KEMAS Parlimen KUALA PILAH

KEMAS Parlimen KUALA PILAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEMAS Parlimen KUALA PILAH, Government Organization, Jalan Yam Tuan, Seremban.

24hb Nov 2025 PROGRAM MINI EXPO KEMAHIRAN REMAJA ( MEKAR ) DAN MOTIVASI DESA ( MODE ) anjuran KEMAS Parlimen Kuala Pilah...
30/11/2025

24hb Nov 2025
PROGRAM MINI EXPO KEMAHIRAN REMAJA ( MEKAR ) DAN MOTIVASI DESA ( MODE ) anjuran KEMAS Parlimen Kuala Pilah
di Dewan Tuanku Muhammad ( TMS ) Kuala Pilah .
Perasmian. : Yang Berhormat Dato Hj Ismail bin Hj Lasim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan merangkap ADUN Senaling.

Program yang dianjurkan adalah bertujuan untuk mempromosikan bidang-bidang kemahiran ( tvet ) yang ditawarkan oleh Kemas kepada generasi muda ( khususnya yang berada diluar bandar )

Turut hadir bersama Puan Nore'in binti Mohd Shukor Pengarah KEMAS Negeri Sembilan .


12 Januari 2025Sambutan  Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Daerah Kuala Pilah 🎓Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato...
13/01/2025

12 Januari 2025
Sambutan Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Daerah Kuala Pilah 🎓

Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Exco Pendidikan dan Modal Insan, Kerajaan Negeri merangkap ADUN Senaling.

*




.

Tahniah kepada semua anak anak Tabika KEMAS Daerah Kuala Pilah.

Jom kita meriahkan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024 (Sa...
19/07/2024

Jom kita meriahkan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di padang dan dewan MBS Seremban bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang..

Program kali ini KEMAS Negeri Sembilan bekerjasama dengan rakan strategik iaitu PTPTN Negeri Sembilan & Bank Rakyat.

Pada tahun ini acara Potensi yang berlangsung adalah merupakan acara sukan dimana empat acara yang dipertandingkan iaitu :
• Futsal
• Bola Jaring
• Gerak Kreatif
• Kids Athletic

Selain itu juga, pada hari tersebut penghargaan dan sijil akan diberikan bagi Anugerah Pintar Botani dan Anugerah Kanak-kanak Cemerlang Tahun 2024.

Majlis Penutupan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj. Ismail Bin Hj. Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Kerajaan Negeri Sembilan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan MBS Seremban.

"Satu Semangat , Satu Pasukan , Satu Kemenangan"


Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2023 yang berlangsung pada 26 Ogos 2023 bertempat di Kompleks JKKN N...
26/08/2023

Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2023 yang berlangsung pada 26 Ogos 2023 bertempat di Kompleks JKKN Negeri Sembilan bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program kali ini KEMAS Negeri Sembilan bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN) Negeri Sembilan, PTPTN Negeri Sembilan & Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Pada tahun ini acara Potensi yang berlangsung adalah merupakan acara bakat dimana sembilan acara yang dipertandingkan. Dua acara melibatkan TASKA iaitu Si Cilik Pintar dan Hufaz Cilik dan manakala empat acara Tabika iaitu Tarian, Story Telling, Pidato, dan Bilal Cilik. Pada tahun ini terdapat tiga acara baru telah diperkenalkan iaitu Pentas Idola bagi TASKA dan dua acara bagi tabika iaitu Digital Hero , serta Ustazah Junior.

Selain itu juga pada hari ini penghargaan dan sijil juga akan diberikan bagi Pertandingan Pintar Botani, BBM Multimedia Kreatif bagi Pendidik TABIKA/TASKA Serta Anugerah Kanak-kanak Cemerlang Tahun 2023.

Majlis Penutupan akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Wan Hasni Binti Wan Yusuf Isteri YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada jam 2.30 petang bertempat di Auditorium SURY, Kompleks JKKN Negeri Sembilan.

