Kor SUKSIS UiTM Seremban

Kor SUKSIS UiTM Seremban Selamat datang ke Facebook Rasmi Kor SUKSIS UiTM Seremban . Laman ini adalah untuk menyampaikan informasi aktiviti-aktiviti Kor SUKSIS UiTM Seremban dan

Penubuhan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula selepas mesyuarat yang diadakan pada 16 Julai 2003 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia , Bukit Aman. Mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat antara kedua-dua pihak untuk menubuhkan Kor SUKSIS UiTM Shah Alam. Pengambilan pertama pelatih Kor SUKSIS UiTM seramai 70 orang telah dimulakan pada 1 Disemb

er 2003. Pada Julai 2005 UiTM Shah Alam telah melengkapkan pengambilan keanggotaan pelatih menjadi seramai 210 orang. Jumlah tersebut terus dikekalkan sehingga pengambilan terkini. Pada Julai 2004, pengambilan pelatih Kor SUKSIS UiTM turut diperluaskan ke kampus UiTM Pulau Pinang. Sehingga kini UiTM Pulau Pinang turut mempunyai seramai 210 pelatih pada setiap sesi pengajian. UiTM telah diberikan kelulusan oleh YDH Ketua Polis Negara pada 1 Ogos 2012 untuk menawarkan latihan Kor SUKSIS ke seluruh kampus cawangan. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mengikut keupayaan perjawatan PDRM dengan dimulai oleh UiTM Kedah, UiTM Pahang dan UiTM Sabah. UiTM Negeri Sembilan memulakan pengambilannya pada 16 Oktober 2014 seramai 48 pelatih bagi skuad 1/2014 dan jumlah ini akan ditingkatkan lagi bagi pengambilan skuad pada masa akan datang. Program latihan dan aktiviti yang dijalankan Kor SUKSIS yang dijalankan di UiTM adalah mengikut silibus program latihan dan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Latihan Bukit Aman yang turut digunakan oleh semua IPTA. Semua bentuk latihan luar dan akademik dikendalikan oleh pegawai / anggota tetap PDRM yang ditempatkan di UiTM.

ANNUAL GENERAL MEETING | 22 DISEMBER 2023Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 ...
31/12/2023

ANNUAL GENERAL MEETING | 22 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN telah menjalani Annual General Meeting untuk tahun ini.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2023/2024.

TARIKH: 22/12/2023 (JUMAAT)
LOKASI: TPSU 2

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kepimpinan lama sesi 2021/2022. Semoga kepimpinan baru membawa kemajuan dan sukses untuk KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN.

Sekian, terima kasih.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024 | 1 JANUARI 2024Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻KOR SUKSIS UiTM Negeri Sembil...
31/12/2023

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024 | 1 JANUARI 2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

KOR SUKSIS UiTM Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 ✨

“Although no one can go back and make a brand new start, anyone can start from now and make a brand new ending.” - Carl Bard

Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada KOR SUKSIS UiTM Negeri Sembilan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

PROGRAM STAY ALERT! BEWARE OF SCAMS! | 22 DISEMBER 2023Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻Barisan Skuad 7/2021 KOR...
24/12/2023

PROGRAM STAY ALERT! BEWARE OF SCAMS! | 22 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Barisan Skuad 7/2021 KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN telah mengadakan Program Stay Alert! Beware of Scams!

Kami mengucapkan terima kasih atas ceramah yang diberikan oleh ISP MUHAMMAD IKRAM HAKIM BIN HASNI HAFIZ.

Diharap para peserta dapat mengambil dan mengamalkan ilmu yang dicurahkan oleh penceramah.

TARIKH: 22/12/2023 (JUMAAT)
LOKASI: TPSU 2

Sekian, terima kasih.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL | 25 DISEMBER 2023Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻KOR SUKSIS UiTM Negeri Sembilan ...
24/12/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL | 25 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

KOR SUKSIS UiTM Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua rakyat yang beragama kristian di Malaysia ✨

Diharapkan Sambutan Hari Natal tahun ini dapat memberi kebahagiaan & keceriaan kepada semua.

Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada KOR SUKSIS UiTM Negeri Sembilan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

PENGLIBATAN PELAJAR KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN DALAM SOMBAN RELAY RUN EDISI 2.0 | 16 DISEMBER 2023Assalamualaikum &...
17/12/2023

PENGLIBATAN PELAJAR KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN DALAM SOMBAN RELAY RUN EDISI 2.0 | 16 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada dua belas orang pelatih KOR SUKSIS UiTM NEGERI SEMBILAN yang telah menyertai Somban Relay Run Edisi 2.0 Anjuran Komander Kesatria Seremban.

TARIKH: 16/12/2023 (SABTU)
LOKASI: Depan Unit Pengurusan Kolej
MASA: 0730 - 1000

Kami harap pelatih KOR SUKSIS Negeri Sembilan terus berani menonjolkan bakat mereka dengan keyakinan dan semangat yang tinggi dalam pelbagai bidang.

