Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan adalah sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan dalam membangunkan industri ternakan kepada orang ramai.

Page ini merupakan satu saluran untuk memberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan

11/06/2026

SEMPENA FESTIVAL RENTAK NEGERI 2026

Jangan lepaskan peluang mengunjungi Pameran Haiwan Secara Percuma yang dikelolakan oleh Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dengan kerjasama PD Ostrich & Pets Show Farm, sempena Festival Rentak Negeri 2026.

🐰 Pelbagai spesies haiwan untuk dilihat dan dipelajari
🦩 Pengalaman berinteraksi dengan haiwan secara dekat
πŸ“Έ Lokasi menarik untuk bergambar bersama keluarga
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Aktiviti santai dan pendidikan untuk semua peringkat umur

πŸ“ Pantai Batu 1, Port Dickson
πŸ“… 26 – 28 Jun 2026

Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan memeriahkan Festival Rentak Negeri 2026 yang menampilkan pelbagai pengisian seni, budaya, warisan serta aktiviti rekreasi dan pendidikan yang menarik.

Masuk adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir!










πŸ“’ NOTIS HEBAHAN SEBUT HARGA JPV.NS.S. 9/2026MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN DAN PERALATAN BAGI PROGRAM SURVELAN DAN KAWALA...
05/06/2026

πŸ“’ NOTIS HEBAHAN SEBUT HARGA JPV.NS.S. 9/2026

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN DAN PERALATAN BAGI PROGRAM SURVELAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERKEPENTINGAN EKONOMI DAN ZOONOTIK JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2026

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan mempelawa pembekal tempatan dan bertaraf bumiputera sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang ditetapkan untuk menyertai sebut harga berikut:

Kod Bidang:
070303 – Peralatan dan Kelengkapan Ternakan

πŸ“… Tarikh pembelian dokumen: 09 Jun 2026 (Selasa)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Kaunter Khidmat Pelanggan, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
πŸ’° Harga dokumen: RM50.00

πŸ“Œ Tarikh tutup sebut harga:
18 Jun 2026 (Khamis)
πŸ•› 12.00 tengah hari

Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/seal dan dihantar ke Peti Sebut Harga seperti yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga.

⚠️ Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.




πŸ“’ NOTIS HEBAHAN SEBUT HARGA JPV.NS.S. 8/2026KERJA-KERJA MENAIKTARAF TEMPAT TAHANAN KUCING DAN ANJING, TEMPAT TAHANAN TER...
05/06/2026

πŸ“’ NOTIS HEBAHAN SEBUT HARGA JPV.NS.S. 8/2026

KERJA-KERJA MENAIKTARAF TEMPAT TAHANAN KUCING DAN ANJING, TEMPAT TAHANAN TERNAKAN DAN KABIN PENYEJUKBEKU DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan mempelawa kontraktor tempatan Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) mengikut kategori dan pengkhususan yang ditetapkan untuk menyertai sebut harga berikut:

Kategori dan Pengkhususan:
B04 / CE21

πŸ“… Tarikh pembelian dokumen: 09 Jun 2026 (Selasa)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Kaunter Khidmat Pelanggan, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
πŸ’° Harga dokumen: RM50.00

πŸ“Œ Tarikh tutup sebut harga:
18 Jun 2026 (Khamis)
πŸ•› 12.00 tengah hari

Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/seal dan dihantar ke Peti Sebut Harga seperti yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga.

⚠️ Sebutharga yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.




DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Sembilan

29/05/2026

πŸ„πŸ Jom Korban di Tempat yang Sah & Dibenarkan

Ibadah korban bukan sekadar menyempurnakan tuntutan agama, malah perlu dilaksanakan di lokasi yang sah dan dibenarkan bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan, kebajikan haiwan serta pengurusan sisa dapat diurus dengan baik.

Antara kelebihannya:

βœ… Kebersihan dan keselamatan daging terjamin
βœ… Keselamatan pengendali dan orang awam terpelihara
βœ… Mematuhi Akta Kebajikan Haiwan
βœ… Mengurangkan impak kepada alam sekitar

Laksanakan ibadah korban di pusat sembelihan yang sah atau di surau dan masjid yang mendapat kebenaran bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna, selamat dan teratur.

29/05/2026

πŸ• Nampak comel tak semestinya selamat didekati! 😬

Ramai ingat semua anjing s**a dibelai, tapi bila anjing takut, terkejut atau rasa terganggu, gigitan boleh berlaku ⚠️

Sebelum hulur tangan, ingat 5 perkara penting ni πŸ‘‡

🐾 Jangan kacau anjing waktu makan, tidur atau jaga anak
🐾 Kalau anjing nampak marah/takut, jauhkan diri
🐾 Kalau anjing datang dekat, jangan lari πŸƒβ€β™‚οΈβŒ
🐾 Dekati perlahan dan biar dia hidu dulu 🀚
🐾 Kalau kena gigit, cuci luka terus & pergi klinik/hospital πŸ₯

🚨 Gigitan anjing bukan luka biasa. Rabies boleh membawa maut jika lambat dirawat.

πŸ’‰ Cara paling berkesan lindungi semua: vaksin anti rabies untuk anjing setiap tahun!

Jom sebarkan info ni, mungkin boleh selamatkan nyawa seseorang ❀️

πŸ“² Share post ni supaya lebih ramai tahu cara elak gigitan anjing!

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H I 2026M βœ¨πŸŒ™Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan bu...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H I 2026M βœ¨πŸŒ™

Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua. Marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Ikhlas daripada
Dr. Nurul β€˜Ain binti Ahmad
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan





✨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸ•Œ 10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam...
26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨
πŸ•Œ 10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti sebenar pengorbanan dan ketaatan seperti kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Ikhlas daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan






21/05/2026

πŸ”₯ 100 hari lagi menuju kemeriahan terbesar dunia agromakanan negara!

MAHA 2026 bakal kembali dengan lebih gempak, lebih interaktif dan lebih banyak pengalaman menarik menanti anda!
Tandakan kalendar anda dan bersedia untuk merasai sendiri kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ MAEPS, Serdang
πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10 pagi – 10 malam
100 hari je lagi…
Anda dah bersedia?! πŸ‘€




Address

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
Seremban
71770

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan:

Share