09/09/2026
πππππππππ πππππ πππππ πππππππππππ ππππ ππππππ ππππππππ
UMNO Negeri Sembilan mengambil maklum dan memandang serius perkembangan terbaru berhubung proklamasi berkaitan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Turut mengambil maklum tentang penjelasan dan pendirian yang dikemukakan oleh Undang Yang Empat dalam sidang media pada 8 September 2026.
Bagi UMNO Negeri Sembilan, perkara yang menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Besar bukanlah perkara yang boleh ditentukan oleh mana-mana parti politik, kerajaan negeri atau mana-mana individu secara bersendirian.
Ia mesti dilihat dan diselesaikan dalam kerangka adat, prerogatif dan peruntukan perlembagaan negeri yang menjadi asas kepada keunikan sistem pemerintahan negeri ini.
Sebarang persoalan berkaitan kedudukan institusi negeri hendaklah diselesaikan melalui saluran adat dan perundangan yang sah, telus serta menghormati struktur Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
UMNO Negeri Sembilan juga tidak mahu rakyat terus dibebankan dengan pertikaian yang berpanjangan. Kepentingan rakyat, kestabilan negeri dan keharmonian masyarakat mesti kekal menjadi keutamaan.
Sebagai parti yang menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, UMNO Negeri Sembilan akan terus mempertahankan prinsip Raja Berperlembagaan serta menghormati adat dan perlembagaan negeri. Justeru, UMNO Negeri Sembilan akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi koordinasi isu-isu berkaitan adat ini secara harmoni selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO 2026.
UMNO Negeri Sembilan menyeru seluruh rakyat supaya kekal tenang dan memberikan ruang kepada proses yang sewajarnya untuk berjalan.
Sekian.
πππππ πππππππππππ ππππ ππππππ ππππππππ
9 September 2026 / 27 Rabiulawal 1448H