08/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
MELAKA, 7 Sep 26 - Panglima 10 Briged (Para), Mej Jen Datuk Khairul Anwar bin Soib telah mengiringi Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) ke acara Pembukaan Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2026 di Dataran Pavilion, Lapangsasar 400 meter Kem Terendak, Melaka.
Perasmian dimulakan dengan perbarisan masuk padang yang melibatkan 12 kontinjen yang terdiri daripada 55 Pegawai dan 330 Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Lt Kol Mohamad Fazrul bin Mohamad Fadir.
UKM TD merupakan pertandingan menembak dwi tahunan yang melibatkan 11 formasi di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). Ianya bertujuan untuk menilai kemampuan dan tahap kemahiran pengendalian senjata bagi pasukan yang mewakili setiap formasi yang bertanding.
Sebanyak enam acara dipertandingkan dalam UKM TD Tahun 2026 iaitu Menembak Raifal, Carbine, Pistol (Lelaki), Pistol (Wanita), Mesingan Kegunaan Am (MGKA) dan Mesingan Ringan (MGR).
Selain itu, acara ini juga merupakan medan terbaik untuk TDM melahirkan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke pertandingan menembak peringkat antarabangsa.
Turut hadir Panglima-panglima formasi serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Markas Briged Pertama Infantri Malaysia