Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong Laman Facebook rasmi YM Dato-Dato Lembaga Adat Sungei Ujong DK Negeri Sembilan

DATO' KLANA PETRA MA'AMOR LETAK ASAS DEMOKRASI BERPARLIMEN NEGARADiputerakan pada 1881, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor bi...
09/05/2026

DATO' KLANA PETRA MA'AMOR LETAK ASAS DEMOKRASI BERPARLIMEN NEGARA

Diputerakan pada 1881, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor bin YM Dato' Menteri Kassim naik takhta sebagai Undang Luak Sungei Ujong ketika krisis pemberhentian YTM Dato' Klana Petra Lela Setia Muhammad Yusof bin Hashim pada 1889.

Ketika itu, YTM Dato' Klana Petra Lela Setia Muhammad Yusof diberhentikan sebagai Undang Luak Sungei Ujong menerusi kerapatan Ibu Soko Klana dan Waris Klana serta Dato' Andulika Mandalika Tua Lembaga Waris di-Darat di Telaga Undang di Batu 9 Pantai.

YTM Dato' Klana Petra Lela Setia Muhammad Yusof dikhabarkan tidak siuman dan mendapat rawatan di rumah sakit di Singapura, menyebabkan Ibu Soko Klana dan Waris Klana tiada pilihan terpaksa memberhentikannya sebagai penyandang pesaka Undang Luak Sungei Ujong.

Rentetan itu, berlaku kelompongan pemerintahan, lalu Ibu Soko Klana Hulu paling kanan waktu itu, YM Ibu Soko Klana Hulu Zainab binti Suri memilih dan melantik anaknya Ma'amor sebagai Dato' Klana Petra seterusnya. Pada waktu itu, Dato' Klana Petra Ma'amor sudah menyandang pesaka sebagai YM Dato' Johan Tua Tahu sejak berusia 6 tahun.

Pemilihan dibuat berdasarkan keturunannya bersaka, baka dan pusaka sebagai Waris Klana Hulu yang bersambung hingga YTM Dato' Klana Petra Bador dan YTM Dato' Klana Petra Leha. Ia dipersetujui Waris Klana Hulu dan diperkukuh oleh Waris Klana Hilir sekali gus disahkan Dato' Andulika Mandalika.

Pada peringkat awal pemerintahan, YTM Dato Klana Petra Ma'amor yang masih kanak-kanak, menyebabkan Ibu Soko Klana dan Waris Klana terpaksa membenarkan YAM Dato' Shahbandar Haji Ahmad bin Mohd Ali memangku jawatan Undang Luak Sungei Ujong.

Sehingga YTM Dato Klana Petra Ma'amor berumur 12 tahun beliau mula mengambil alih pemerintahan Luak Sungei Ujong daripada YAM Dato' Shahbandar Haji Ahmad.

YTM Dato' Klana Petra Ma'amor antara pemerintah Melayu awal ke Durbar Raja-raja di Kuala Kangsar pada 1897. Beliau terus ke Durbar Raja-raja pada 1903, 1932, 1937 dan yang terakhir pada 1939. Semasa hadir, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor konsisten menyumbang idea dan pandangan untuk pembangunan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

Sumbangan terbesar YTM Dato Klana Petra Ma'amor ketika menjadi Undang Luak Sungei Ujong ialah meletakkan asas-asas pembentukan Negeri Sembilan moden dan Persekutuan Malaysia pada hari ini. Beliau antara Pembesar Memerintah yang menandatangani Perjanjian Negeri Sembilan 1898.

Perjanjian 1898 itu kemudian diperkemas menerusi satu lagi perjanjian pada 1934 yang turut ditandatangani YTM Dato' Klana Petra Ma'amor, sekali gus menjadi asas pemerintahan Yang Dipertuan Besar bersama Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Beliau juga menandatangani Perjanjian 1909 dan 1912 bagi Majlis Persekutuan (Federal Council) yang merujuk kepada penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan di NNMB untuk menyelaraskan pentadbiran. Perjanjian inilah meletakkan asas kepada permulaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

YTM Dato' Klana Petra Ma'amor juga menghidupkan semula peraturan Undang Yang Empat terdahulu apabila menabalkan YAM Tuan Besar Tuanku Muhammad ibni YAM Tuan Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat pertabalan Tuanku Muhammad pada 7 Mei 1898 di Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah diketuai YTM Dato' Klana Petra Ma'amor itulah menjadi warisan turun-temurun pertabalan mana-mana Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sehingga hari ini.

YTM Dato' Klana Petra Ma'amor juga bertanggungjawab menjadi imam Undang Yang Empat memilih, melantik dan menabal Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad pada 1933. Tuanku Abdul Rahman kemudian menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama negara pada 1957.

