24/05/2026
๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฅ๐ฅ๐๏ธ
KUANTAN, 24 Mei (Korporat PSUKNS) - Kontinjen Negeri Sembilan mencatat kecemerlangan di pentas Festival Kesenian Islam MAKSAK (FKIM) 2026 yang berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2026 bertempat di Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS).
Dalam pertandingan Tilawah Al-Quran, qariah Negeri Sembilan, Ratu Dangsari Basri, Guru di SMKA Datoโ Haji Abu Hassan Haji Sail berjaya merangkul tempat keempat๐๏ธdengan markah 91.5 peratus.
Sementara itu, wakil Dai Negeri Sembilan, Izzat Qiwamuddin Huzaizi, Guru SMKA Telok Kemang turut memberikan persembahan cemerlang dan berjaya menduduki tempat kedua ๐ฅ keseluruhan pertandingan.
Bagi acara Nasyid Kontemporari p**a, Kontinjen Negeri Sembilan berjaya mengejutkan kontinjen lain dan memperoleh tempat kedua ๐ฅmenerusi persembahan mantap lagu โEgoisโ dengan kutipan markah sebanyak 86 peratus. Lebih manis lagi Kump**an Nasyid HijraOne Majlis Bandaraya Seremban turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik ๐. Kump**an HijraOne dibarisi oleh Khairullah Mohd Nasir, Muhammad Syafiq Sahak, Muhammad Mirza Samsudin, Muhammad Yusri Abdul Rashid, Muhammad Qayum Iqbal Mohd Zuraimie, Muhammad Iqmal Hakim Abdul Jalil, Mohd Rakhis Hashim dan Muhammad Iskandar Jefri.
FKIM 2026 dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia telah menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah serta mencungkil bakat penjawat awam dalam bidang kesenian Islam.