Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Ini adalah Laman Facebook Rasmi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKwNS)

15/09/2026
Dari lipatan sejarah yang basah dengan keringat dan darah, bumi bertuah ini ditebus bukan dengan jaminan yang mudah.Keme...
31/08/2026

Dari lipatan sejarah yang basah dengan keringat dan darah, bumi bertuah ini ditebus bukan dengan jaminan yang mudah.

Kemerdekaan ini sebuah perjuangan yang melelahkan.
Bukan sekadar kurniaan, tetapi warisan yang wajib kita pertahankan.

​Nikmatilah manisnya kebebasan dengan jiwa yang sentiasa bersyukur. Jangan biarkan sezarah kelekaan membuat amanah ini hancur.

Peliharalah kedamaian, pasakkan ikatan bersatu padu tanpa sengketa. Kerana keharmonian pelbagai kaum adalah benteng terhebat negara.

​Ayuhlah setiap warga, bahu-membahu membanting tulang dan tenaga, demi mengukir masa depan Malaysia yang madani, stabil, maju dan makmur.

​Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Negeri Sembilan. Ikhlas daripada seluruh warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus .

31/08/2026
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2026. Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.
30/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2026. Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.






BENGKEL PENYELARASAN DOKUMEN AKAUN TERIMAAN (DAT)Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan (PKWNS) tel...
27/08/2026

BENGKEL PENYELARASAN DOKUMEN AKAUN TERIMAAN (DAT)

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan (PKWNS) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Dokumen Akaun Terimaan (DAT) pada 16 hingga 18 Ogos 2026 bertempat di Avillion Port Dickson.

Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai yang menguruskan terimaan hasil, urusan penyediaan, pemprosesan dan penyemakan DAT serta wakil daripada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS), Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson (PDTPD). Sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Encik Abdul Sattar bin Harun dari Akademi Audit Negara.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap tatacara pengurusan terimaan, memperkukuh pematuhan kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa serta menyeragamkan penyediaan DAT.






27/08/2026

Rabu, 26 Ogos 2026 — Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Negeri Sembilan (PKWNS) telah melangsungkan Majlis Penyerahan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan, diiringi oleh YBrs. Datin Arpah binti Jais @ Haji Mhd Dahlan Bendahari Negeri dan YBrs Encik Mohd Shaiful bin Muhamad Diah Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Anggota Kewangan Negeri (KSKAKN).

Turut diadakan pemeriksaan barisan kontinjen kawad Kemerdekaan ke- 69 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2026. Kontinjen pada tahun ini membariskan seramai 46 orang anggota yang terdiri daripada 26 lelaki dan 20 wanita. Kontinjen yang segak bergaya ini dipimpin oleh Ketua Kontinjen serta Komander Kawad, Encik Afnan Latif bin Razali, dan telah mendapat sentuhan bimbingan daripada Sarjan (Bersara) Khairul Azrie bin Mohd Puzi.

Berpaksikan tema tahun ini, "Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati", majlis ini menjadi simbolik kepada komitmen seluruh warga kerja PKWNS dalam memperkasakan perkhidmatan awam yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Mari kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! 🇲🇾





25/08/2026

Kegigihan warga PKWNS menyambut Maulidur Rasul. 😊

Sekitar perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Negeri Sembilan. Biar pun perarakan dibatalkan kerana ...
25/08/2026

Sekitar perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Negeri Sembilan. Biar pun perarakan dibatalkan kerana hujan lebat, warga PKWNS tetap bersemangat hadir ke Padang Majlis Bandaraya Seremban bagi memeriahkan suasana.





Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067659022

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share