11/11/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
�YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’ Sri/ Dato’/ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM ROADSHOW SISTEM E-ROSES V2.0 NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sembilan akan mengadakan Program Roadshow Sistem E-Roses V2.0 Negeri Sembilan Tahun 2025, iaitu sebuah program yang ingin menghimpunkan pelbagai pertubuhan berdaftar dalam memberikan pendedahan awal serta pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam penggunaan Sistem E-Roses V2.0 dan seterusnya memantapkan dan memperkasakan pengurusan pertubuhan dengan baik selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).
3. Sehubungan itu, Jabatan ini dengan sukacitanya menjemput pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’ Sri/ Dato’/ Tuan/ Puan bersama dua (2) orang wakil daripada pertubuhan untuk hadir ke program ini seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 November 2025 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana KRS,Taman Warisan Puteri,Sikamat,Seremban,Negeri Sembilan.
Atur Cara : Seperti di Lampiran B
Keperluan : Laptop dan Extension wayar
Pakaian : Sopan & Bersesuaian
4. Kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’ Sri/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengesahkan kehadiran dengan mengimbas kod QR di bawah sebelum atau pada 10 November 2025 (Isnin) jam 12.00 tengahari untuk penyelarasan pihak urus setia.
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPPM Negeri Sembilan di talian 06-7644639 (Encik Ahmad Khusairi/ Puan Masrina). Kerjasama YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’ Sri/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Hassan El' Basrie Mohamad
(HASSAN EL' BASRIE BIN MOHAMAD)
Unit Pengurusan Pertubuhan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sembilan