Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih

Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran dan penyelamatan

Bersama-sama menjayakan SLOGAN FB BOMBA SELANGOR … β€œ Satu Hari …Satu Berita β€œ Di Facebook

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026             πŸš’4 Mei 2026 (Isnin) telah berlangsung majlis ringkas Sambutan Hari ...
04/05/2026

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 πŸš’

4 Mei 2026 (Isnin) telah berlangsung majlis ringkas Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, dan Siap Sedia Setiap Masa, diikuti bacaan doa khas seterusnya bacaan perutusan khas YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Ketua Balai.Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang di sambut pada setiap 4 Mei setiap tahun bagi menghargai pengorbanan dan keberanian anggota bomba seluruh dunia, termasuk yang terkorban semasa bertugas. Semoga menjadi pemangkin semangat utk anggota bekerja lebih profesional dlm memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

*Jenis Insiden : Kebakaran Rumah Sampah*Tarikh/Masa Terima Panggilan : 04.05.2026 (06:11:00)*Alamat: Rumah Sampah, Blok ...
04/05/2026

*Jenis Insiden : Kebakaran Rumah Sampah
*Tarikh/Masa Terima Panggilan : 04.05.2026 (06:11:00)
*Alamat: Rumah Sampah, Blok N, Pangsapuri Baiduri, Fasa 6, Bandar Sri Kesuma, 43700 Beranang Selangor.
*Balai Terlibat:BBP Semenyih (1xfrt)
*Komander Operasi:PBK I Mohamad Syafiq

LAPORAN : SAMPAI DI LOKASI, DIDAPATI KEBAKARAN RUMAH SAMPAH BERUKURAN 20 x 10 KAKI PERSEGI TIDAK MELIBATKAN MANGSA HANYA MELIBATKAN STRUKTUR.ANGGOTA BERTUGAS MEMBUAT PEMADAMAN DENGAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN HOSE REEL DAN 1 ALIRAN 100 KAKI, 1 PANCUTAN AIR TANGKI PAM JENTERA SEHINGGA API BERJAYA DIPADAMKAN SEPENUHNYA.

*"CEPAT DAN MESRA"*

03/05/2026

Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, kita zahirkan setinggi tinggi penghargaan kepada wira merah yang sentiasa siap sedia setiap masa demi keselamatan rakyat dan negara.

Mereka hadir tanpa mengenal erti takut, berkorban tanpa mengharap balasan, dan berjuang tanpa mengira waktu.
Sesungguhnya, BOMBA TONGGAK PENYELAMATAN NEGARA, nadi kekuatan yang sentiasa melindungi kita dalam setiap detik kecemasan.

Terima kasih wira merah. Jasamu tidak ternilai.



Di sebalik siren yang bergema,
Ada jiwa yang cekal berjuang,
Demi insan dan negara tercinta,
Wira merah kekal dikenang.

Selamat menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026

ikhlas
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Jenis Insiden : Kebakaran Rumah.Tarikh/Masa Terima Panggilan : 01.05.2026 (13:51:00)Alamat : No. 39, Jalan 4/6 Taman Sri...
02/05/2026

Jenis Insiden : Kebakaran Rumah.
Tarikh/Masa Terima Panggilan : 01.05.2026 (13:51:00)
Alamat : No. 39, Jalan 4/6 Taman Sri Haneco, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xfrt)
Agensi Terlibat : PDRM-2, TNB-2
Komander Operasi : PPgB Mohamad Darul Azreen b
Penyelia Pasukan : PBK II Mohd Hafiz

Laporan : Sampai dilokasi, setelah membuat size-up didapati kebakaran melibatkan 2 buah rumah teres 2 tingkat Kelas A berkeluasan 20x50 kaki persegi. Sebuah rumah terbakar 70% dan sebuah rumah terbakar 20%. Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta Produa terbakar 95% bahagian enjin dan 40% bahagian dalaman. Kebakaran tidak melibatkan mangsa.Anggota bertugas membuat pemadaman dengan menggunakan 1 aliran hose reel dan 1 aliran 100 kaki 1 nozel 1 pancutan air pili bomba pam tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"CEPAT DAN MESRA"

01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Di balik siren yang memecah sunyi,
ada jiwa yang tidak pernah lelah berdiri.
Di celah bara dan asap yang membumbung tinggi,
terpahat tekad, setia hingga ke hujung nyawa ini.

