Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Bomba Tonggak Penyelamatan Negara ��

SELAMAT HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2026 📝📸Mata pena dan lensa kamera anda adalah medium penting yang menghubungkan ...
29/05/2026

SELAMAT HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2026 📝📸

Mata pena dan lensa kamera anda adalah medium penting yang menghubungkan kami dengan masyarakat.

Seluruh warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan pengamal media. Anda adalah rakan strategik kami yang sentiasa tidak kenal erti penat lelah, turun ke lokasi kejadian, mengharungi pelbagai cabaran bersama Wira Merah bagi menyampaikan laporan berita yang telus, pantas, dan tepat.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan menjadi sebahagian daripada nadi penyampaian maklumat keselamatan serta operasi kebombaan kepada rakyat.

Terus menjadi mata, telinga dan suara untuk kebenaran dan kesejahteraan negara.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja JBPM Negeri Sembilan

PROGRAM KORBAN 2026 JBPM NEGERI SEMBILAN Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Korban 2026 Jabatan Bomba dan...
29/05/2026

PROGRAM KORBAN 2026 JBPM NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Korban 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan yang diadakan secara gotong-royong bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini turut dihadiri dan diserikan lagi dengan kehadiran YS PPJB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.

Antara pengisian utama program hari ini:Taklimat Ibadah Korban sebagai panduan petugas. Sesi sembelihan dan melapah yang dijayakan bersama secara semangat gotong-royong oleh warga zon, balai, dan bahagian. Agihan daging korban kepada para penerima yang layak. Jamuan warga kerja bagi merapatkan ukhuwah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, petugas, serta seluruh warga bomba yang memberikan komitmen padu dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga ibadah kita semua diterima di sisi-Nya.

🔥 PENGARAH JBPM NEGERI SEMBILAN TURUN PADANG BERI SOKONGAN KEPADA PESERTA PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN 🔥YS PPjB Nor Arif...
28/05/2026

🔥 PENGARAH JBPM NEGERI SEMBILAN TURUN PADANG BERI SOKONGAN KEPADA PESERTA PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN 🔥

YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan hari ini turun padang meninjau sendiri sesi latihan dan persediaan anggota yang bakal beraksi dalam Pertandingan Kawad Kecekapan.

Walaupun cuaca panas, kehadiran YS Pengarah untuk memberi suntikan motivasi dan kata-kata semangat buat semua peserta agar terus fokus, berkeyakinan dan memberikan komitmen yang terbaik nanti.

Teruskan berjuang dan buat yang terbaik demi nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

BIAR HONGEH ASAL PUEH!!!

Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya Korban ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan kewaspadaan keselamatan, t...
27/05/2026

Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya Korban ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan kewaspadaan keselamatan, terutamanya keselamatan kebakaran di rumah dan di kawasan kediaman.

​Dapur Memasak: Jangan tinggalkan api memasak tanpa pengawasan, terutamanya semasa merebus ketupat atau menumis rendang. Periksa hos gas.

​Sistem LPG: Ketatkan semua sambungan gas. Gunakan hos yang elok dan tidak retak.

​Penggunaan Elektrik: Elakkan lebihan beban (overload) pada soket dan palam suis. Padamkan suis peralatan yang tidak digunakan sebelum keluar rumah.

​Pelita & Lilin: Pastikan letak di tempat yang stabil dan jauh daripada bahan mudah terbakar seperti langsir.
​Suasana kampung di Negeri Sembilan kita amat berharga, marilah kita jaganya bersama-sama.

​Sila 'Like', 'Share', dan 'Tag' ahli keluarga serta rakan-rakan anda di Negeri Sembilan untuk memastikan pesanan penting ini sampai kepada semua. Pencegahan bermula dari kita.

SALAM AIDILADHA 10 ZULHIJJAH 1447HAllahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.Setinggi-tinggi kesyukuran d...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 10 ZULHIJJAH 1447H

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Ikhlas daripada Seluruh warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mendoakan agar sambutan Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan yang berpanjangan buat seluruh umat Islam, khususnya warga Negeri Sembilan.

Penghayatan Aidiladha mendidik kita tentang erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan yang murni, serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semoga segala amal ibadah dan ibadah korban kita pada tahun ini diterima dan dirahmati oleh Allah SWT.

🚨 PESANAN KESELAMATAN BOMBA:

🚗 Pemanduan Berhemah: Rancang perjalanan pulang ke kampung halaman dengan bijak dan pastikan kenderaan dalam keadaan diselenggara dengan baik.