Sekian, terima kasih.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera &Salam UiTM Di hatiku.*STAY ALERT! BEWARE OF SCAMS!*  Merujuk perkara di atas, 🔖 ...
14/12/2023

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera &
Salam UiTM Di hatiku.

*STAY ALERT! BEWARE OF SCAMS!*

Merujuk perkara di atas,

🔖 Sukacita dimaklumkan bahawa, *KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN* akan menganjurkan satu program bicara bersama wakil *POLIS DIRAJA MALAYSIA* bagi menjawab dan mengupas persoalan mengenai isu penipuan siber di negara ini.

📌 Berikut adalah butiran program :
🗓Tarikh : *22 DISEMBER 2023 (JUMAAT)*
🕰Masa : *2:30 PETANG - 6:00 PETANG*
📍Tempat : *TPSU 2*

🔖 *E-sijil disediakan kepada para peserta.*

📌 Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati untuk menjemput *semua pelajar* bersama-sama bagi menyertai program ini.

📌 Diminta para pelajar yang berminat untuk menyertai program bicara ini untuk mengisi *borang pendaftaran* yang disediakan di bawah.

🖇️https://forms.gle/9C9ydn4itwjFHBEG9

Untuk pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:
📲 *Haziq* : +60 11-27032282
📲 *Syakila*: +60 17-2588167

Sekian, terima kasih.

Daripada,
*KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN*.

ROLL CALL PAGI | 13 DISEMBER 2023Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 KOR SUKS...
14/12/2023

ROLL CALL PAGI | 13 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN telah menjalani roll call pagi secara bersemuka.

TARIKH: 13/12/2023 (RABU)
LOKASI: Tempat Parkir Bersebelahan Unit Kesihatan

Roll call ini telah disempurnakan dengan kehadiran pegawai dan jurulatih KOR SUKSIS UiTM NEGERI SEMBILAN, iaitu

1. ASP/KS MOHAMMAD BASTYIAN BIN MAHMUD
2. KPL MOHD NOR AZWAN BIN NASRUDIN

Sekian, terima kasih.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

ROLL CALL PAGI | 6 DISEMBER 2023Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 KOR SUKSI...
06/12/2023

ROLL CALL PAGI | 6 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN telah menjalani roll call pagi secara bersemuka.

TARIKH: 06/12/2023 (RABU)
LOKASI: Tempat Parkir Bersebelahan Unit Kesihatan

Roll call ini telah disempurnakan dengan kehadiran jurulatih dan penolong jurulatih KOR SUKSIS UiTM NEGERI SEMBILAN, iaitu

1. KPL MOHD NOR AZWAN BIN NASRUDIN
2. KPL FARA SYAHIRA BINTI ZAINUDIN

Sekian, terima kasih.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

KELAS TATACARA PENGACARA MAJLIS | 1 DISEMBER 2023Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad...
01/12/2023

KELAS TATACARA PENGACARA MAJLIS | 1 DISEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Barisan Skuad 7/2021 dan Skuad 8/2022 KOR SUKSIS UiTM NEGERI SEMBILAN telah menghadiri kelas tatacara pengacara majlis.

TARIKH: 01/12/2023 (JUMAAT)
LOKASI: Bilik Seminar FSPPP
MASA: 1700 - 1900

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan oleh PUAN NURUL NISHA BINTI MOHD SHAH dalam Tatacara Pengacara Majlis.

Diharap para pelatih dapat mengambil dan mengamalkan ilmu yang dicurahkan oleh penceramah.

Sekian, terima kasih.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

PENGLIBATAN PELAJAR KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN DALAM LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KE...
29/11/2023

PENGLIBATAN PELAJAR KOR SUKSIS UITM NEGERI SEMBILAN DALAM LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN NEGERI SEMBILAN | 29 NOVEMBER 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 👮🏻‍♂️👮🏻

Kami mengucapkan tahniah kepada dua orang pelatih dari Skuad 7/2021 KOR SUKSIS UiTM NEGERI SEMBILAN yang telah melibatkan diri dalam gimik sajak (KS 82520 NURSYAKILA) dan tugas-tugas khas (KS 82519 NURHAZWANI) sewaktu lawatan kerja rasmi pengarah JPJKK ke IPK Negeri Sembilan.

TARIKH: 29/11/2023 (RABU)
LOKASI: IPK Negeri Sembilan
MASA: 0800 - 1200

Kami harap pelatih KOR SUKSIS Negeri Sembilan terus berani menonjolkan bakat mereka dengan keyakinan dan semangat yang tinggi dalam pelbagai bidang.

Sekian, terima kasih.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Address

Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor SUKSIS UiTM Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kor SUKSIS UiTM Seremban:

Share