N.Sembilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

N.Sembilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM Laman Rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan N.Sembilan (JUPEM N.Sembilan)

๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐€๐‘๐€๐…๐€๐ ๐Ÿ“ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“PU...
09/06/2026

๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐€๐‘๐€๐…๐€๐ ๐Ÿ“ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

PUTRAJAYA, 8 Jun 2026 โ€“ JUPEM Negeri Sembilan telah berjaya memperolehi pengiktirafan prestij di atas keupayaan mengamalkan standard tadbir urus dan keselamatan perlindungan yang cemerlang apabila berjaya merangkul Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 dengan penarafan 5 Bintang (Cemerlang).

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datoโ€™ Seri Shamsul Azri Abu Bakar, dan pengiktirafan tersebut diterima sempena Majlis Penyampaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (e-PS) serta Sistem e-Vetting 3.0 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Putrajaya, hari ini. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri kepada YBrs. LSr Abd Rahman bin Mohd Jazuli@Mahmood, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada JUPEM Negeri Sembilan di atas Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan di mana JUPEM Negeri Sembilan telah memperolehi markah sebanyak 97.8%. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada JUPEM Negeri Sembilan untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan tahap keselamatan yang tinggi selaras dengan aspirasi penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.

Syabas dan Tahniah!

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ (๐’๐๐Š) ๐Œ๐’ ๐ˆ๐’๐Ž ๐Ÿ—๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ:๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabatan Ukur dan Pemet...
08/06/2026

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ (๐’๐๐Š) ๐Œ๐’ ๐ˆ๐’๐Ž ๐Ÿ—๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ:๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Audit Pemantauan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 yang dijalankan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bermula dari 3 hingga 5 Jun 2026.

Audit pemantauan ini telah dilaksanakan mengikut jadual berikut:

๐Ÿ“ 3 Jun 2026 โ€“ Ibu Pejabat JUPEM Negeri Sembilan
๐Ÿ“ 4 Jun 2026 โ€“ Pejabat Ukur Daerah Negeri Sembilan (Barat)
๐Ÿ“ 5 Jun 2026 โ€“ Pejabat Ukur Daerah Negeri Sembilan (Timur)

Skop audit merangkumi semakan dan penilaian terhadap pelaksanaan Prosedur Kerja, Pelan Pengurusan Risiko, Dokumentasi Sistem Kualiti serta pematuhan kepada keperluan Standard MS ISO 9001:2015 bagi memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti yang diamalkan oleh jabatan.

Audit ini telah dikendalikan oleh dua (2) orang juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd., iaitu Ts. Nur Asma Abdul Wahab selaku Ketua Juruaudit dan Nur Amira binti Amran.

Sesi pembukaan audit telah diadakan di Ibu Pejabat JUPEM Negeri Sembilan dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, LSr Norazman bin Ismail. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Jurukur Daerah, Ketua-Ketua Seksyen serta Ketua-Ketua Cawangan.

Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan JUPEM Negeri Sembilan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan standard pengurusan kualiti yang ditetapkan.

JUPEM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan audit ini.

Laporan : Yaki bin Abdullah
Gambar : Yaki bin Abdullah & Qhair Naqiuddin bin Hairol







08/06/2026
04/06/2026

๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐“๐ซ๐ž๐š๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ž ๐‡๐ฎ๐ง๐ญ, ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐”๐ค๐ฎ๐ซ ๐”๐ญ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข!

Kalau orang lain mencari harta karun, kami p**a mencari kabel dan paip bawah tanah.

Panas terik, berpeluh dan berjalan jauh itu perkara biasa dalam rutin kerja lapangan. Namun di sebalik setiap langkah, ada data penting yang sedang dikumpulkan untuk memastikan utiliti dapat dikenal pasti dan dipetakan dengan tepat.

Nampak macam kerja biasa, tetapi inilah antara usaha yang membantu mengelakkan kerosakan utiliti, meningkatkan keselamatan semasa pembinaan dan menyokong pembangunan yang lebih terancang.

Kerana setiap pembangunan yang selamat bermula dengan data yang tepat.









๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan setulus tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan setulus tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Patik sekalian mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan oleh Allah SWT, serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kewibawaan.

Semoga negara Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐’๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก ๐ญ๐š๐ค๐ณ๐ข๐ฆ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š
Warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan








31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, keharmonian dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di negara kita.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

28/05/2026

Tak perlu agak-agak lagi. Semak arah kiblat anda..

Cepat, ringkas & memudahkan.

Sumber data: Almanak Falak Syarie Malaysia Tahun 2026 (AFSM 2026), JUPEM.

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•




๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘จ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‘ฏAidiladha hadir membawa penghayatan tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang t...
26/05/2026

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘จ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‘ฏ

Aidiladha hadir membawa penghayatan tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang terserlah melalui ibadah haji dan ibadah korban. Ia menjadi peringatan bahawa setiap amanah yang dipikul, sama ada dalam kehidupan mahupun pekerjaan, menuntut kesungguhan, disiplin dan keikhlasan hati.

Semoga semangat Aidiladha ini terus menyemarakkan budaya kerja yang berintegriti, saling menghargai dan berpasukan demi kecemerlangan organisasi.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir & batin ๐Ÿค











25/05/2026

๐—ฅ๐—˜๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ@๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ ๐—๐—จ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—ก๐—ฆ : ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—›

Sambil komited menyelesaikan tugas hakiki di pejabat mahupun di lapangan, mari manfaatkan Hari Arafah ini untuk mendoakan keberkatan rezeki hasil titik peluh kita.

Semoga setiap penat lelah dalam berkhidmat untuk jabatan dinilai sebagai ibadah, pengorbanan, dan jihad kecil kita di sisi-Nya.







๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐Š๐€๐ƒ๐€๐’๐“๐„๐‘ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐  ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” I Mesyuarat Jawatan...
20/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐Š๐€๐ƒ๐€๐’๐“๐„๐‘ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” I Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kadaster JUPEM Negeri Sembilan (JKPKJN) Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan sebagai platform penyelarasan dan perbincangan berkaitan isu-isu pengukuran kadaster, pengurusan kerja ukuran hak milik tanah dan strata serta perkara-perkara teknikal dan pentadbiran yang melibatkan agensi berkaitan di peringkat negeri.

Mesyuarat ini melibatkan penyertaan pihak pengurusan JUPEM Negeri Sembilan, wakil Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), wakil Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS), wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (JKPTGNS) serta wakil daripada semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan (PDT)

Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan menyelaras isu-isu semasa berkaitan kerja-kerja pengukuran kadaster termasuk tunggakan ukuran hak milik tanah dan strata, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara jabatan dan agensi yang terlibat. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi penekanan terhadap pematuhan garis panduan serta Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (PKPUP) yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Mesyuarat JKPKJN ini juga menjadi medium penting dalam memperkasa koordinasi antara JUPEM Negeri, PEJUTA, PTGNS, JKPTG serta PDT bagi memastikan setiap isu berkaitan pengukuran kadaster dapat ditangani secara menyeluruh, sistematik dan selaras dengan keperluan semasa pembangunan tanah dan strata di Negeri Sembilan.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam mempertingkat kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kadaster serta memperkukuh tadbir urus pengurusan tanah demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Laporan : Punithavathy A/P Rana Singam
Gambar : Azizi bin Azmi

Address

Bangunan Pejabat Persekutuan, Jalan Datoโ€™ Abdul Kadir
Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6067623839

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when N.Sembilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to N.Sembilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM:

Share