GIATMARA Negeri Sembilan

GIATMARA Negeri Sembilan GIATMARA Negeri Sembilan adalah institusi pengajian TVET di Negeri Sembilan, Malaysia. Mempunyai 8 pusat pengajian yang menawarkan 13 kursus latihan teknikal.

17/08/2026

🎓 PERHATIAN KEPADA BAKAL GRADUAN GIATMARA SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN & NEGERI SEMBILAN! 🎓

Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba! Masa untuk kita raikan titik peluh, pengorbanan, dan kejayaan anda sepanjang berjuang di GIATMARA.
Sertai kami di Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia Ke-39 (Zon Tengah)!

📍 Lokasi: DECTAR UKM, Bangi
📅 Tarikh Majlis: 3 Oktober 2026
📌 Negeri Terlibat: Selangor, Wilayah Persekutuan & Negeri Sembilan

⚠️ IMPORTANT / PENTING:
Jangan lupa untuk sahkan kehadiran anda sebelum atau pada 17 Ogos 2026!

Imbas Kod QR pada video di atas atau klik pautan pengesahan kehadiran sekarang https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf9-PijxwOQsO6hREhLbql9cdXQH-X4c67oUPvXg3XIPtKpzw/viewform

Jangan sampai terlepas hari bersejarah ini!

Jumpa anda di sana dengan jubah graduasi! 🎓✨




[GEMA RAMADAN: UKHUWAH & KHIDMAT KOMUNITI GIATMARA JELEBU] 🌙✨Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung program kolaboras...
04/03/2026

[GEMA RAMADAN: UKHUWAH & KHIDMAT KOMUNITI GIATMARA JELEBU] 🌙✨
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung program kolaborasi murni antara GIATMARA Jelebu dan MARA Daerah Jelebu sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah.

Program ini juga merupakan pengisian bermakna sempena Ulang Tahun MARA ke-60 dan GIATMARA ke-40.

Sepanjang hari ini, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian telah dijalankan bersama warga kerja, pelatih, serta komuniti setempat:

✨ Gotong-Royong Pembersihan Surau
Sebagai tanda khidmat bakti, para pelatih GIATMARA Jelebu telah bersama-sama turun padang melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar Surau Al-Maghfirah, Mengkan. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada jemaah, malah bertujuan memupuk nilai sahsiah dan kerja berpasukan dalam diri para pelatih.

🥣 Rewang & Agihan Bubur Lambuk
Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan rewang menyediakan bubur lambuk secara ukhuwah. Agihan telah dilakukan kepada komuniti di sekitar Surau Al-Maghfirah serta pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadan Kuala Klawang. Semoga sumbangan ini membawa sedikit keceriaan buat semua.

📖 Majlis Bacaan Yassin & Iftar Ramadan
Menjelang waktu berbuka, warga GIATMARA dan MARA Daerah Jelebu dan kariah surau berkumpul untuk Majlis Bacaan Yassin bagi memohon keberkatan buat seluruh warga MARA dan penduduk Jelebu. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa secara sederhana bagi mengeratkan lagi silaturahim antara warga kerja GIATMARA dan MARA Daerah Jelebu.

Terima kasih kepada semua pihak termasuk Poliklinik Farahin Jelebu atas sumbangan serta AJK Kariah Surau Al-Maghfirah atas kerjasama yang luar biasa.

Semoga usaha kecil ini diberkati Allah SWT. Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh warga Jelebu!

Address

Pejabat GIATMARA Negeri Sembilan, Lot 10240, Jalan Dato Muda Linggi
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:15
Friday 08:00 - 12:15
14:00 - 17:15

Telephone

+6067687280

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share