Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat

07/02/2026

🥇Johan

Kembaro Ghoso Gomeh 2029 anjuran Daerah kecil Dan Tanah Gemas




Program PUSPEN Sepang di Taman Eko Rimba Lenggeng
17/10/2025

Program PUSPEN Sepang
di Taman Eko Rimba Lenggeng

16/10/2025

Pokok ke 124 - Penandaan ID Pokok

Sempena Simbolik Sambutan Ulang Tahun JPSM Ke124 tahun

Spesies Mersawa Durian (Shorea laevis)
Bersaiz 144cm dbh
Pokok paling besar si TER Lenggeng

Majlis ringkas sempena persaraan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat Encik Abu Bakar bin Othman
16/10/2025

Majlis ringkas sempena persaraan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat Encik Abu Bakar bin Othman

SAMBUTAN ULANG TAHUN JPSM KE-124 PERINGKAT PEJABAT HUTAN DAERAH NEGERI SEMBILAN BARAT BERTEMPAT DI TAMAN EKO RIMBA LENGG...
16/10/2025

SAMBUTAN ULANG TAHUN JPSM KE-124 PERINGKAT PEJABAT HUTAN DAERAH NEGERI SEMBILAN BARAT BERTEMPAT DI TAMAN EKO RIMBA LENGGENG

🌳 Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-124 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

📍 Taman Eko-Rimba Lenggeng, Negeri Sembilan

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Asna bin Haji Amin, ADUN Lenggeng, bersama Timbalan Pengarah Operasi JPNNS, Tuan Raffae bin Ahmad. Turut hadir agensi-agensi dan wakil agensi di bawah pentadbiran Daerah Seremban, Penghulu-penghulu serta Setiausaha-setiausaha JPKK Kawasan Lenggeng dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat.

Acara diwarnai dengan ucapan perasmian, gimik penandaan pokok ke-124 (Pokok Mersawa Durian – Anisoptera laevis) sempena 124 tahun penubuhan JPSM diameter pokok lebih kurang 144cm dbh dan aktiviti penanaman pokok Jasmin sebagai simbolik Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan perangkap tikus kepada Pejabat Renj Hutan seremban dan Gemencheh bagi usaha pencegahan penyakit kencing tikus serta pelancaran tapak Campervan dan Caravan Tourism sebagai inisiatif mempromosikan ekopelancongan berasaskan hutan di TER Lenggeng

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

💚 “Hutan Lestari, Aman Sejagat — 124 Tahun Terus Gagah Berakar di Bumi Pertiwi!” 🌿

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat
01/08/2025

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat

01.08.2025
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI DI TREK GUNUNG BEREMBUN DAN LATA BEREMBUN

10 April 2025| KhamisLAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SEVEN WONDERS CHALLENGE 2.0 @ GUNUNG BEREMBUN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025...
10/04/2025

10 April 2025| Khamis

LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SEVEN WONDERS CHALLENGE 2.0 @ GUNUNG BEREMBUN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

Satu program lawatan tapak sempena Program 7even Wonders Challenge 2.0 Tahun 2025 Daerah Seremban bersama Tuan DO Seremban, urusetia dan agensi-agensi yang berkaitan seperti JBS Derah Seremban, BOMBA, APM, JPKK dan MGP NS.. turut terlibat DFO NS Barat dan kakitangan PHD NSB selaku tuan tanah.

Lawatan tapak ini bertujuan untuk melihat tapak program, menilai tahap keselamatan, kesesuaian lokasi dan lain-lain keperluan.

7even Wonders Challenge Gunung Berembun dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2025 nanti..

Let’s rock it guyss

.0

PEMASANGAN NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KAWASAN EKOPELANCONGAN ⛰️DITUTUP mulai 30 Mac 2025 (Ahad) hingga 1 April 2025 (Sela...
29/03/2025

PEMASANGAN NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KAWASAN EKOPELANCONGAN

⛰️DITUTUP mulai 30 Mac 2025 (Ahad) hingga 1 April 2025 (Selasa)

Dimaklumkan semua aktiviti di Trek Pendakian, Taman Eko Rimba, Taman Negeri Kenaboi, PD FOrest, Gua Pelangi dan Jeram Enggang & Jeram Tiga Lapis DITUTUP ❌ kepada pengunjung awam mulai 30 Mac 2025 (Ahad) hingga 1 April 2025 (Selasa) sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Bagi tujuan hebahan kepada orang awam, pejabat ini telah menampal notis penutupan di beberapa lokasi di TER Gunung Datuk, TER Gunung Tampin dan Gunung Berembun dan beberapa lokasi lain.

Sempena Raya Aidilfitri ni kita tutup dulu yo…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

28 Februari 2025| Jumaat Majlis Bacaan Yasin Peringkat PHD NSBPHD NSB telah mengadakan Majlis Bacaan & Perjumpaan Bersam...
28/02/2025

28 Februari 2025| Jumaat

Majlis Bacaan Yasin Peringkat PHD NSB

PHD NSB telah mengadakan Majlis Bacaan & Perjumpaan Bersama kakitangan PHD NSB sempena menyambut Ramadhan Karem yang bakal tiba..

Saya mewakili PHD NSB mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen & kerjasama semua dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin pagi tadi..

Terima kasih juga atas makanan potluck…Banyak menu2 yg best2 & sedap2 belaka..

Selamat manjalani ibadah puasa & yang balik kampung hati-hati di jalan raya..

24 & 26 Februari 2025 | Isnin & RabuPejabat PHD NSB telah menerima Pengauditan Pemeriksaan Mengejut daripada Unit Audit ...
26/02/2025

24 & 26 Februari 2025 | Isnin & Rabu

Pejabat PHD NSB telah menerima Pengauditan Pemeriksaan Mengejut daripada Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Pengauditan dijalankan di pejabat bagi memeriksa dokumentasi terlibat & pengauditan di lapangan bagi melihat keadaan situasi sebenar.

Semoga hasil pengauditan ini dapat meningkatkan lagi kecepatan, kualiti pengurusan, pentadbiran serta perkhidmatan daerah.

Terima kasih atas kunjungan, khidmat nasihat dan kerjasama yang diberikan.

Penangan hari Ke-2 pembukaan TER dan trek pendakian di Negeri SembilanSekitar kawasan TER, kawasan ekopelancongan dan ka...
30/01/2025

Penangan hari Ke-2 pembukaan TER dan trek pendakian di Negeri Sembilan

Sekitar kawasan TER, kawasan ekopelancongan dan kawasan pendakian di bawah pentadbiran Daerah Negeri Sembilan Barat
Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat

TER Gunung Datuk,
Trek Pendakian Gunung Berembun

Sayangi Hutan 🌳

Sesi Profesioanalisme Pengarah Perhutanan Negeri bersama warga Jabatan Perhutanan Neheri SembilanTurit diadakan penyampa...
13/12/2024

Sesi Profesioanalisme Pengarah Perhutanan Negeri bersama warga Jabatan Perhutanan Neheri Sembilan

Turit diadakan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik bagi Bulan Julai hingga November 2024

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

Address

Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2A2
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share