Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan DOSH Negeri Sembilan / JKKP Negeri Sembilan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

*Pengilangan
*Perlombongan dan Peng

kuarian
*Pembinaan
*Hotel dan Restoran
*Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
*Pegangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
*Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
*Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
*Kewangan, Insuran, Hartatanah dan Perkhidmatan Perniagaan
*Perniagaan Borong dan Runcit

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

30/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ✨

Semoga sinar Hari Wesak membawa kedamaian, kebijaksanaan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Dalam kita menghayati nilai kasih sayang, kesederhanaan dan keharmonian, marilah bersama-sama membudayakan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam setiap aspek kehidupan dan pekerjaan. Setiap tindakan yang selamat adalah tanda keprihatinan terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat sekeliling.

🕯️ Semoga setiap langkah dipandu dengan kebijaksanaan,
🤝 setiap pekerjaan dilaksanakan dengan selamat,
❤️ dan setiap insan sentiasa dilindungi daripada sebarang risiko dan bahaya.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi
dan Seluruh Warga JKKP Malaysia

KORBAN SELAMAT, IBADAH BERKAT Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pertub...
29/05/2026

KORBAN SELAMAT, IBADAH BERKAT

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Sukan (PKS) JKKP Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Korban dan Kesedaran KKP: Utamakan Keselamatan, Sempurnakan Ibadah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.

📅 29 Mei 2026 (Jumaat)
📍 Kampung Semerbok Kota, Negeri Sembilan

Program ini bukan sahaja menyemarakkan ibadah korban dan semangat gotong-royong, malah turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sepanjang aktiviti dijalankan.

Semoga program ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyuburkan nilai pengorbanan serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya budaya kerja selamat dalam setiap aktiviti harian.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.








Salam Aidiladha 1447H / 2026M Seluruh warga kerja Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan mengucapka...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Seluruh warga kerja Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keinsafan serta mengeratkan lagi ukhuwah bersama keluarga dan insan tersayang. Hayatilah pengorbanan dengan penuh keikhlasan serta semangat kebersamaan dalam kehidupan seharian.

Berhati-hati di jalan raya dan sentiasa utamakan keselamatan walau di mana anda berada.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin







𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐇𝐀𝐙𝐀𝐑𝐃 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍, 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐑𝐎𝐋 (𝐇𝐈𝐑𝐀𝐑𝐂)Telah berlangsu...
26/05/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐇𝐀𝐙𝐀𝐑𝐃 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍, 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐑𝐎𝐋 (𝐇𝐈𝐑𝐀𝐑𝐂)

Telah berlangsung Bengkel Penambahbaikan Penaksiran Risiko , 𝘏𝘢𝘻𝘢𝘳𝘥 𝘐𝘥𝘦𝘯𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘈𝘴𝘴𝘦𝘴𝘴𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘈𝘯𝘥 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭 (𝘏𝘐𝘙𝘈𝘙𝘊) Majlis Daerah Tampin di Bilik Mesyuarat Zamrud, Tingkat 3 Majlis Daerah Tampin. Penceramah jemputan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Khairof Fais bin Abd Raop.

Bengkel ini diadakan untuk menyemak semula dan menambahbaik HIRARC sedia ada, menyeragamkan format mengikut garis panduan JKKP serta meningkatkan kefahaman warga kerja MDT terhadap pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan.




[Pemerkasaan KKP di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan]SEREMBAN, 25 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursus...
25/05/2026

[Pemerkasaan KKP di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan]

SEREMBAN, 25 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sukbom, hari ini.
Majlis program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.
Kursus padat yang berlangsung sepanjang hari ini memfokuskan kepada pemerkasaan budaya keselamatan di tempat kerja menerusi 5 sesi pengisian utama bersama penceramah jemputan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta panel dalaman JBPM:
📌 Sesi 1 & 2: Pengenalan KKP, Perundangan, Analisa Kemalangan di Tempat Kerja, serta Pematuhan SOP & Arahan Kerja.
📌 Sesi 3: Pengurusan Risiko dan Aplikasi HIRARC (Mengenal pasti Hazard, Penilaian & Kawalan Risiko).
📌 Sesi 4 & 5: Pengenalan OSHWA, OSH Kendiri, serta Latihan Praktikal (Hand-On) Sistem MyKKP.
Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi melalui kursus ini dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh seluruh warga kerja demi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan kondusif.

[𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍]Talian telefon di Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan  sedang m...
25/05/2026

[𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍]

Talian telefon di Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan sedang mengalami gangguan dan tidak dapat dihubungi untuk sementara waktu.

Sekiranya terdapat sebarang urusan, boleh berhubung dengan pihak jabatan melalui e-mel berikut :
𝐣𝐤𝐤𝐩𝐧𝐬@𝗺𝗼𝗵𝗿.𝗴𝗼𝘃.𝗺𝘆

Pihak jabatan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.




BENGKEL 4 : SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) UNTUK PROGRAM SOLVE 4 SME TAHUN 2026Telah berl...
21/05/2026

BENGKEL 4 : SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) UNTUK PROGRAM SOLVE 4 SME TAHUN 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel 4 : Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) di bawah Program SOLVE 4 SME kepada majikan dan pekerja sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Sembilan pada 21 Mei 2026.

Program anjuran JKKP Negeri Sembilan ini melibatkan penyertaan daripada 20 tempat kerja sekitar Negeri Sembilan yang komited dalam memperkukuhkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di organisasi masing-masing.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Dr. Hj. Nor Halim bin Hasan P.B.S selaku Pengarah JKKP Negeri Sembilan.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) secara sistematik dan efektif, khususnya bagi sektor PKS selaras dengan keperluan perundangan dan amalan terbaik KKP di tempat kerja.

Semoga program ini dapat membantu majikan dan pekerja dalam membudayakan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif demi kesejahteraan bersama.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.








SESI KUNJUNGAN HORMATJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripad...
13/05/2026

SESI KUNJUNGAN HORMAT

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada wakil pihak Miura Boiler Malaysia Sdn. Bhd. yang diketuai oleh pihak pengurusan syarikat bersama Pengarah JKKP Negeri Sembilan, YBrs. Ir. Dr. Hj. Nor Halim bin Hasan P.B.S.

Sesi ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan khususnya melibatkan pengoperasian dandang (boiler), keperluan perundangan serta aspek keselamatan di tempat kerja.

Pertemuan ini turut menjadi platform perkongsian pandangan, nasihat teknikal dan pengukuhan kerjasama strategik antara pihak industri dan JKKP dalam memastikan budaya kerja selamat terus diperkasa.

Semoga hubungan baik dan kerjasama ini dapat diteruskan demi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negeri Sembilan.

Terima kasih atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan.








Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jururaw...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jururawat yang berkhidmat, khususnya warga kejururawatan di JKKP, atas komitmen, keprihatinan dan dedikasi dalam menjaga kebajikan serta kesihatan warga kerja dan masyarakat.

Pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan amat dihargai dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan sejahtera untuk semua.

Terima kasih kerana sentiasa tabah, penyayang dan profesional dalam menjalankan amanah.
Jasamu sentiasa dihargai dan dikenang.

Selamat Hari Jururawat Sedunia






11/05/2026

[ PERTUKARAN PEGAWAI ]

Sekalung penghargaan buat Tuan Haji Sapuan bin Sariyan atas jasa khidmat bakti sepanjang di JKKP WP Labuan mulai 2 Oktober 2023 hingga 26 April 2026.

Tuan Haji Sapuan bertukar ke JKKP Negeri Sembilan berkuat kuasa 27 April 2026.



Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067612828

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan:

Share