🔥 Keselamatan di Dapur/Tempat Korban: Sentiasa awasi penggunaan api dan dapur gas semasa memasak hidangan raya mahupun ketika menguruskan aktiviti korban.

🏡 Rumah Ditinggalkan: Pastikan semua suis elektrik yang tidak digunakan dimatikan dan pintu rumah dikunci dengan rapat sebelum meninggalkan kediaman.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Pandu cermat, jiwa selamat!

JUALAN RAHMAH MADANI KINI DI JBPM NEGERI SEMBILAN! 🛒🔥Warga Seremban, khususnya di kawasan Parlimen Rasah & DUN Bukit Kep...
25/05/2026

JUALAN RAHMAH MADANI KINI DI JBPM NEGERI SEMBILAN! 🛒🔥

Warga Seremban, khususnya di kawasan Parlimen Rasah & DUN Bukit Kepayang! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga potongan yang sangat berbaloi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan membawakan Jualan Rahmah Madani terus kepada anda!

Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 26 Mei 2026 (Selasa)

⏰ Masa: 10.00 Pagi – 2.00 Petang

📍 Tempat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (Parlimen Rasah @ DUN Bukit Kepayang)

Antara Keperluan Utama & Harga Rahmah:

🍗 Ayam Standard – RM 7.00 / kg

🌾 Beras Jati Import (5KG) – RM 13.20

🥚 Telur Ayam Gred B (Se-tray) – RM 8.00

🧴 Barangan penjagaan diri, bahan masakan, dan banyak lagi!

📢 NOTA PENTING UNTUK PENGUNJUNG:

🛍️ Bawa Beg Sendiri: Sila bawa beg membeli-belah sendiri. Plastik tidak disediakan bagi menyokong kempen mesra alam.

✋ Had Pembelian: Terhad kepada 5 unit sahaja bagi setiap pelanggan (kecuali minyak masak paket).

🧴 Pembelian Minyak Masak Paket: Pembelian adalah melalui aplikasi ECOSS atau secara manual dan WAJIB membawa Kad Pengenalan (IC).

Ayuh pakat datang ramai-ramai esok! Sambil membeli-belah dengan harga jimat, boleh juga singgah bertemu abang-abang bomba kita.

SEREMBAN, 25 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malays...
25/05/2026

SEREMBAN, 25 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sukbom, hari ini.

Majlis program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.

Kursus padat yang berlangsung sepanjang hari ini memfokuskan kepada pemerkasaan budaya keselamatan di tempat kerja menerusi 5 sesi pengisian utama bersama penceramah jemputan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta panel dalaman JBPM:

📌 Sesi 1 & 2: Pengenalan KKP, Perundangan, Analisa Kemalangan di Tempat Kerja, serta Pematuhan SOP & Arahan Kerja.

📌 Sesi 3: Pengurusan Risiko dan Aplikasi HIRARC (Mengenal pasti Hazard, Penilaian & Kawalan Risiko).

📌 Sesi 4 & 5: Pengenalan OSHWA, OSH Kendiri, serta Latihan Praktikal (Hand-On) Sistem MyKKP.

Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi melalui kursus ini dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh seluruh warga kerja demi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan kondusif.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan

24/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera.
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa PERISMA Negeri Sembilan melalui Biro Sukan & Kebudayaan akan menganjurkan Kejohanan Boling Piala Pengerusi PERISMA Negeri Sembilan 2026 seperti ketetapan berikut:
🎳 20 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Lite Superbowl JB10
👥 Kategori Trio (3 orang sepasukan)
⏰ Blok 1 : 9.30 pagi
⏰ Blok 2 : 1.30 petang
Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta memeriahkan kejohanan ini.
📌 Pendaftaran boleh dibuat melalui Kod QR pada poster yang dilampirkan.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

Sempena program 7 Wonders 3.0 di Gunung Datuk Rembau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan terutamanya ...
23/05/2026

Sempena program 7 Wonders 3.0 di Gunung Datuk Rembau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan terutamanya Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sembilan turut membuat kajian liputan GIRN di kawasan tersebut.

Disamping itu,JBPM NS turut menekankan aspek keselamatan dengan meningkatkan tahap komunikasi dalam keadaan baik

PESANAN KHIDMAT MASYARAKATJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan menasihati orang awam berhati-hati semas...
23/05/2026

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan menasihati orang awam berhati-hati semasa melakukan aktiviti riadah dan reakreasi di tempat yang berpontensi menyebabkan kecederaan.

Address

Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan:

Share