04/06/2026
<流动柜台之亚芙夜市>
昨晚我们在罗白夜市设立首场流动柜台,除了和当地居民聊天也顺便协助大家查询 eGUMIS(无人认领款项)💰
老实说,一开始很多人只是抱着试一试的心态。
有人说:"应该没有啦。"
有人说:"我都退休这么多年了,哪里还会有钱。"
结果其中一位女士查询后,系统竟然显示有3千令吉的无人认领款项😱😱
那一刻让我觉得社区服务很多时候并不是多伟大的事情,而是如何把资讯带到居民身边让大家少跑一点路及少碰一点壁!这也许看似很小的事情,对当事人来说可能一点都不小。。。
谢谢昨晚愿意停下来和我们聊天的每一位居民也谢谢大家给予我们的信任🙏
如果您还没查过 eGUMIS也欢迎来找我们协助查询,而今晚我们在:
📌 日期:04/06/2026(星期四)
📌 时间:傍晚630 至 晚上830
📌 地点:梅岭 夜市
(https://maps.app.goo.gl/85WEBALkpFtYZYEN7)
P/S: 感谢每一位团员和前辈前来柜台给于我们支持🙏
__________________
Malam semalam, buat julung kalinya kami telah menubuhkan Perkhidmatan Kaunter Bergerak Pemuda sesi pertama di Pasar Malam Lobak! Selain dapat beramah mesra dengan penduduk setempat, kami turut membantu orang ramai membuat semakan eGUMIS (Wang Tak Dituntut). 💰
Sejujurnya, pada awalnya ramai yang hadir hanya sekadar ingin mencuba.
Ada yang berkata : "Rasanya tak ada apa-apa kot!" 🤣
Ada juga yang berkata : "Saya telah bersara selama bertahun-tahun, mana mungkin masih ada wang yang belum dituntut?"🤔
Tetapi apa yang mengejutkan ialah saya melihat selepas seorang wanita membuat semakan, sistem menunjukkan wanita tersebut mempunyai RM3,000 Wang Tak Dituntut atas namanya! 😱😱
Detik itu membuatkan saya sedar bahawa khidmat masyarakat bukan selalunya mengenai perkara yang besar atau hebat tetapi tentang membawa maklumat dan perkhidmatan yang lebih dekat kepada penduduk supaya mereka tidak perlu bersusah payah atau berdepan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya menjadi hak mereka. Mungkin perkara ini kelihatan kecil bagi sesetengah pihak tetapi bagi individu yang terlibat, ia mungkin membawa makna yang cukup besar dalam kehidupan mereka! 😎
Terima kasih kepada setiap penduduk yang sudi singgah dan berbual dengan kami malam semalam! Sokongan dan kepercayaan yang diberikan menjadi kekuatan untuk kami terus melangkah dan menyebarkan manfaat atau bantuan sedia ada kepada lebih ramai masyarakat 🙏
Jika anda juga belum membuat semakan eGUMIS lagi, kami mengalu-alukan kehadiran anda dan sedia membantu!
Malam ini kami akan berada di :
📌 Tarikh : 04/06/2026 (Khamis)
📌 Masa : 6:30 PM hingga 8:30 PM
📌 Lokasi : Pasar Malam Taman Blossom (https://maps.app.goo.gl/85WEBALkpFtYZYEN7)
P/S : Penghargaan juga kepada semua ahli Pemuda MCA serta para senior yang hadir ke kaunter untuk memberikan sokongan dan semangat kepada kami. Komitmen, dedikasi dan usaha yang tidak pernah jemu dalam melaksanakan amanah anda semua amat dihargai dan menjadi tunjang kepada setiap kejayaan yang dicapai. 🙏
#我是芙蓉人
#芙蓉是我家