15/08/2024
PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IPD SEPANG BAGI BULAN OGOS 2024
Sepang, 15 Ogos 2024 (Khamis) โ Bertempat di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Sepang bagi bulan Ogos 2024 pagi tadi.
Perhimpunan pagi ini merupakan perhimpunan bulanan yang telah dihadiri 226 orang Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Sepang.
Perbarisan telah diketuai oleh Pegawai Baris Insp. Kamalhazzam Bin Ismail (BSJN) Daerah dan bacaan lafaz Ikrar Taat Setia kepada Raja dan Negara serta pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipimpin oleh Insp. Muhammad Izwan Bin Alis (BSJN) .
Ketibaan YDH ACP Wan Kamarul Azran Bin Wan Yusof , Ketua Polis Daerah Sepang diiringi oleh SUPT Shan Gopal A/L Gopal Krishnan , Timbalan Ketua Polis Daerah dan majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Azli Bin Basiron ( BAKA).
YDH Ketua Polis Daerah Sepang telah menyampaikan amanat dan arahan semasa pucuk pimpinan PDRM serta menzahirkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas jasa bakti warga IPD Sepang dalam memastikan segala program Yang di buat di lakukan dengan jayanya.
Sempena menyambut hari kebangsaan beberapa Hari lagi , YDH Ketua Polis Daerah Sepang menyeru semua warga IPD Sepang agar sentiasa berusaha untuk memupuk semangat patriotik dan membentuk jati diri bangsa secara berterusan tanpa henti.
YDH ACP Wan Kamarul Azran Bin Wan Yusof juga telah berbesar hati menyampaikan surat penghargaan kepada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang ke arah menzahirkan Visi dan Misi Pasukan PDRM.
ASP Musa Bin Che Pa (KBKA), ASP Azlina Binti Norzali (KBJPJKK) dan ASP Norazura Binti Din (KBSJKD) antara Ketua Bahagian yang menerima sijil Ketua Polis Daerah Sepang, yang telah menunjukkan pretasi yang cemerlang dalam tugas.
Turut hadir semua Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai-pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Sepang.