28/04/2026
✨ HEBAHAN: RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026–2035 🇲🇾✨
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Untuk makluman semua warga sekolah, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 merupakan pelan pembangunan pendidikan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.
🌟 Tema: “Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kejayaan Bersama” 🌟
Pelan ini memberi penekanan kepada:
🔹 5 Tumpuan Utama
📌 Akses dan ekuiti
📌 Mutu
📌 Ketersediaan sumber dan kecekapan
📌 Keluwesan
📌 Kemampanan
Insan Sejahtera
😇Beradab: Murid mempunyai nilai sahsiah, berakhlak mulia, dan etika yang tinggi.
🎓Berilmu: Memiliki pengetahuan yang luas dan berupaya berfikir secara kritis.
✍️Berkemahiran: Mempunyai kemahiran praktikal, teknikal, dan keupayaan menyelesaikan masalah (termasuk TVET/vokasional).
💪Berdaya Tahan: Mempunyai ketahanan mental dan fizikal, mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran.
✨Berkeyakinan: Percaya pada diri sendiri, sedar akan potensi diri, dan mampu membuat keputusan
🔸 7 Teras Utama
📖 Memperkukuh kurikulum yang relevan
📖 Meningkatkan keupayaan guru
📖 Memantapkan kepimpinan pendidikan
📖 Memperluas akses pendidikan berkualiti
📖 Mengintegrasikan teknologi digital
📖 Mengukuhkan kerjasama komuniti & ibu bapa
📖 Menjamin keberkesanan tadbir urus sistem pendidikan
🌈 Pelaksanaan pelan ini diharap dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing tinggi.
📚 Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini demi kecemerlangan pendidikan negara.
Sekian, terima kasih.
Hebahan oleh: Unit Publisiti SATS