20/11/2025
Bengkel Suria Cendekia Inventif Negeri Sembilan 2025
Bengkel Suria Cendekia Inventif Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 20 November 2025 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Program ini menghimpunkan Guru Pembimbing Kelab Falak Negeri Sembilan bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kefahaman dalam bidang falak dari asas hingga ke penggunaan aplikasi falak dalam pendidikan. Pelaksanaan bengkel ini juga selari dengan hasrat untuk memperkasakan Kelab Falak di sekolah-sekolah melalui aktiviti hands-on dan bimbingan tersusun.
Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta didedahkan kepada siri pembentangan, latihan praktikal serta sesi diskusi kelompok yang memfokuskan aspek pemerhatian langit, penggunaan instrumen asas falak, pembinaan modul aktiviti pelajar dan penerapan unsur STEM dalam pendidikan falak. Penceramah berpengalaman turut berkongsi teknik pengajaran yang efektif agar guru dapat memindahkan ilmu dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Suasana bengkel berjalan dengan interaktif dan memberi ruang kepada peserta bertukar pandangan serta pengalaman.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektif yang disasarkan dengan meningkatkan kompetensi Guru Pembimbing Kelab Falak Negeri Sembilan. Para peserta meluahkan rasa puas hati terhadap pengisian program yang padat, bermanfaat dan relevan dengan keperluan semasa pendidikan falak. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh jaringan kepakaran serta memastikan usaha memperkasa ilmu falak dalam kalangan pelajar terus berkembang dan berimpak tinggi.