Buat semua warga kerja, khususnya wira merah
di seluruh pelusuk negeri yang gagah berbakti,
setiap langkahmu adalah pengorbanan,
setiap keringatmu adalah bukti cinta pada negeri.

Bekerja bukan sekadar mencari rezeki,
tetapi menabur jasa, membina pertiwi.
Walau bahaya menjadi teman setia,
semangat tidak pernah goyah, maruah tetap dijaga.

Hari ini kita raikan tangan-tangan yang berbakti,
yang tidak memilih masa, tidak mengenal erti henti.
Kerana kalian, harapan terus menyala,
kerana kalian, keselamatan sentiasa terpelihara.

Terima kasih, wira-wira negara.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
Selamat Hari Pekerja.

ikhlas :
JBPM Negeri Selangor



*Jenis Insiden : Khidmat khas ular (Bantuan BBP Kajang).*Tarikh/Masa Terima Panggilan *30.04.2026 (23:45:00)**Alamat : 7...
01/05/2026

*Jenis Insiden : Khidmat khas ular (Bantuan BBP Kajang).
*Tarikh/Masa Terima Panggilan
*30.04.2026 (23:45:00)*
*Alamat : 7311 H,Jalan Ghazali,Kampung Sungai Kantan 43000 Kajang, Selangor
*Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xFRT)
*Komander Operasi : PBK I Zairul Azli

*Laporan : Sampai dilokasi didapati seekor ular tedung hitam sepanjang 5 kaki berada diruang parkir rumah pengadu.Anggota menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut ular . Seterusnya ular tersebut dilepaskan ke habitat asal.

*"CEPAT DAN MESRA"*

*Jenis Insiden :Kebakaran Hutan*Tarikh/Masa Terima Panggilan:30.04.2026*Sampai Lokasi :21:03:00*Alamat: Jalan Broga Meng...
01/05/2026

*Jenis Insiden :Kebakaran Hutan
*Tarikh/Masa Terima Panggilan:30.04.2026
*Sampai Lokasi :21:03:00
*Alamat: Jalan Broga Menghala Semenyih,Berhampiran Tanah Perkuburan Kristian.
*Balai Terlibat:BBP Semenyih (1xfrt)
*Komander Operasi:PBK I Zairul Azli

LAPORAN: SAMPAI DI LOKASI, DIDAPATI I KEBAKARAN LONGGOKKAN SAMPAH BERKELUASAN 20x50 KAKI PERSEGI DILERENG BUKIT DAN SEDANG MARAK. ANGGOTA MEMBUAT PEMADAMAN DENGAN MEMBENTANGKAN 1 ALIRAN SALUR BANTU MULA AIR TANGKI PAM JENTERA PILI BOMBA SECARA ULANG ALIK SEHINGGA API BERJAYA DIPADAMKAN SEPENUHNYA.

*"CEPAT DAN MESRA"*

*Jenis Insiden : Khidmat khas ular.*Tarikh/Masa Terima Panggilan  *Alamat :Lot 2349 Jalan Besar Beranang 43700 Semenyih ...
29/04/2026

*Jenis Insiden : Khidmat khas ular.
*Tarikh/Masa Terima Panggilan
*Alamat :Lot 2349 Jalan Besar Beranang 43700 Semenyih selangor.*
*Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xFRT)
*Komander Operasi : PBK I 8456 Zairul Azli

*Laporan Awal : Sampai dilokasi ,didapati seekor ular tedung hitam sepanjang 5 kaki berada didalam bengkel motor.Anggota bomba berjaya menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut dan pengepit ular . Seterusnya ular tersebut dilepaskan kehabitat asal.

