12/01/2025
ππππππππππ ππππππ πππππππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππππ
Kemuncak bagi program Pemukiman Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan 2025 iaitu Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan 2025 telah melabuhkan tirai.
Mengangkat tema "Wanita Memimpin, Membugar Harapan", konvensyen ini diharap menjadi medan strategik untuk terus memperkukuh suara wanita serta menyuntik nafas baru bagi perjuangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.
Majlis perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Aminuddin Bin Hj Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Dalam ucapan beliau, YAB Dato' Seri mengingatkan agar kepimpinan wanita Pakatan Harapan di Negeri Sembilan menjadi pemangkin dalam memperkemaskan lagi gerak kerja di setiap peringkat.
YB Puan Nicole Tan Lee Koon selaku Ketua Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan juga dalam ucapannya turut menegaskan kepentingan wanita untuk memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran serta berani bersuara dan membawa perubahan. Selaras dengan tema konvensyen yang diangkat pada tahun ini, ia adalah manifestasi tekad untuk wanita terus menyerlah dan membawa perubahan bermakna kepada
masyarakat.
Puan Hjh Zarinna Abu Zarin, Ketua Wanita AMANAH Negeri Sembilan merangkap Pengarah Program dalam ucapannya telah menyampaikan resolusi pemukiman yang mengarah kepada perancangan bagi mempersiapsiagakan wanita Pakatan Harapan untuk PRU 16 yang akan datang.
Sekalung penghargaan juga buat YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, YB Datoβ MK Ibrahim Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan juga Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sembilan atas kesudian bersama-sama berkongsi pengalaman dan aspirasi dalam sesi Forum Bersama Pimpinan.
Jutaan terima kasih juga buat YB Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan dan YB Hjh Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kepimpinan Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Tahniah kepada semua yang terlibat!
πΎπππππ π΄πππππππ, π΄πππππππ π―ππππππ