Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan Ditubuhkan pada 22 Mac 1969 dan merupakan badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri

15 Mei 2026 | MAJLIS PRA-PERASMIAN GALERI NS CHOICEHari ini telah berlangsung Majlis Pra Perasmian Galeri NS Choice yang...
15/05/2026

15 Mei 2026 | MAJLIS PRA-PERASMIAN GALERI NS CHOICE

Hari ini telah berlangsung Majlis Pra Perasmian Galeri NS Choice yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rusmimah binti Mat Derus, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

Galeri ini merupakan inisiatif baharu di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dengan peruntukan berjumlah RM0.5 juta dari Kerajaan Negeri. Galeri yang beroperasi di Sunggala Prima, Port Dickson, berperanan sebagai pusat pameran dan jualan produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Negeri Sembilan. Sehingga kini, seramai 25 usahawan telah menyertai galeri ini dengan lebih 150 SKU produk dipamerkan dan jumlah tersebut akan terus bertambah.

Majlis pra perasmian ini menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh sokongan terhadap usahawan tempatan melalui penyediaan platform khusus untuk memasarkan produk Negeri Sembilan. Sebagai tanda penghargaan, gift voucher pembelian produk di Galeri NS Choice turut diberikan kepada para hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penubuhan galeri ini dalam usaha mempromosikan produk-produk tempatan.

14 Mei 2026 | Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025Tahniah diucapkan kepada enam (6) orang pegawai dan kakit...
14/05/2026

14 Mei 2026 | Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025

Tahniah diucapkan kepada enam (6) orang pegawai dan kakitangan PKNNS yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025.

Encik Mohd Noor Fikry bin Che Amad, Pengurus Sumber Manusia Gred N10,
Puan Nor Fadzilah binti Mohamad Ali, Setiausaha Pejabat Gred N6,
Encik Nazirul Akmal bin Abd Rahman, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1,
Puan Ria Eliani binti Suhaimi, Pembantu Tadbir (Kew) Gred W1,
Puan Siti Izyan Diyana binti Mohd Bahrudin, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1; dan
Puan Haleeza binti Jamas Seri, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban. Turut hadir adalah YBhg Dato' Rusmimah binti Mat Derus, Ketua Eksekutif PKNNS.

Semoga anugerah ini menjadi motivasi kepada semua warga kerja PKNNS untuk terus memberikan perkhdimatan yang terbaik kepada organisasi, negeri dan negara.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA SSM DAN PKNNS12 MEI 2026 | DEWAN KARISMA 1, ARENA PREMIER HOT...
13/05/2026

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA SSM DAN PKNNS

12 MEI 2026 | DEWAN KARISMA 1, ARENA PREMIER HOTEL, SEREMBAN

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) hari ini telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan, meningkatkan tadbir urus korporat serta merancakkan pembangunan ekonomi negeri secara mampan.

Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung di Arena Premier Hotel, Seremban dan disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PKNNS, Datoโ€™ Rusmimah Mat Derus bersama Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, serta disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua agensi. Kerjasama ini memberi fokus kepada usaha meningkatkan tahap pematuhan perundangan dalam kalangan usahawan, kontraktor, pembekal serta penyewa premis di bawah seliaan PKNNS termasuk entiti dan anak syarikat milik PKNNS. Inisiatif ini turut merangkumi perkongsian maklumat korporat, pengukuhan struktur perniagaan serta pemerkasaan tadbir urus dalam kalangan rakan niaga yang terlibat dalam rantaian bekalan dan pengurusan hartanah negeri.

Melalui MoU ini, PKNNS akan turut merujuk kepada SSM sebagai rakan strategik dalam mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pematuhan perundangan, pendaftaran perniagaan serta amalan tadbir urus korporat yang baik. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dan operasi perniagaan dilaksanakan secara lebih tersusun, telus dan berintegriti.

Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pelaksanaan pelbagai program termasuk sesi taklimat, latihan dan hebahan berterusan berkaitan kepentingan pematuhan perundangan serta amalan perniagaan terbaik. Usaha ini bertujuan membantu usahawan tempatan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), untuk beroperasi secara lebih tersusun, berdaya saing dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

PKNNS dan SSM sememangnya telah lama menjalinkan kerjasama strategik dalam pembangunan usahawan di Negeri Sembilan. Antara yang paling signifikan adalah penglibatan SSM sebagai panel jawatankuasa dalam inisiatif Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019. Sehingga kini, lebih 7,000 usahawan telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini, sekali gus membuktikan keberkesanan kerjasama kedua-dua pihak dalam memperkasa komuniti perniagaan negeri.

Pemeteraian MoU ini dilihat sebagai kesinambungan kepada kerjasama sedia ada yang lebih tersusun dan berimpak tinggi, sejajar dengan visi PKNNS iaitu โ€œPenggerak Ekonomi, Pemacu Pembangunanโ€.

๐Ÿ  PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN 2026 (FASA 2) KINI DIBUKARebut peluang memiliki rumah mampu milik deng...
06/05/2026

๐Ÿ  PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN 2026 (FASA 2) KINI DIBUKA

Rebut peluang memiliki rumah mampu milik dengan harga serendah RM85,000 melalui Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan.

