Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN NEGERI SEMBILAN
(1)

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447h

Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan memberikan kesejahteraan berpanjangan kepada Tuanku serta sentiasa dikurniakan rahmat-Nya.

Dirgahayu Tuanku.

Selamat Menyambut Hari Wesak
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak

Salam Aidiladha 1447H
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

22 Mei 2026 - Alhamdulillah selesai sudah Program Tazkirah sempena Ibadah Qurban yang akan datang  bersama Warga JPS Neg...
22/05/2026

22 Mei 2026 - Alhamdulillah selesai sudah Program Tazkirah sempena Ibadah Qurban yang akan datang bersama Warga JPS Negeri Sembilan dengan tajuk *“Menyembelih Sifat Mazmumah Dalam Diri*” bersama penceramah jemputan Ustaz Tengku Nor Iftah dari JHEINS.

Program Kembara Ilmu dan Kesedaran Sumber Air (KESSAN) Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 17 dan 18 M...
19/05/2026

Program Kembara Ilmu dan Kesedaran Sumber Air (KESSAN) Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 17 dan 18 Mei 2026, melibatkan penyertaan masyarakat setempat, pelajar sekolah serta pelbagai agensi kerajaan dan institusi pendidikan tinggi. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Sazali bin Osman selaku Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.

Hari pertama program telah diadakan di Kampung Orang Asli Kolam Air dengan penglibatan seramai 100 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah eksplorasi air lestari yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan sumber air dan penjagaan alam sekitar secara mampan.

Pada hari kedua, program diteruskan di SMK Warisan Puteri dengan penyertaan kira-kira 150 pelajar daripada beberapa sekolah sekitar Seremban antaranya SMK Dato' Haji Mohd Redza, SMK Tunku Ampuan Durah, Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad dan SMK Dato Mohd Said.

Sesi pagi dimulakan dengan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan sumber air dan kelestarian alam sekitar yang disampaikan oleh Ahmad Aiman Ariffin bin Kamarolzaman daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) serta Profesor Madya Dr. Siti Aekbal Salleh daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Turut menjayakan program tersebut ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, JPS Negeri Sembilan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), University of Nottingham Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), UiTM, SAINS dan SWCorp Malaysia.

Penganjuran program KESSAN ini berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sumber air sebagai aset semula jadi yang perlu dipelihara. Selain itu, program ini turut memberi pendidikan dan pendedahan berkaitan penjagaan sungai, alam sekitar serta pengurusan sumber air secara lestari.

Melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian ilmu, program ini juga berjaya memupuk sikap tanggungjawab dan kerjasama masyarakat dalam menjaga kebersihan sungai serta mengurangkan pencemaran air. Di samping itu, penglibatan komuniti, pelajar dan pelbagai agensi kerajaan dalam aktiviti pemuliharaan sungai dan alam sekitar dapat diperkukuhkan bagi menyokong usaha pembangunan mampan dan amalan penggunaan air secara berhemah.

Program ini secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara masyarakat dengan sungai melalui pendekatan pendidikan, rekreasi dan kesedaran alam sekitar demi memastikan kelestarian sumber air untuk generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas segala jasa, komitmen, dan dedikasi yang telah dicura...
18/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas segala jasa, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Selamat bersara dan Encik Hashim bin Aziz. Beliau bertugas sebagai Pembantu Khidmat Am di JPS Daerah Kuala Pilah yang bermula pada 1/1/2001 dan berakhir pada 12/5/2026. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik serta kesejahteraan.

17/05/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli) • Terengganu (Dungun dan Kemaman) • Pahang (Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Seremban) • Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod dan Telupid) dan Kudat • WP Labuan sehingga 9:00 malam; Ahad, 17 Mei 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 5:30 petang, 17 Mei 2026




MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025Majlis APC telah berlangsung...
15/05/2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

Majlis APC telah berlangsung pada 14 Mei 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi bertempat di Klana Resort Seremban. Majlis ini dianjurkan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan penjawat awam negeri.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, diiringi oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Penganugerahan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Seramai 22 pegawai dari Jabatan ini terdiri pelbagai jawatan dan gred menerima pengiktirafan yang didahului oleh Ir. Ts. Abd Hakim bin Hamzah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 atas pencapaian dan dedikasi yang telah ditunjukkan dalam memperkukuhkan mutu penyampaian perkhidmatan awam negeri.



15/05/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan • Melaka • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod) • WP Labuan sehingga 9:00 malam; Jumaat, 15 Mei 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:25 petang, 15 Mei 2026




15/05/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Bentong dan Rompin) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan • Melaka • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Sandakan (Telupid dan Beluran) sehingga 4:00 petang; Jumaat, 15 Mei 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 12:55 tengah hari, 15 Mei 2026




Address

Tingkat 2, Blok C, Wisma Negeri
Seremban
70503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan:

Share