Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Sembilan

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Sembilan Selamat Datang.

Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam Pihak BPIT Negeri Sembilan sekali lagi telah terlibat di dalam Kursus Pertanian vs ...
10/06/2026

Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam

Pihak BPIT Negeri Sembilan sekali lagi telah terlibat di dalam Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam ini bagi siri ketiga yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan pada 10 Jun 2026 dengan menyampaikan modul kursus bertajuk Fermented Fruit Juice (FFJ). Ceramah modul ini telah disampaikan oleh Puan Geetaa a/p Mathawan dan dibantu oleh Encik Muhammad Huzaini bin Hussain

Peserta memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan minat dengan tajuk yang disampaikan. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan kaedah pembuatan FFJ ini kelak.

Dirgahayu Tuanku
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

Selamat Hari Raya Aidiladha10 Zulhijjah 1447h
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah 1447h

BPIT Negeri Sembilan telah mengambil bahagian mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi Program Kuala Pilah Agro Festival...
24/05/2026

BPIT Negeri Sembilan telah mengambil bahagian mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi Program Kuala Pilah Agro Festival sedang berlangsung selama 2 hari bermula 23 Mei hingga 24 Mei anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kuala Pilah di Dewan Dato' Bahaman Kuala Pilah.

Bersempena dengan tema tanaman cili, pihak kami telah membawakan pasukan pakar tanaman cili beserta informasi yang berguna untuk dikongsi dengan pengunjung.

Jangan lepaskan peluang untuk turun ke Kuala Pilah hari ni dan boleh nikmati pelbagai perkhidmatan dan program lain yang turut disediakan.

Tahniah Pertanian Daerah Kuala Pilah diatas penganjuran program ini.

Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam Siri 2Pihak BPIT Negeri Sembilan sekali lagi telah terlibat di dalam Kursus Pertani...
12/05/2026

Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam Siri 2

Pihak BPIT Negeri Sembilan sekali lagi telah terlibat di dalam Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam ini bagi siri kedua yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan pada 13 Mei 2026 dengan menyampaikan modul kursus bertajuk Fermented Fruit Juice (FFJ). Ceramah modul ini telah disampaikan oleh Puan Geetaa a/p Mathawan dan dibantu oleh Puan Nura Adila binti Rahimi.

Peserta memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan minat dengan tajuk yang disampaikan. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan kaedah pembuatan FFJ ini kelak.

Kursus Pengurusan Tanaman KopiPihak BPIT Negeri Sembilan telah melaksanakan amanah  yang dipertanggungjawabkan oleh piha...
07/05/2026

Kursus Pengurusan Tanaman Kopi

Pihak BPIT Negeri Sembilan telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Sembilan untuk menyampaikan Kursus Pengurusan Tanaman Kopi kepada Agen Pengembangan Tanaman (APT) Jabatan Pertanian Negeri Sembilan di Pusat Pertanian Sendayan pada 7 Mei 2026. Kursus telah disampaikan oleh Puan Mustakizah binti Mansor dan dibantu oleh Puan Nurazizah binti Ibrahim.

Kursus yang disampaikan merangkumi teori dan latihan amali di ladang. Peserta didedahkan dengan senario industri kopi di Malaysia, Amalan Agronomi, Pengurusan Tanaman, Pengurusan Tapak Semaian dan Penyediaan Bahan Tanaman Kopi. Peserta turut terlibat dengan aktiviti pengendalian penanaman pokok kopi di ladang.

Moga kursus ini dapat memperkasakan pengetahuan para APT kelak ketika berkongsi informasi tanaman kopi dan ketika berhadapan dengan pertanyaan-pertanyaan daripada golongan sasar terutama pengusaha tanaman kopi.

Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam Siri 1  Pihak BPIT Negeri Sembilan telah terlibat di dalam kursus ini yang dianjurk...
06/05/2026

Kursus Pertanian vs Kelestarian Alam Siri 1

Pihak BPIT Negeri Sembilan telah terlibat di dalam kursus ini yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan pada 6 Mei 2026 dengan menyampaikan modul kursus bertajuk Fermented Fruit Juice (FFJ). Ceramah modul ini telah disampaikan oleh Puan Geetaa a/p Mathawan dan dibantu oleh Puan Nura Adila binti Rahimi.

Peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan minat dengan tajuk yang disampaikan. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan kaedah pembuatan FFJ ini kelak.

Selamat Hari PekerjaPekerja Madani Kesuma Bangsa
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja

Pekerja Madani Kesuma Bangsa

Address

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Km 15 Jalan Port Dickson
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066320193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Sembilan:

Share