PLANMalaysia Negeri Sembilan

PLANMalaysia Negeri Sembilan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan
(PLANMalaysia Negeri Sembilan)

JPBDNS adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal yang berkaitan dengan perancangan, penggunaan dan pembangunan tanah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam konteks ini, Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas dijadikan panduan di dalam menentukan kegunaan dan pembangunan tanah demi untuk meningkatkan kehidupan manusia, terutama di kawasan bandar. Tang

gungjawab tersebut diperjelaskan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan Korporat, Keurussetiaan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Lembaga Rayuan; Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas; dan Bahagian Kawalan Perancangan dan Pengurusan Maklumat serta unit-unit khas lain seperti Unit GIS9. Dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan, JPBDNS sentiasa mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif ke arah perancangan, penggunaan dan pembangunan tanah yang lebih baik dan efisien di Negeri Sembilan Darul Khusus.

๐Ÿ“ข *[HEBAHAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RSNS 2040]*Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan S...
12/06/2026

๐Ÿ“ข *[HEBAHAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RSNS 2040]*

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 sedang berlangsung mulai *4 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026*.

โœจ Inilah masanya untuk anda menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan Negeri Sembilan. Orang ramai dijemput untuk hadir meneliti Dokumen Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 serta mengemukakan sebarang bantahan/cadangan berhubung dokumen ini.

๐Ÿ“ *Lokasi utama semakan Dokumen Draf RSNS 2040 adalah seperti berikut:*

๐Ÿ”น *Ruang Legar Aras G, Wisma Negeri, Seremban*

๐Ÿ”น *Ruang Legar Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Seremban (MBS)*
Wisma MBS, Persiaran Forest Heights 1, Jalan Seremban-Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

๐Ÿค *Bersama-sama kita membentuk hala tuju pembangunan Negeri Sembilan yang lebih progresif, mampan dan sejahtera untuk generasi akan datang.*

"Pandangan Anda, Masa Depan Negeri Kita."

Zaifulzahri Kamde







Apabila berlaku isu seperti kesesakan jalan raya, banjir kilat atau kekurangan kemudahan awam, perancang bandar sering m...
12/06/2026

Apabila berlaku isu seperti kesesakan jalan raya, banjir kilat atau kekurangan kemudahan awam, perancang bandar sering menjadi sasaran. Hakikatnya, pembangunan bandar melibatkan pelbagai agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju dan masyarakat yang perlu bekerjasama untuk memastikan sesebuah bandar berfungsi dengan baik.

Perancang bandar merancang masa depan, tetapi kejayaan pelaksanaannya memerlukan komitmen semua pihak.

Bandar Sejahtera, Tanggungjawab Bersama.

Zaifulzahri Kamde





BENGKEL DAN TAKLIMAT PENGURUSAN FAIL DAN REKOD PLANMALAYSIA NEGERI SEMBILANSeremban, 8 Jun 2026 - PLANMalaysia Negeri Se...
08/06/2026

BENGKEL DAN TAKLIMAT PENGURUSAN FAIL DAN REKOD PLANMALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Seremban, 8 Jun 2026 - PLANMalaysia Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel dan Taklimat Pengurusan Fail dan Rekod yang melibatkan penyertaan semua pegawai dan kakitangan jabatan.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Maimunah binti Osman, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, yang berkongsi pengetahuan dan panduan berkaitan pengurusan fail dan rekod yang sistematik, cekap serta mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai kepentingan pengurusan rekod yang berkesan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkualiti, telus dan berintegriti.

Terima kasih kepada Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan.

Zaifulzahri Kamde

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN (RSNS) 2040SEREMBAN, 4 Jun 2026 - Majlis Pera...
04/06/2026

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN (RSNS) 2040

SEREMBAN, 4 Jun 2026 - Majlis Perasmian Program Publisiti Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS) 2040 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), YB Datoโ€™ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Draf RSNS 2040 ini disediakan selaras dengan Seksyen 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 terdahulu (yang diwartakan pada 2018) mengambil kira perubahan-perubahan semasa serta bagi memastikan dasar dan hala tuju pembangunan negeri sentiasa relevan, terkini dan selaras dengan perubahan semasa. Kajian semula ini juga dibuat untuk menyelaras pembangunan dengan dasar kerajaan, menangani isu serta cabaran baharu, dan mengemas kini keperluan pembangunan fizikal negeri.

Program Publisiti bagi draf laporan ini akan berlangsung selama satu bulan bermula hari ini (4 Jun 2026) sehingga 3 Julai 2026.