*"CEPAT DAN MESRA"*

*Jenis Insiden : Khidmat Khas Mangsa Sesat.*Tarikh/Masa Terima Panggilan *22.04.2026 (02:15:00)*Alamat : Puncak 3 Bukit ...
22/04/2026

*Jenis Insiden : Khidmat Khas Mangsa Sesat.
*Tarikh/Masa Terima Panggilan
*22.04.2026 (02:15:00)
*Alamat : Puncak 3 Bukit Broga.
*Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xFRT)
*Komander Operasi : PBK I Zairul Azli

*LAPORAN : SAMPAI DILOKASI DAN MENDAPAT MAKLUMAT DARIPADA MANGSA DENGAN PERKONGSIAN LOKASI ATAS TALIAN ANGGOTA BERJAYA MENGENAL PASTI KEDUDUKAN MANGSA YANG TELAH TERSESAT DARI TREK PUNCAK 3 BUKIT BROGA SEJAUH 300 METER.ANGGOTA BERTUGAS BERJAYA MENEMUI 3 ORANG MANGSA WARGA BENGALI,SYRIA,MESIR DALAM KEADAAN BAIK TIDAK MENGALAMI KECEDERAAN.ANGGOTA BERTUGAS MENGIRINGI KESEMUA MANGSA MENURUNI BUKIT SEHINGGA KE KAKI BUKIT.

*"CEPAT DAN MESRA"*

Jenis Insiden : Kebakaran Kedai Tarikh/Masa Terima Panggilan : 11.04.2026 (05:12:00)Alamat : No.167, Jalan Villaraya 1/7...
11/04/2026

Jenis Insiden : Kebakaran Kedai
Tarikh/Masa Terima Panggilan : 11.04.2026 (05:12:00)
Alamat : No.167, Jalan Villaraya 1/7, Taman Perindustrian Villaraya.
Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xfrt)
Agensi Terlibat :PDRM-2
Komander Operasi : PBK I Muhamad Hafizul

Laporan : Sampai dilokasi kejadian,didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai makan berkeluasan 20x90 kaki persegi 2 tingkat telah terbakar di aras bawah musnah melibatkan struktur.Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Anggota bertugas membuat pemadaman dengan 1 aliran 200 kaki 1 pancutan air dari tangki jentera frt dan pili bomba sehingga selesai.

"CEPAT DAN MESRA"

Jenis Insiden : Khidmat Khas Pokok TumbangTarikh/Masa Terima Panggilan : 08.04.2026 (20:17:00)Alamat : Kampung Londah Be...
09/04/2026

Jenis Insiden : Khidmat Khas Pokok Tumbang
Tarikh/Masa Terima Panggilan : 08.04.2026 (20:17:00)
Alamat : Kampung Londah Berhampiran Sempadan Negeri Sembilan, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xfrt)
Agensi Terlibat : PDRM-2
Komander Operasi : PBK II Mohd Hafiz

Laporan : Sampai dilokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghalang laluan.Anggota bertugas membuat kerja-kerja pemotongan pokok tersebut dengan menggunakan chain shaw dan mengalihkan ke tempat yang selamat sehingga selesai

"CEPAT DAN MESRA"

09/04/2026

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
YAS Dato', YS Dato', YS Tuan

Jenis Insiden : Khidmat Khas Pintu Terkunci (Bantuan PDRM)
Tarikh/Masa Terima Panggilan : 08.04.2026 (15:41:00)
Alamat: Jalan Desa Mewah 13, Taman Desa Mewah, 43500 Semenyih, Selangor.
Balai Terlibat : BBP Semenyih (1xfrt)
Agensi Terlibat :
- PDRM : 3
- KKM : 2 (Hospital Kajang)
Komander Operasi : PBK I ZAIRUL AZLI

LAPORAN: SAMPAI DILOKASI KEJADIAN, MAKLUMAT DARI PIHAK PDRM, DIDAPATI PINTU HADAPAN TERKUNCI DAN DIPERCAYAI 1 MANGSA DIDALAM RUMAH.ANGGOTA BERTUGAS MEMBUKA PINTU HADAPAN DENGAN MENGGUNAKAN PERALARAN KHAS DAN MENJUMPAI 1 MAYAT LELAKI WARGA EMAS ANGGARAN UMUR 60an BERADA DI DALAM BILIK. PENGESAHAN KEMATIAN DILAKUKAN OLEH PIHAK KKM DILOKASI DAN MEMBANTU PIHAK PDRM MENGELUARKAN MAYAT DAN DIBAWA KE HOSPITAL KAJANG.

"CEPAT DAN MESRA"

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Semenyih, Jalan TPS 1/7, Taman Pelangi, Semenyih Darul Ehsan
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih:

Share