"Satu Semangat , Satu Pasukan , Satu Kemenangan"


23 Julai 2023 Bengkel Kepimpinan Kecemerlangan dan Kesedaran Sivik KEMAS Kuala Pilah 2023.
23/07/2023

23 Julai 2023
Bengkel Kepimpinan Kecemerlangan dan Kesedaran Sivik KEMAS Kuala Pilah 2023.

KEMAS Kuala Pilah
07/09/2022

KEMAS Kuala Pilah

Kemas Kuala Pilah
07/09/2022

Kemas Kuala Pilah

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Puan Darnawati binti Dahalan, sebagai Pengarah KEMAS Negeri Sembilan yang baharu mul...
22/08/2022

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Puan Darnawati binti Dahalan, sebagai Pengarah KEMAS Negeri Sembilan yang baharu mulai 22 Ogos 2022 (Isnin).

Semoga KEMAS Negeri Sembilan akan terus dipacu kearah kedudukan yang lebih baik serta produktif.

Terima kasih juga kepada Tuan Zulkefli bin Ahmad Nazri, mantan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan yang bertukar ke KEMAS Negeri Pahang. Terima kasih diatas segala khidmat bakti dan jasa tuan sepanjang bertugas di KEMAS Negeri Sembilan.






20 OGOS 20227.30 PAGIKOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH Alhamdulillah. Sekitar Sambutan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat N...
21/08/2022

20 OGOS 2022
7.30 PAGI
KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH

Alhamdulillah. Sekitar Sambutan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 . Bermula seawal jam 7.30 pagi .Anak anak TABIKA KEMAS Kuala Pilah dan Waghih Nismilan datang ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah dengan MISI UNTUK MONANG !!!

Tahniah khususnya warga KEMAS Kuala Pilah atas kejayaan anak-anak Tabika KEMAS Parlimen Kuala Pilah semasa Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sembilan ini.

Anda hebat , anda juara dimata kami dalam acara Futsal, Bola Jaring, Sprinthurdle Relay, Formula One , Rounders dan Gerak Kreatif..

Handa Tekaw !!!
HOBIN JANG HOBIN !!!

• 20 Ogos 2022 (Sabtu)
• Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah





.

Ayuh ramai ramia kita saksikan kehebatan kanak-kanak TABIKA KEMAS Parlimen Kuala Pilah yang terdiri dari kontinjen Dun J...
09/08/2022

Ayuh ramai ramia kita saksikan kehebatan kanak-kanak TABIKA KEMAS Parlimen Kuala Pilah yang terdiri dari kontinjen Dun Juasseh , Seri Menanti, Senaling, Pilah dan Johol sedang beraksi pada hari ini mempamerkan bakat dan potensi mereka dalam bidang sukan.

Terdapat 6 acara yang dipertandingkan iaitu Futsal, Gerak Kreatif, Rounders, Bola Jaring, Sprint Hurdle Speed Relay dan Formula One.

Semoga beroleh kejayaan kepada anak-anak didik TABIKA KEMAS Parlimen Kuala Pilah.




Ayuh, Jom saksikan kehebatan kanak-kanak TABIKA KEMAS Parlimen Kuala Pilah beraksi pada hari Selasa 9.8.2022, mempamerka...
07/08/2022

Ayuh, Jom saksikan kehebatan kanak-kanak TABIKA KEMAS Parlimen Kuala Pilah beraksi pada hari Selasa 9.8.2022, mempamerkan bakat dan potensi mereka dalam bidang sukan.

Terdapat 6 acara yang dipertandingkan iaitu Futsal, Gerak Kreatif, Rounders, Bola Jaring, Sprint Hurdle Speed Relay dan Formula One.

Semoga beroleh kejayaan kepada anak-anak didik TABIKA KEMAS Parlimen Kuala Pilah.




Address

Jalan Yam Tuan
Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Parlimen KUALA PILAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share