Warga Negeri Sembilan dijemput hadir ke lokasi-lokasi semakan yang telah ditetapkan untuk memeriksa dokumen tersebut dan mengemukakan sebarang bantahan atau cadangan berkaitan.

Maklumat Lanjut:
๐Ÿข Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan), Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri.
๐Ÿ“ž 06-765 9701
๐Ÿ“ง [email protected]

Mari bersama-sama mencorakkan masa depan Negeri Sembilan yang lebih progresif, sejahtera dan mampan menjelang tahun 2040!

Zaifulzahri Kamde







HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG 2026Daulat Tuanku,Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah ...
31/05/2026

HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG 2026

Daulat Tuanku,

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan terus memayungi rakyat serta negara dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.

Sembah takzim daripada seluruh warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

Zaifulzahri Kamde








SELAMAT HARI WESAKSelamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha.Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar k...
31/05/2026

SELAMAT HARI WESAK

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, keharmonian dan nilai kasih sayang dalam masyarakat majmuk kita.

Marilah bersama-sama memupuk semangat toleransi, saling menghormati dan kesejahteraan demi kemajuan Negeri Sembilan yang mampan dan sejahtera.

Ikhlas daripada
Warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

Zaifulzahri Kamde






SALAM AIDILADHA 1447H / 2026MWarga kerja PLANMalaysia Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M

Warga kerja PLANMalaysia Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga Aidiladha tahun ini menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kebersamaan dalam kehidupan kita serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

โ€œSesungguhnya pengorbanan yang ikhlas akan melahirkan insan yang lebih bersyukur dan masyarakat yang lebih prihatin.โ€

Salam Aidiladha dari kami
PLANMalaysia Negeri Sembilan






26/05/2026
๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐‚๐€๐‰ ๐๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐: ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Š๐จ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ, ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”  ๐ฅ Hari ini...
25/05/2026

๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐‚๐€๐‰ ๐๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐: ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Š๐จ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ, ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฅ Hari ini, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Dasar Caj Pemajuan (CP) Negeri Sembilan.

Dalam mesyuarat ini, YAB Menteri Besar menegaskan bahawa kebajikan rakyat dan kelangsungan pelaburan mestilah sentiasa berjalan seiring.

๐€๐ฉ๐š ๐ข๐ญ๐ฎ ๐‚๐š๐ฃ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง (๐‚๐)?
Caj yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemaju apabila nilai tanah mereka meningkat selepas mendapat kelulusan pembangunan (Kebenaran Merancang).

๐€๐ฉ๐š ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ๐ง๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“?
Hasil kutipan CP ini tidak digunakan untuk keuntungan kerajaan semata-mata, sebaliknya dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk:

โ€ข ๐Ÿ› ๏ธ Infrastruktur Awam yang Sempurna: Digunakan untuk membiayai kos membina dan menyelenggara jalan raya, sistem perparitan, lampu jalan, serta kemudahan awam di kawasan persekitaran kita.
โ€ข ๐Ÿ—บ๏ธ Pembangunan Seimbang Antara Daerah: Memastikan pembangunan pesat tidak hanya tertumpu di daerah tertentu (daerah yang cajnya murah), supaya limpahan ekonomi dapat dirasai secara adil oleh seluruh rakyat di semua daerah.
โ€ข ๐Ÿ  Ekosistem Ekonomi yang Sihat: Mengawal kos permulaan pembangunan supaya pihak industri kekal kompetitif, sekali gus mengelakkan bebanan kos melampau dipindahkan kepada rakyat (pembeli akhir).

๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐’๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข โ€“ Mesyuarat penting ini menjadi platform semua agensi utama termasuk PLANMalaysia, Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), UPEN, Pejabat Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, JPPH Negeri Sembilan, NS Corporation, serta semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua (YDP) daripada semua PBT di seluruh negeri.

Sesi ini berfungsi sebagai platform rasmi untuk menyelaraskan dan menyeragamkan kaedah taksiran Caj Pemajuan di peringkat Negeri Sembilan. Dengan penataan baharu ini, Kerajaan Negeri memastikan setiap daerah mengguna pakai pendekatan dan standard pelaksanaan yang sama, sekali gus menghapuskan jurang perbezaan kaedah demi mewujudkan ekosistem pelaburan yang konsisten, adil, dan saksama di seluruh lokaliti.

Melalui langkah penyelarasan ini, Kerajaan Negeri memastikan ekonomi negeri terus rancak berkembang, manakala hak dan kemudahan infrastruktur untuk rakyat sentiasa terpelihara!

Zaifulzahri Kamde






25/05/2026

Address

Wisma Negeri, Seremban
Sepang New Village

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067659701

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Negeri Sembilan:

Share