Dalam bidang pendidikan, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor berjasa besar apabila mewakili pemerintah-pemerintah Negeri Sembilan (YTM Dato' Undang Empat, YTM Tunku Besar Tampin dan YAM Tuan Besar Seri Menanti) untuk menganggotai Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Turut bersama YTM Dato' Klana Petra Ma'amor dalam Lembaga Gabenor MCKK pada 1917 ialah:

- Raja Sir Chulan ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II (wakil Perak)
- Tengku Musa’eddin Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah (wakil Selangor)
- Tengku Sulaiman ibni Sultan Sir Ahmad Muadzam Shah (wakil Pahang)

Pada hujung usia YTM Dato' Klana Petra Ma'amor kuat menentang wakil Kerajaan Britain, Sir Harold MacMichael memaksa Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian Malayan Union. Beliau yang sedang uzur ketika itu datang ke Istana Seri Menanti berjumpa dengan MacMichael bagi menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan MacMichael.

Dalam pembangunan agama Islam, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor banyak memberi sumbangan mewakafkan tanah dan tunai bagi tujuan pembinaan masjid, antaranya Masjid Jamek Dato' Klana Sendeng, Ampangan, Masjid Kariah Pantai dan Masjid Kariah Kampung Mendom, Lenggeng.

Dalam adat Sungei Ujong, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor banyak memperkemas dan meletakkan asas pemerintahan adat Sungei Ujong, antaranya mewujudkan institusi Telaga Undang untuk menyelesaikan kekusutan pentadbiran negeri, adat dan agama di Sungei Ujong.

Pada 10 Mei 1902, satu perjanjian antara YTM Dato' Klana Petra Ma'amor dan semua Dato'-dato' Lembaga bahawa hanya Ibu Soko Klana di-Hulu diberi mandat mentadbir Telaga Undang. Mengikut perjanjian, Ibu Soko Waris Klana di-Hulu mentadbir Telaga Undang diberi elaun $251 Straits Dollar.

Secara tidak langsung, mewujudkan pusaka YM Telaga Undang, khusus untuk Ibu Soko Klana di-Hulu. Pusaka YM Telaga Undang tiada pemilihan atau lantikan, sebaliknya penyandang ditentukan selepas rundingan sesama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu yang kanan.

YTM Dato' Klana Petra Ma'amor juga memansuhkan sistem tanah adat dalam tahun 1920-an susulan pandangan daripada ulama Haji Muhammad Said Al-Linggi dan menggunakan sistem pewarisan tanah berdasarkan hukum syarak sepenuhnya.

Nota 1: YTM Dato' Klana Petra Ma'amor wafat mengejut pada 15 Disember 1945. Beliau dikebumikan di perkarangan Masjid Jamek Dato' Klana Sendeng pada 17 Disember tahun sama.

Nota 2: Memerintah selama 56 tahun, YTM Dato' Klana Petra Ma'amor mempunyai 15 anak dan 34 cucu daripada lima isteri. Kebanyakan cucu cicit keturunan YTM Dato' Klana Petra Ma'amor ialah pembesar Negeri Sembilan kini.

Nota 3: YAM Dato' Shahbandar Haji Ahmad bin Mohd Ali ialah bapa mentua YTM Dato' Klana Petra Ma'amor menerusi isteri kedua. YAM Dato' Shahbandar Abu Bakar bin Othman p**a ialah menantunya menerusi perkahwinan dengan anak perempuannya.

Nota 4: Senarai YTM Dato' Klana Petra

1) Dato' Klana Petra Bador Bin Dato' Chantek (Klana Hulu) (1760-1780)
2) Dato' Klana Petra Dato' Leha Bin Dato Bador (Klana Hulu) (1780-1800)
3) Dato' Klana Petra Dato' Bahi Bin Mohd Salleh (Klana Hilir) (1800-1824)
4) Dato' Klana Petra Dato' Kawal Bin Dato Shahbandar Megat (Klana Hulu) (1824-1850)
5) Dato' Klana Petra Dato' Sending Bin Dato' Shahbandar Megat (Klana Hulu) (1850-1873)
6) Dato' Klana Petra Tunku Syed Abdul Rahman Bin Syed Ahmad Al-Qadri (Klana Hilir) (1873-1881)
7) Dato' Klana Petra Dato' Lela Muhammad Yusof Bin Hashim (Klana Hilir) (1881-1889)
8) Dato' Klana Petra Dato' Maa'mor Bin Dato' Menteri Kassim (Klana Hulu) (1889-1945)
9) Dato' Klana Petra Dato' Haji Mohammad Kassim Bin Haji Mohammad Rashid (Klana Hilir) (1945-1983)
10) Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Bin Dohak (Klana Hulu) (1993-2025)
11) Dato' Klana Petra Dato' Muhammad Faris Bin Johari (Klana Hulu) (2025-Kini) - Piut Dato' Klana Petra Maa'mor.

