20/05/2026
๐ท๐น๐ถ๐ฎ๐น๐จ๐ด ๐ท๐ฌ๐ฌ๐น๐บ ๐บ๐ผ๐ท๐ท๐ถ๐น๐ป ๐ป๐ฌ๐จ๐ด ๐ฑ๐ผ๐ต๐ฐ๐ถ๐น (๐ท๐บ๐ป ๐ฑ๐.) ๐ซ๐จ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ผ๐จ๐ณ๐จ ๐ท๐ฐ๐ณ๐จ๐ฏ: ๐ด๐ฌ๐ต๐ถ๐ณ๐ถ๐ต๐ฎ ๐จ๐ด๐จ๐ณ๐จ๐ต ๐ด๐ผ๐ณ๐ฐ๐จ
๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต: 15 Mei 2026 (Jumaat)
๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐: PAKK Kuala Pilah
๐ ๐ฎ๐๐ฎ: 3.00 petang hingga 4.00 petang
๐๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ:
1 Pegawai Psikologi
2 JPKK PKMD Kuala Pilah
6 PST Jr. Daerah Kuala Pilah
2 ahli PAKK daerah Kuala Pilah
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐ท๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ป (๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต, ๐๐ฎ๐ท๐๐ธ ๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป):
Pn. Nur Saadah Binti Mohd Puzi
Pegawai Psikologi S9 PKMD Kuala Pilah
๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐ก๐๐ฃ:
Program Peers Support Team Junior (PST Jr.) adalah inisiatif Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menzahirkan produk sosial yang berfokus kepada pembangunan konsep kendiri di kalangan kanak-kanak Prinsip asas program ini adalah untuk mewujudkan satu kump**an sokongan psikososial di kalangan rakan sebaya dalam kalangan kanak-kanak JKM bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan psikologi kanak-kanak sepanjang masa. Program ini juga menggunakan pendekatan pembimbing rakan sebaya yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang terbukti keberkesanannya dalam membantu dan membimbing di kalangan murid-murid di sekolah. Terdapat empat tahap perkembangan kemahiran di dalam modul ini. Program kali ini mengaplikasi tahap pertama dan kedua dalam modul program iaitu Pembinaan Kendiri Positif dan Kemahiran Asas Menolong.
๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐:
- Membentuk personaliti yang baik kepada peserta.
- Melahirkan sifat mesra dan jujur yang dapat dirasakan oleh rakan apabila berinteraksi dengan mereka.
- membentuk peserta yang berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada berpandangan negatif atau serong terhadap rakan lain.
๐๐๐จ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ก๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐ช๐ก๐๐จ๐๐ฃ:
*Program kali ini dibahagikan kepada 4 Slot iaitu Kapsul Masa, Slot Kenali Diri, Slot Asas Menolong dan Sesi Refleksi*
- Di dalam Slot Kapsul Masa, para peserta diminta untuk berkongsi semula pengisian program yang lalu sebagai salah satu cara untuk recall kemahiran yang telah dipelajari. Para peserta saling membantu dalam melengkapkan urutan pengisian program yang lalu secara bergilir-gilir. Para peserta diberikan ganjaran seperti manisan gula-gula setiap kali berjaya memberikan jawapan.
- Slot Kenali Diri diteruskan dengan melengkapkan borang Penaksiran Psikometrik Psikologi Personaliti BFI-10 sebagai salah satu kaedah pengukuran yang mudah dan cepat memandangkan item yang disoal hanya 10 item sahaja. Kemudian pengiraan kendiri dilakukan oleh peserta sendiri dengan bimbingan penceramah. Setiap helaian peserta diteliti agar tiada kesilapan dalam pemarkatan. Keputusan alat ujian juga telah dibincangkan bersama. Para peserta digalakkan mengambil bahagian sepanjang pembentangan psikometrik ini seperti contoh dan pengalaman yang telah dilalui bagi setiap domain yang dibincangkan.
- Slot ketiga ialah Asas menolong. Slot ini dibahagikan kepada 3 pecahan kecil iaitu lakonan, ulasan lakonan dan refleksi lakonan. Dalam lakonan, penceramah telah memilih 2 orang peserta untuk melakonkan lakonan berdasarkan situasi yang diberi. Pada pecahan pertama, pelakona hendaklah melakonkan senario sedang mencuri jam tangan abang dan lakonan kedua merupakan rakan sedang dituduh mencuri. Pada pecahan kedua, para peserta sebagai PST Jr. Daerah Kuala Pilah perlu memberi ulasan dan kaedah terbaik yang boleh dilakukan dalam membantu mengembalikan semangat rakan yang sednag dalam keadaan salah dan dalam keadaan kesedihan. Di sini, pelbagai kemahiran menolong dibincangkan secara tidak langsung seperti memujuk, menghibur hati, bertanya soalan terbuka dan tertutup, bersabar dan lain-lain lagi. Para peserta kemudian pada pecahan ketiga diminta untuk memberi refleksi asa menolong di atas kertas mahjong yang telh disediakan bagi melihat kepekaan dan kefahaman peserta.
- Sebagai pengenalan kepada pengisian program seterusnya, para peserta telah diberikan aktiviti Radio Rosak. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kump**an yang keduanya mempunyai jumlah peserta yang sama. Setelah memilih kertas berisi perkataan (mesej) yang sama, ketua (messenger) yang berada di hadapan akan membaca, menghafal dan menyampaikan perkataan tersebut, Para peserta hendaklah menyampaian perkataan tersebut hingga belakang dalam tempoh masa yang disediakan. Mesej mungkin akan sama seperti asal atau mungkin sahaja akan tidak lengkap bergantung kepada gangguan yang wujud (interrruption). Kemudia peserta di akhir (receiver) akan membentangkan perkataan tersebut. Kump**an yang mendapat perkataan yang yang lengkap dan betul dianggap pemenang.
- Slot Refleksi diteruskan dengan meminta peserta secara rawak berkongsi dapatan pengalaman dalam program kali ini. Para peserta dilihat memahami idea yang ingin idsampaikan dan bersedia untuk menyertai program seterusnya. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama dan diakhiri dengan bacaan doa.
Bahagian ini merakamkan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐๐ฟ ๐ฆ๐ฎ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฃ๐๐๐ถ - ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐๐ถ๐ธ๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ, ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐ฃ๐ถ๐น๐ฎ๐ต atas komitmen, dedikasi dan profesionalisme dalam menjayakan program/aktiviti yang dilaksanakan. Usaha ini bukan sahaja memberi impak kepada peserta, malah menyumbang kepada kesejahteraan mental dan pembangunan insan secara holistik. Terima kasih atas khidmat bakti yang bermakna.