SMK Dato' Sheikh Ahmad, Seremban

SMK Dato' Sheikh Ahmad, Seremban Sejarah Sekolah ini telah dibuka pada bulan Januari 1966 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Kampung Merbah, Seremban.
(1)

Pada 31 Mei 1968 pula Menteri Pelajaran Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari telah merasmikan sekolah ini. Namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad. Mata pelajaran Seni Perusahaan telah dimulakan di sekolah ini untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah ini telah menjadi pusat rujukan Jabatan Seni Perusahaan bagi sekolah-sekolah lain. Jabatan Seni Perusahaan ini men

jadi model bagi sekolah-sekolah di sekitar daerah Seremban yang memulakan mata pelajaran tersebut. Pada bulan Jun 1966, sekolah ini mepunyai tiga blok bangunan termasuk blok pentadbiran. Bangunan tersebut mempunyai 12 buah kelas yang menampung kira-kira 459 orang murid termasuk 19 orang guru, pengetua dan 8 orang kakitangan. Pada tahun 1967 bilangan kelas bertambah kepada 27 buah. Pada tahun 1968, semua pelajar perempuan telah dipindahkan ke Sekolah Tunku Ampuan Najihah . Sekolah ini hanya menempatkan pelajar lelaki sehingga tahun 1982. Pada tahun tersebut pelajar perempuan ditempatkan di Kelas Peralihan dan Tingkatan 2. Pada tahun 1995, kelas aliran agama diwujudkan dengan pengambilan pertama seramai 26 pelajar lelaki. Dua buah bilik telah diubahsuai menjadi asrama untuk penempatan mereka. Pada tahun tersebut, sekolah ini juga menempatkan 7 org pelajar Bakat Bola Tampar Lelaki. Kemudian pada tahun 1998 Kelas Aliran Agama telah dibuka kepada pelajar perempuan dan ditutup pengambilannya untuk pelajar lelaki. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini dinaikan ke Gred A dan pada tahun 2000, 4 blok bangunan 4 tingkat dibina di padang sekolah menempatkan 1 blok asrama perempuan, 1 blok Bengkel Kemahiran Hidup dan 1 Blok Makmal Sains. Di blok yang sama ditempatkan bilik-bilik khas seperti Bilik Kaunseling, Bilik Mesyuarat, Makmal Bahasa, Bilik Pendidikan Seni Visual dan lain-lain bilik untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Asrama sekolah menempatkan pelajar perempuan dari Kelas Aliran Agama dan juga pelajar Bakat Bola Tampar dari seluruh Negeri Sembilan.

Doakan kejayaan Lum Man Jun & Muhammad Ariq Safiy di Pertandingan MITC Peringkat Kebangsaan di Klana Resort (5-7 Mei 202...
04/05/2026

Doakan kejayaan Lum Man Jun & Muhammad Ariq Safiy di Pertandingan MITC Peringkat Kebangsaan di Klana Resort (5-7 Mei 2026)

24/04/2026

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Kami warga DSHAH memohon kepada-Mu agar Engkau permudahkan segala urusan Cikgu Noranizah dan Cikgu Ismail yang bakal menunaikan ibadah haji. Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, kekuatan jasmani dan rohani, keselamatan sepanjang perjalanan, serta ketenangan dalam melaksanakan setiap rukun dan wajib haji.

Ya Allah, jadikanlah ibadah haji mereka haji yang mabrur, sa‘i yang diterima, dosa-dosa yang diampunkan, dan doa-doa yang dimakbulkan. Semoga mereka kembali ke tanah air dalam keadaan sihat, selamat, dan penuh keberkatan.

Ya Allah, kami juga mendoakan agar semua pembantu pengurusan murid PPKI sentiasa dipermudahkan segala urusan, diberi kesabaran, ketabahan, keikhlasan, serta kesihatan yang sihat walafiat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.

Limpahkanlah rahmat, kasih sayang dan keberkatan-Mu kepada kami semua warga DSHAH. Semoga setiap usaha dan bakti yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima di sisi-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Wan Maimunah atas segala jasa, pengorbanan, i...
16/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Wan Maimunah atas segala jasa, pengorbanan, ilmu, dan bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad.

Segala dedikasi, keikhlasan, dan komitmen Cikgu dalam mendidik anak bangsa serta menyumbang kepada kecemerlangan sekolah amat kami hargai dan sanjungi. Kehadiran Cikgu bukan sahaja sebagai pendidik yang berwibawa, malah sebagai insan yang sentiasa memberi inspirasi, tunjuk ajar, dan semangat kepada warga sekolah.

Sesungguhnya, persaraan ini bukanlah noktah kepada jasa yang telah ditaburkan, tetapi menjadi satu lembaran baharu yang penuh dengan ketenangan, kebahagiaan, dan keberkatan. Kenangan bersama Cikgu akan sentiasa terpahat dalam hati kami seluruh warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad.

