21/08/2026
๐บ JIKA PERJUANGAN ITU SEBUAH PERJALANAN, MAKA KEKALAHAN BUKANLAH PENGHUJUNGNYA ๐บ
Ada waktunya kita melangkah dengan kemenangan. Ada waktunya kita diuji dengan keputusan yang tidak seperti diharapkan.
Namun, wanita pejuang tidak memilih untuk terus berdiam diri. Kita memilih untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan bangkit dengan jiwa yang lebih kuat.
Inilah masanya seluruh keluarga besar AWAN Negeri Sembilan kembali merapatkan saf, memperkukuh ukhuwah dan menyusun langkah baharu dalam:
KONVENSYEN ANGKATAN WANITA AMANAH NEGARA (AWAN) NEGERI SEMBILAN 2026
๐
Ahad, 23 Ogos 2026
โฐ 2.30 petang
๐ Klana Resort, Seremban
๐๏ธ Dirasmikan oleh:
YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu
Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Nasional
โจ MERDEKA JIWA, SEGAR PERJUANGAN: AWAN BERSAMA RAKYATโจ
Merdeka jiwa bererti kita tidak lagi dibelenggu ketakutan dan kekecewaan.
Segar perjuangan bererti kita berani bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan membuka ruang kepada pembaharuan, menuju kecemerlangan.
AWAN bersama rakyat bererti kita kembali mendengar, menyantuni dan memperjuangkan kehidupan masyarakat, bukan hanya ketika pilihan raya, tetapi pada setiap masa.
Konvensyen ini bukan semata-mata pertemuan tahunan. Inilah ruang kita menyatukan kembali hati-hati, menghidupkan harapan yang hampir pudar dan memulakan kebangkitan yang lebih tersusun, insya-Allah
๐บ Ayuh, wanita-wanita pejuang Negeri Sembilan!
> Datanglah membawa semangat.
> Pulanglah membawa tekad.
> Bergeraklah membawa perubahan.
Ayuh, ingatlah kita tidak akan pernah kalah dalam perjuangan!