๐Ÿ“Œ Antara kelebihan program:
โœ… Harga seunit RM85,000
โœ… Deposit hanya 5%
โœ… Pembiayaan tanpa faedah
โœ… Bayaran balik serendah RM270 sebulan
โœ… Tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun

๐Ÿ“… Tempoh Permohonan:
6 Mei 2026 hingga 30 Jun 2026

Permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan berikut:
๐Ÿ”— https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan





05 Mei 2026 | MESYUARAT PANEL PELULUS RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILANHari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Panel ...
05/05/2026

05 Mei 2026 | MESYUARAT PANEL PELULUS RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Panel Pelulus Bil. 1 Tahun 2026 bagi Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan yang diadakan di Bilik Seri Mandeh, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun merangkap Pengerusi PKNNS. Turut hadir ialah YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama -sama Ahli Panel Pelulus yang lain.

Datoโ€™ Rusmimah binti Mat Derus, Ketua Eksekutif PKNNS, telah membentangkan sebanyak 46 permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan yang telah diterima selepas iklan Fasa 1 ditutup pada 27 Februari 2026 . Setiap permohonan telah diteliti bagi memastikan hanya pemohon yang benar-benar layak dipertimbangkan untuk kelulusan.

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป PERTANDINGAN CIPTA LOGO PKNNS 2026 ๐Ÿ–Œ๏ธ๐ŸŽจPKNNS membuka penyertaan kepada warga PKNNS dan orang awam untuk menyertai pe...
24/04/2026

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป PERTANDINGAN CIPTA LOGO PKNNS 2026 ๐Ÿ–Œ๏ธ๐ŸŽจ

PKNNS membuka penyertaan kepada warga PKNNS dan orang awam untuk menyertai pertandingan kreatif tahun ini!

โœจ Tunjukkan bakat anda dalam mencipta logo PKNNS
โœจ Cipta logo tema PKNNS yang unik dan penuh identiti

๐Ÿ“… Tarikh penyertaan dibuka:
24 April 2026 sehingga 22 Mei 2026

๐Ÿ† Hadiah lumayan menanti pemenang!

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ป Pertandingan Cipta Logo PKNNS ๐ŸŽจ๐Ÿ–Œ๏ธ
๐Ÿ’ฐ Hadiah Utama RM2,000.00

๐Ÿ“Œ Syarat-syarat pertandingan boleh didapati di poster.

๐Ÿ“ฉ Cara hantar penyertaan:
Hantar ciptaan logo anda melalui Google Drive ke emel:
[email protected]

โ€ผ๏ธ TERBUKA KEPADA WARGA PKNNS DAN ORANG AWAM โ€ผ๏ธ

Inilah peluang anda untuk menyerlahkan kreativiti dan menjadi sebahagian daripada karya rasmi PKNNS!

Jangan lepaskan peluang โœจ
Sertai sekarang!

01 April 2026 | Majlis Apresiasi PKNNS 2025Telah berlangsungnya Majlis Apresiasi PKNNS 2025 yang diadakan di Klana Resor...
01/04/2026

01 April 2026 | Majlis Apresiasi PKNNS 2025

Telah berlangsungnya Majlis Apresiasi PKNNS 2025 yang diadakan di Klana Resort, Seremban, pada petang tadi.

Majlis adalah bagi menghargai khidmat dan sokongan yang telah diberikan oleh semua warga kerja PKNNS sepanjang tahun 2025.

Majlis dihadiri oleh YAB Datoโ€™ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PKNNS, diiringi oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PKNNS yang disambut mesra oleh Ketua Eksekutif PKNNS, iaitu YBhg Datoโ€™ Rusmimah Binti Mat Derus serta barisan Pengurusan PKNNS.

Lebih menyentuh hati apabila lagu korporat PKNNS telah dirasmikan pada petang ini di mana semua warga PKNNS telah berdiri bersama-sama menyanyikan lagu tersebut saat ia diluncurkan.

Terima kasih kepada semua warga kerja PKNNS di atas khidmat bakti yang telah diberikan dan semoga terus cemerlang dan berkhidmat penuh keikhlasan untuk rakyat Negeri Sembilan.

25/03/2026

Iklan Raya PKNNS 2026 - Sabar, Setia, Syukur.

17/03/2026
16 Mac 2026 | Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan/Pajakan antara PKNNS dengan Citta Worldwide Sdn. Bhd. untuk lot-lo...
16/03/2026

16 Mac 2026 |

Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan/Pajakan antara PKNNS dengan Citta Worldwide Sdn. Bhd. untuk lot-lot perniagaan milik PKNNS di Terminal One Shopping Centre, Seremban.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rusmimah binti Mat Derus, Ketua Eksekutif PKNNS bagi mewakili PKNNS, manakala Citta Worldwide Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengerusinya, YBhg. Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan.

12 Februari 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 KELAB PKNNSHari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan K...
12/02/2026

12 Februari 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 KELAB PKNNS

Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 KELAB Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) yang diadakan di Klana Resort, Seremban.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Rusmimah binti Mat Derus, Ketua Eksekutif PKNNS merangkap Penasihat KELAB PKNNS.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi membentang Penyata Kewangan Tahun 2025 dan meluluskan Bajet Kelab PKNNS bagi tahun 2026 juga membincangkan usul-usul yang diketengahkan.

Majlis turut menyampaikan hadiah kepada para perserta & pemenang Cabaran 150 Hari Jom Sihat. Turut diadakan adalah cabutan bertuah kepada warga PKNNS.

Terima kasih diucapkan kepada AJK Tertinggi Kelab PKNNS yang telah berusaha menganjurkan aktiviti tahunan untuk ahli kelab. Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja PKNNS yang mengambil bahagian dan menjadi pemenang dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan .

Address

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan
Seremban
70710

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067623251

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share