Kami mendoakan agar Cikgu Wan Maimunah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Selamat bersara, Cikgu Wan Maimunah.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.

Ikhlas daripada,
Warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad

Tahniah buat Pasukan Bola Tampar DSHAH atas kejayaan cemerlang dalam MSSD Seremban 2026!Pencapaian membanggakan: • Johan...
16/04/2026

Tahniah buat Pasukan Bola Tampar DSHAH atas kejayaan cemerlang dalam MSSD Seremban 2026!

Pencapaian membanggakan:
• Johan — P15
• Naib Johan— P18
• Tempat Ketiga — L15

Syabas atas semangat juang, disiplin, dan kerja keras yang ditunjukkan. Kejayaan ini pastinya menjadi kebanggaan sekolah dan inspirasi kepada warga DSHAH. Teruskan melakar kecemerlangan dan semoga lebih banyak kejayaan diraih pada masa akan datang.

DSHAH hebat, terus gemilang!

Alhamdulillah. Keputusan MQSS Daerah Seremban 11. Johan Hafazan Lelaki2. Johan Tilawah Perempuan 3. Naib Johan Tahfiz Ju...
09/04/2026

Alhamdulillah. Keputusan MQSS Daerah Seremban 1
1. Johan Hafazan Lelaki
2. Johan Tilawah Perempuan
3. Naib Johan Tahfiz Juz 1-30 Lelaki
4. Keempat Khat Lelaki
5. Kelima Tilawah Lelaki
6. Kelima Hafazan Perempuan
7. Penyertaan Khat Perempuan

Alhamdulillah, Mesyuarat Panitia Daerah PQS dan PSI telah berlangsung dengan jayanya di Klana Resort. SMK Dato’ Sheikh A...
02/04/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Panitia Daerah PQS dan PSI telah berlangsung dengan jayanya di Klana Resort. SMK Dato’ Sheikh Ahmad telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi mesyuarat ini

Alhamdulillah, tahniah buat semua peserta dan guru pembimbing atas pencapaian hebat dalam Negeri Sembilan IT Challenge 2...
02/04/2026

Alhamdulillah, tahniah buat semua peserta dan guru pembimbing atas pencapaian hebat dalam Negeri Sembilan IT Challenge 2026.
Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan keyakinan, kesungguhan dan sokongan padu, tiada halangan untuk mencapai impian.

Teruskan melangkah maju dan menjadi inspirasi buat semua.
Tahniah Kontinjen Daerah Seremban!

PLC ini dikendalikan oleh Cikgu Khairuddin kepada guru-guru TVPSS SMK Dato’ Sheikh Ahmad bagi memberi pendedahan tentang...
02/04/2026

PLC ini dikendalikan oleh Cikgu Khairuddin kepada guru-guru TVPSS SMK Dato’ Sheikh Ahmad bagi memberi pendedahan tentang penggunaan alatan kamera yang terkini. Program ini bertujuan memantapkan kemahiran guru dalam menghasilkan rakaman video sekolah yang lebih berkualiti, jelas dan berinformasi.

Majlis Apresiasi Guru SPM 2025/2026 , Staf Pembersihan sekolah dan Staf Keselamatan SMK Dato’ Sheikh Ahmad“Guru mendidik...
02/04/2026

Majlis Apresiasi Guru SPM 2025/2026 , Staf Pembersihan sekolah dan Staf Keselamatan SMK Dato’ Sheikh Ahmad

“Guru mendidik jiwa, staf pembersihan menceriakan suasana, staf keselamatan melindungi warga semuanya wira sekolah yang istimewa.”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Norsamiah atas segala jasa, bakti dan pengorbanan ...
01/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Norsamiah atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang 28 tahun berkhidmat di SMK Dato’ Sheikh Ahmad (DSHAH).

Sepanjang berada di DSHAH, Ustazah bukan sahaja telah mendidik dengan penuh dedikasi dan kasih sayang, malah menjadi insan yang banyak memberi inspirasi, tunjuk ajar dan contoh teladan kepada warga sekolah. Segala ilmu, nasihat dan kebaikan yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Sesungguhnya persaraan ini bukanlah pengakhiran kepada sebuah perjuangan, tetapi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih tenang dan bermakna. Semoga Ustazah dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta keberkatan dalam setiap langkah selepas ini.

Jasa Ustazah tetap dikenang, budi Ustazah tetap disanjung.
Terima kasih atas 28 tahun yang penuh makna di DSHAH.

Selamat bersara, Ustazah Norsamiah.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Address

Jalan Tunku Kurshiah
Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato' Sheikh Ahmad, Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category