Pejabat Kesihatan Daerah Sepang

Pejabat Kesihatan Daerah Sepang Pemangkin kesejahteraan rakyat melalui program-program kesihatan awam dan perawatan dalam komuniti

28/04/2026

Banyak kebaikan makan sayur dan buah 🍉🥦 Jom baca di sini 👇✨

14/04/2026

Jom join sesi santai FB Live tapi penuh ilmu:

✨ “Makan Secara Sihat Semasa Syawal”

🗓️ Selasa | 14 April 2026
⏰ 10:00 pagi
📍 LIVE di Facebook CPK Negeri Selangor

Bersama:
👩‍⚕️ Panel Jemputan: Ts. Hanis Bazila Abu Hasan
🎤 Moderator: Cik Siti Nurain Zainal

10/04/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

01/04/2026

[Khas untuk murid sekolah menengah & pelajar IPT]

Pertandingan Intervensi Transformasi Persekitaran Sihat Institusi Pendidikan sudah tiba! 🤩

Boleh imbas kod QR ataupun klik pada URL yang tersedia untuk maklumat lanjut. Hadiah menarik menanti anda! Jom ramai-ramai sertai pertandingan ni 🥳

Garis Panduan dan Syarat
https://tinyurl.com/55a2nhdn

Borang Penyertaan Sekolah Menengah
https://forms.gle/VwT8vkLdfQzfbC8v9

Borang Penyertaan IPT
https://forms.gle/6s3anVLZq3AztC519

27/03/2026

Anak-anak selalunya akan leka bermain walaupun di bawah panas terik. Ini meningkatkan risiko dehidrasi dan kejadian strok haba.

Awasi anak anda semasa bermain. Jangan biarkan mereka bermain di bawah panas terik.

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI OBESITI SEDUNIA 2026 🎨Peringkat Daerah SepangAyuh ibu bapa!Serlahkan kreati...
26/03/2026

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI OBESITI SEDUNIA 2026 🎨
Peringkat Daerah Sepang

Ayuh ibu bapa!
Serlahkan kreativiti si kecil dalam Pertandingan Mewarna Sempena Hari Obesiti Sedunia 2026.

🖍 Kategori A : 5 – 6 tahun
🖍 Kategori B : 7 – 10 tahun

✨ Penyertaan PERCUMA
🎁 Hadiah menarik menanti!
⚡ Terhad kepada 50 peserta sahaja

📅 25 April 2026 (Sabtu)
📍 Dewan BBST
⏰ 8.30 pagi – 9.30 pagi

Jom cungkil bakat anak anda sambil menyokong gaya hidup sihat!

📲 Scan QR code untuk pendaftaran sekarang!
🔗 atau tekan link di bawah
👉🏻 https://forms.gle/uC4oEWMhtHeAK5gB8

Syawal: Sebuah Kesyukuran & Kemaafan.“Semoga Ramadan meninggalkan keberkatan, dan Syawal membawa seribu kebahagiaan yang...
20/03/2026

Syawal: Sebuah Kesyukuran & Kemaafan.

“Semoga Ramadan meninggalkan keberkatan, dan Syawal membawa seribu kebahagiaan yang diredhai-Nya.” 🤲

Tulus ikhlas daripada Dr. Fairus Zana Binti Mohd Rathi (PKD Sepang) & seluruh warga Pejabat Kesihatan Daerah Sepang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

09/03/2026

Dengarkan TraXXFM untuk sama-sama kita ikuti kupasan menarik sempena Ramadan dengan topik:

‘OBSERVE & SELECT: The Right Way, Safe Food’

📌 Tarikh : 9 Mac 2026 (Isnin)
📌 Masa : 11.15 pagi
📌 Panel : Puan Nuraini Ghaifullah
Ketua Penolong Pengarah
Caw. Pre-Market Approval
Program Keselamatan & Kualiti
Makanan, KKM




09/03/2026

🌙 TIP KESELAMATAN MAKANAN SEPANJANG RAMADAN

Bagi memastikan kesihatan terpelihara sepanjang bulan Ramadan, orang ramai disarankan untuk memberi perhatian kepada aspek pengendalian dan penyimpanan makanan, khususnya ketika sahur dan selepas berbuka.

🔹 Pemanasan Semula Makanan Sahur
Panaskan makanan sehingga benar-benar panas dan berwap sekata (melebihi 75°C) sebelum dimakan bagi memastikan bakteria berbahaya dimusnahkan.

🔹 Penyimpanan Lebihan Makanan
Lebihan makanan hendaklah disimpan dalam bekas bersih dan bertutup serta dimasukkan ke dalam peti sejuk (≤5°C) dalam tempoh tidak melebihi 4 jam selepas dimasak atau dibeli.

🔹 Elakkan Pendedahan Suhu Bilik Terlalu Lama
Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama berisiko tinggi tercemar dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

Amalkan konsep “Perhati dan Pilih” demi memastikan makanan yang diambil adalah bersih, selamat dan berkualiti.

🌟 Makanan Selamat, Ibadah Ramadan Lebih Berkat.



Address

Jalan Salak
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Sepang:

Share