan usaha yang berterusan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang telah di amanahkan.





Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM PENJELAJAHAN LASAK ARPRM TAHAP PERAK SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR TAHUN 2026Jelebu...
24/05/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM PENJELAJAHAN LASAK ARPRM TAHAP PERAK SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR TAHUN 2026

Jelebu, 24 Mei 2026 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kem Penjelajahan Lasak ARPRM Tahap Perak di Kem Bukit Perjuangan, Jelebu.

Kem penjelajahan lasak adalah salah satu komponen wajib untuk setiap peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak disamping komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal dan Kemahiran. Ianya perlu dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Kem ini telah disertai seramai 70 orang peserta Tahap Perak dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban.

Majlis Perasmian Penutup Kem Penjelajahan Lasak ini telah disempurnakan oleh Ybhg En Naresh Kumar a/l Tangayah Penolong Pengarah Kanan Unit Latihan dan Pentauliahan BPRM Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Encik Norezal Bin Nordin Ketua Bidang Teknik dan Vokasional mewakili Pengetua SMS Tuanku Munawir, En Mohd Khushairi Bin Zainal Unit Rakan Muda PBSD Seremban, En Zaharuddin Bin Abdul Majid Pemimpin ARPRM, Pn Norlida Binti Daud Pengerusi Saserana Batch 2327, Puan Fadlina Binti Razali Penyelaras ARPRM Saserana Batch 2327, En Rosmadi Bin Ariff Pemilik Kem Bukit Perjuangan, Saudara Raiyan Hakim Woon Mentor ARPRM dan semua ahli jawatankuasa Saserana dan para jurulatih

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kem penjelajahan lasak ini , semoga semua terus cekal untuk meneruskan tahap yang seterusnya.




Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA INDIA (M) CAWANGAN SEREMBAN TAHUN 202623 Mei 2026, Seremban — Telah berlangsung Mes...
23/05/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA INDIA (M) CAWANGAN SEREMBAN TAHUN 2026

23 Mei 2026, Seremban — Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Belia India (M) atau Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Seremban bertempat di Pejabat Majlis Belia Negeri Sembilan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Saudara Sanjay a/l Sangaran, Ketua Cawangan MIYC Seremban dan seterusnya dirasmikan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.

Turut hadir ialah Saudara Hemanath Ruban, Ketua Cawangan MIYC Rasah, Saudara Mustaza bin Mustafa Kamal dan Saudara Hafizuddin bin Hasnan daripada Majlis Belia Daerah Seremban.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MIYC Seremban atas kejayaan menganjurkan MAT pada tahun ini dalam usaha memperkukuh gerak kerja persatuan serta memperkasa pembangunan belia di daerah Seremban.

Semoga MIYC Seremban terus aktif dan menjadi platform yang progresif dalam melahirkan belia yang berdaya saing, berwibawa dan aktif dalam komuniti.

21/05/2026

Video sepanjang Bengkel Pelan Pembangunan Komuniti MBS 2027-2030 Siri 1 yang telah berlangsung pada 12-14 Mei 2026.

Kredit video kepada: Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan, Majlis Bandaraya Seremban

PROGRAM RHYTHM RITMA KEHIDUPAN HARMONI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN20 Mei 2026, Seremban — Bertempat di Dewan Perdana KRS, ...
20/05/2026

PROGRAM RHYTHM RITMA KEHIDUPAN HARMONI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN

20 Mei 2026, Seremban — Bertempat di Dewan Perdana KRS, telah berlangsung dengan jayanya Program RHYTHM: Ritma Kehidupan Harmoni Peringkat Daerah Seremban, hasil kerjasama antara Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Program yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh harmoni ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, EXCO Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Tuan Haji Muhammad Yusri bin Che Dah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.

Program ini melibatkan penyertaan warga emas daripada PAWE Sikamat bersama golongan belia dari MSU College Seremban melalui pelbagai aktiviti interaktif dan pengisian yang menggalakkan hubungan antara generasi serta menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat terus meningkatkan kesejahteraan warga emas di samping memperkasa peranan belia dalam bidang kesukarelawanan dan perkhidmatan kebajikan, khususnya terhadap golongan warga emas.

Perhimpunan Bulanan KBS Mei 2026Seremban, 20 Mei 2026 - Pegawai serta warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremba...
20/05/2026

Perhimpunan Bulanan KBS Mei 2026

Seremban, 20 Mei 2026 - Pegawai serta warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban turut hadir atas talian ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan bagi Mei 2026 yang berlangsung di Lobi KBS, Menara KBS, Putrajaya.

Majlis yang berlangsung penuh semangat ini telah disempurnakan oleh YB Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dengan amanat yang menekankan kepentingan memperkasa belia dan memperkukuh pembangunan sukan negara.





Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda

RAKAN PRIHATIN: PROGRAM MOBILISASI  SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN SIRI 2/202616 Mei 2026 (Sabtu) Sere...
16/05/2026

RAKAN PRIHATIN: PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN SIRI 2/2026

16 Mei 2026 (Sabtu) Seremban - Telah berlangsung Program Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban Siri 2/2026 bertempat di D'Tempat dan X Park, Sendayan.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Persatuan Belia Dinamik Barat, Kelab Rakan Muda Rasah dan peserta ARPRM Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Antara pengisian dalam program ini adalah sukarelawan bagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Turut hadir En Naresh Kumar a/l Tangayah Penolong Pengarah Kanan Unit Latihan dan Pentauliahan BPRM Jabatan Belia dan Sukan Negara , Cik Reena Nornisha Binti Nordin, En Mohd Khushairi Bin Zainal dari PBSD Seremban dan En Zaharuddin Bin Abdul Majid Pemimpin ARPRM serta ahli-ahli dari Persatuan Belia Dinamik Barat

Program ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memastikan kesinambungan pembangunan budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia disamping dapat memberi manfaat langsung kepada komuniti sasaran, malah berperanan sebagai platform pembentukan modal insan berjiwa rakyat yang mampu menyokong agenda pembangunan sosial dan kesejahteraan negara secara mampan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam perlaksanaan program ini.

Persatuan Belia Dinamik Barat NS
KELAB RAKAN MUDA RASAH





Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda

Address

Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067631806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban:

Share