Sumber penceritaan:

1) JSBRAS Vol 28, Aturan Sungei Ujong oleh RN Bland, 1895
2) JSBRAS Vol 28, Adat Sungei Ujong, 1895
3) JSBRAS Vol 83, Sungai Ujong oleh RJ Wilkinson, 1921
4) Treaties and Engagements Affecting the Malay States and Borneo, George Maxwell, 1924
5) Report on a Mission to Malaya by Sir Harold A. MacMichael, October 1945 - January 1946
6) JMBRAS Vol 22, Sungei Ujong oleh JM Gullick, 1949
7) Islam vs Adat in Negeri Sembilan, Patrick de Josselin de Jong, 1960
8) Bustamam Ahmad. Telaga Undang untuk selesai masalah adat. Berita Harian, 5 Mac 1988
9) Pelaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan, Nadzan Haron, 1992.
10) Malayan Union dan Persekutuan 1948, Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus

Muzium Negeri Sembilan Tengku Ahmad Ridhaudin Majlis Keselamatan Negara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Jabatan Penerangan Malaysia

Allahhumasolli Ala Muhammad..Sumber rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/3927-irsyad-al-fatwa-si...
08/05/2026

Allahhumasolli Ala Muhammad..

Sumber rujukan:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/3927-irsyad-al-fatwa-siri-ke-352-hukum-solat-jumaat-di-masjid-kariah-lain

Syarat sah solat Jumaat

Walau bagaimanapun, solat Jumaat tersebut tidak sah, melainkan setelah dia memenuhi empat syarat yang berikut :

1. Solat Jumaat hendaklah didirikan di dalam kawasan binaan, sama ada di bandar atau di kariah yang mempunyai penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat-syarat wajib mendirikan Jumaat.

2. Bilangan Jemaah bagi solat Jumaat ialah tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang memenuhi syarat wajib Jumaat (أهل الجمعة) iaitu lelaki, baligh dan bermastautin.

3. Solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu Zohor.

4. Jangan didirikan lebih daripada satu solat Jumaat pada satu tempat selagi ia boleh dilakukan demikian. Malahan mereka wajib berhimpun pada satu tempat. Namun harus berbuat lebih daripada satu tempat jika tempat tersebut tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai.

[Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/202-203)]

Sebahagian ulama telah menyebutkan beberapa lagi syarat sah solat Jumaat selain daripada empat syarat di atas iaitu :

1. Tidak boleh mendahului atau serentak takbiratul ihram antara satu Jumaat dengan Jumaat yang lain dalam satu tempat kerana ditegah berbilang-bilang Jumaat pada satu tempat, kecuali ahli Jumaatnya ramai sukar untuk berhimpun di satu tempat.

2. Ditunaikan secara berjemaah hanya pada rakaat yang pertama dan berkekalan jemaahnya hingga selesai sujud kedua walaupun sekalian makmumnya mufaraqah daripada imamnya selepas sujud kedua pada rakaat pertama. Tetapi bilangan 40 orang adalah adalah disyaratkannya berkekalan dari awal hingga akhir Jumaat. Ahli Jemaah yang mendapat satu rakaat bersama Imam dianggap sebagai mendapat Jumaat.

3. Hendaklah didahului dengan dua khutbah.

[Lihat : Matla’ al-Badrain (disusun oleh PMWP), (1/160-163), al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 327-328, dan Nail al-Raja’ bi Syarhi Safinah al-Naja’, hal. 156-158]

Krisis Negeri Sembilan bermula di Sungai Ujong pada 1993Kita belajar dari sejarah..Tengku Ahmad Ridhaudin Dato' Seri Uta...
07/05/2026

Krisis Negeri Sembilan bermula di Sungai Ujong pada 1993

Kita belajar dari sejarah..

Tengku Ahmad Ridhaudin Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Majlis Keselamatan Negara

Kontroversi bermula pada 29 Dis 1993 dan sejarah ini pernah direkodkan oleh seorang pengarang, budayawan dan juga ahli Persatuan Sejarah cawangan Negeri Sembilan.

05/05/2026
PELANTIKAN DATO’ KLANA PETRA UNDANG LUAK SUNGEI UJONG BAHARUDato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun Majlis Keselamatan Neg...
05/05/2026

PELANTIKAN DATO’ KLANA PETRA UNDANG LUAK SUNGEI UJONG BAHARU

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun Majlis Keselamatan Negara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Polis Negeri Sembilan

Address

Batu 9, Telaga Undang Luak Sungei Ujong, Kampung Telaga Undang, Pantai
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601163302828

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong:

Share