21/05/2026
LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN: WANG TIDAK DITUNTUT, PERSPEKTIF PERCUKAIAN, PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN SOSIAL TAHUN 2026
Tarikh: 19 โ 20 Mei 2026
Tempat: Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pengurusan: Wang Tidak Dituntut, Perspektif Percukaian, Perundangan dan Perlindungan Sosial Tahun 2026 pada 19 hingga 20 Mei 2026 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program ini melibatkan penyertaan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) daripada koperasi-koperasi seliaan SKM Negeri Sembilan yang merangkumi wilayah Negeri Sembilan, Seremban/Jelebu, Tampin/Rembau, Kuala Pilah/Jempol dan Port Dickson.
Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek pengurusan dan pematuhan koperasi khususnya berkaitan pengurusan Wang Tidak Dituntut (WTD), percukaian, perlindungan sosial, aspek perundangan serta tindakan penguatkuasaan yang berkaitan bagi memperkukuhkan tadbir urus koperasi.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk:
i. Memberi pendedahan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) berkaitan pengurusan Wang Tidak Dituntut (WTD) serta tatacara tuntutan dan semakan.
ii. Meningkatkan kefahaman peserta mengenai pematuhan percukaian koperasi, pengurusan cukai serta keperluan pematuhan kepada peraturan semasa.
iii. Memberi penerangan berkaitan perlindungan sosial dan tanggungjawab majikan terhadap caruman serta kebajikan pekerja.
iv. Memperkukuhkan aspek tadbir urus, integriti dan pematuhan dalam kalangan koperasi seliaan SKM Negeri Sembilan.
Sepanjang pelaksanaan program, beberapa slot ceramah dan perkongsian telah dijalankan melibatkan agensi berkaitan seperti berikut:
๐น SLOT 1 : JABATAN AKAUNTAN NEGARA, BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
- penerangan diberikan berkenaan pengurusan Wang Tak Dituntut (WTD), sistem eGumis.
- โ slot juga diberikan kepada peserta bagi semakan WTD di kaunter Akauntan Negara Malaysia yang disediakan di bahagian belakang dewan.
- Taklimat disampaikan oleh Puan Anis Syahirah
๐นSLOT 2 : LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)
- penerangan diberikan berkenaan percukaian koperasi, no. tin dan Sijil Pematuhan Cukai (TTC).
- Taklimat disampaikan oleh Puan Nor Aโaini binti Samah.
๐นSLOT 3 : JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
- penerangan diberikan berkenaan cukai tak langsung, SST.
- โ kategori perniagaan- perniagaan yang perlu dikenakan SST berdasarkan had jualan tertentu.
- Taklimat disampaikan oleh En. Fazil bin A. Rahman.
๐นSLOT 4 : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
-penerangan diberikan berkenaan tanggungjawab majikan, caruman PERKESO, Skim Caruman PERKESO, Skim Keilatan, Faedah Orang Tanggungan
-Taklimat disampaikan oleh Puan Dino Gowri.
๐นSLOT 5 : GARIS PANDUAN 27 : TADBIR URUS KOPERASI
-penerangan diberikan berkenaan tadbir urus koperasi berdasarkan garis panduan 27 SKM oleh En. Tn. Hj. Mohd. Abdul Hamid bin Hashim.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada koperasi seliaan SKM Negeri Sembilan. Jumlah Peserta 75 orang dengan jumlah Koperasi Terlibat 54 koperasi melibatkan penyertaan dari wilayah Negeri, Seremban/Jelebu, Tampin/Rembau, Kuala Pilah/Jempol dan Port Dickson
Program ini telah memberikan impak positif kepada peserta dan koperasi yang terlibat, antaranya:
1. Meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pengurusan dan tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) termasuk penggunaan sistem eGUMIS.
2. Memberi pendedahan berkaitan pematuhan percukaian, pengurusan cukai serta risiko ketidakpatuhan.
3. Menambah pengetahuan peserta mengenai cukai tidak langsung (SST) dan kategori perniagaan yang tertakluk kepada pelaksanaannya.
4. Memberikan kefahaman berhubung aspek perlindungan sosial serta tanggungjawab majikan terhadap pekerja.
5. Meningkatkan kesedaran berkaitan isu perundangan yang boleh memberi kesan kepada operasi dan pentadbiran koperasi.
6. Memperkukuhkan amalan tadbir urus dan pematuhan dalam kalangan koperasi seliaan SKM Negeri Sembilan.
7. Mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama antara SKM dengan koperasi seliaan serta agensi-agensi strategik yang terlibat.
Secara keseluruhannya, Program Pengurusan: Wang Tidak Dituntut, Perspektif Percukaian, Perundangan dan Perlindungan Sosial Tahun 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Program ini diharap dapat membantu koperasi meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa, memperkukuhkan tadbir urus organisasi serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan dalam pengurusan koperasi.
Selain itu, program seumpama ini wajar diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan koperasi sentiasa peka terhadap perubahan dasar, keperluan pematuhan dan amalan pengurusan yang lebih berkesan.
----------------------------------
๐ดIkuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:
๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/coopn9
๐๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐๐จ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ : https://youtube.com/
๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฐ๐๐ง๐ : skm.gov.my