22/05/2026
๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐จ๐ก๐๐๐ก๐-๐จ๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐ก๐ฆ ๐ฆ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐
Dr. Zulzaidi bin Mahmod | 21 Mei 2026
SEREMBAN โ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah memperkenalkan sistem baharu berkaitan dengan pengurusan gangguan pihak ketiga dalam usaha memperkasa dan memperkukuh pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di negeri ini.
Sistem tersebut telah dibangunkan oleh Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS dengan objektif utamanya menguruskan pengendalian kes-kes di bawah Seksyen 74 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.
Satu sesi taklimat dan penerangan terperinci mengenai operasi sistem tersebut telah diadakan di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, di sini hari ini. Langkah proaktif ini diambil dengan tujuan untuk penyelarasan peranan dan tindakan antara dua agensi, serta pada masa yang sama memantapkan kefahaman dalam mengendalikan kes berkaitan secara lebih efisien.
Sesi itu turut disertai barisan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) yang diketuai oleh Puan Johara Bibi binti Sulaimen, bersama anggota lain iaitu Mohd Farid bin Redzwan, Fauziah binti Suaibun, Mohd Osman bin Idris, Hafizat binti Ashraf, dan Mohd Zuhdi bin Muhamed.
Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS), Puan Siti Maszuriyati binti Aziz, telah menyatakan komitmen penuh JKSNS terhadap pelaksanaan sistem baharu tersebut.
Sinergi erat yang terjalin menerusi inisiatif ini dijangka memberi impak positif dalam pelaksanaan undang-undang syariah di Negeri Sembilan, sekali gus menjadi benteng utuh dalam memelihara keharmonian rumah tangga dan kesucian institusi kekeluargaan Islam.