14/03/2026
PERBARISAN TIMBALAN KOMANDER REJIMEN 508 ASKAR WATANIAH
SEREMBAN, 13 Mac 2026 - Perbarisan Timbalan Komander Rej 508 (AW) telah dilaksanakan di Padang Kawad Rej 508 (AW) sebagai sebahagian daripada aktiviti rasmi pasukan. Perbarisan ini telah melibatkan seramai 11 pegawai dan 97 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Aturcara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh YBhg Lt Kol Mohd Adli Izmir bin Ramli, Timbalan Komander Rej 508 (AW), Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang dan juga Sumbangan Khairat Kematian.
YBhg Lt Kol Mohd Adli Izmir bin Ramli, Timbalan Komander Tej 508 (AW) telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga pasukan dengan menekankan aspek disiplin, profesionalisme serta kepentingan mengekalkan tahap kesiagaan pasukan pada tahap yang tinggi. YBhg Timbalan Komander juga mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saling mengingatkan agar semua pegawai dan anggota berhati-hati semasa pulang ke destinasi yang ingin dituju.
Pelaksanaan perbarisan ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kepimpinan, meningkatkan disiplin anggota serta memastikan setiap warga pasukan sentiasa bersedia dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan selaras dengan kehendak perkhidmatan.