KeAdilan Cabang Hulu Langat

KeAdilan Cabang Hulu Langat Perkembangan serta aktiviti terkini Angkatan Muda (AMK), Wanita KeAdilan Cabang Hulu Langat

Alhamdulillah, Program Korban Peringkat DM Sungai Kembong telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di perkarangan rumah ...
28/05/2026

Alhamdulillah, Program Korban Peringkat DM Sungai Kembong telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di perkarangan rumah Ketua Kampung Rinching Hilir dalam suasana penuh muafakat dan semangat kekeluargaan. 🐄🤝

Program ini turut mendapat sambutan serta kehadiran ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat yang bersama-sama bergotong-royong menjayakan ibadah korban serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yayasan MBI Selangor atas sumbangan lembu dan kambing bagi menjayakan program korban pada tahun ini. Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semangat kebersamaan seperti inilah yang terus memperkukuhkan perpaduan masyarakat dan menyemarakkan nilai prihatin dalam komuniti setempat. ✨

Parti Keadilan Rakyat
Rajen Vmunusamy

Alhamdulillah, Program Korban Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Langat telah berlangsung dengan penuh semangat kebersama...
27/05/2026

Alhamdulillah, Program Korban Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Langat telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan di Kg Batu 20 Sungai Lui, Dusun Tua.

Program kali ini melibatkan penyembelihan seekor lembu dan seekor kambing hasil sumbangan daripada En Ahmad Azri mewakili Yayasan MBI Selangor sebagai tanda keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Cabang Tn Rajen Vmunusamy, Tn Hee Loy Sian selaku Bendahari MPN Selangor serta Rozana Zainal Abidin Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.

Selain ibadah korban, program turut menjadi medan mengeratkan silaturrahim antara pimpinan dan ahli-ahli cabang. Jamuan ringan juga disediakan buat semua yang hadir dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

“Korban bukan sekadar ibadah, tetapi lambang keikhlasan, kebersamaan dan semangat membantu sesama insan.” 🤝🐄

Terima kasih diucapkan kepada Tok Ramdan Kamso, Naib Ketua Cabang kerana mengetuai program hari ini. Daging-daging korban turut diedarkan kepada ahli-ahli Keadilan san penduduk kampung.

Parti Keadilan Rakyat


Salam Aidiladha 1447H ✨Seluruh pimpinan dan warga ‪Parti Keadilan Rakyat‬ Cabang Hulu Langat mengucapkan Selamat Hari Ra...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ✨

Seluruh pimpinan dan warga ‪Parti Keadilan Rakyat‬ Cabang Hulu Langat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Hulu Langat walau di mana jua berada.

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan nilai kebersamaan dalam membantu sesama insan tanpa mengira latar belakang. Semoga semangat korban ini terus menyatukan masyarakat dalam membina sebuah negara yang lebih prihatin, adil dan harmoni.

Dalam kegembiraan menyambut hari mulia ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, mengeratkan silaturahim serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha
Ikhlas daripada
Keadilan Cabang Hulu Langat 💙

Parti Keadilan Rakyat
Rajen Vmunusamy

Program Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kg Batu 16, Dusun Tua mendapat sambutan menggalakkan ...
24/05/2026

Program Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kg Batu 16, Dusun Tua mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang hadir mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih rendah dan berpatutan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Hulu Langat, Tn Rajen Vmunusamy serta Ahli Parlimen Hulu Langat Yang Berhormat Tn Mohd Sany Hamzan bagi menyantuni rakyat dan melihat sendiri keperluan masyarakat setempat.

Penganjuran program ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam membantu menangani kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar, di samping memastikan golongan yang memerlukan terus mendapat manfaat secara langsung. Inisiatif seperti ini bukan sahaja meringankan beban perbelanjaan harian, malah menjadi bukti keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Parti Keadilan Rakyat


Assalamualaikum WBT & Salam Reformasi ✊🏻YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan serta seluruh anggota KEADILAN Cabang Hulu Langat di...
23/05/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Reformasi ✊🏻

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan serta seluruh anggota KEADILAN Cabang Hulu Langat dijemput hadir bagi memeriahkan:

🌙 Program Ibadah Korban Aidiladha 2026 🌙

🗓 Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: No 1 Jalan SG Pago, Kampung Baru Sungai Lui, Hulu Langat

Program ini dianjurkan sebagai simbol kebersamaan, semangat gotong-royong dan pengukuhan ukhuwah sesama anggota serta masyarakat setempat.

Kehadiran semua ahli dan penyokong amat dialu-alukan bagi sama-sama menjayakan ibadah korban serta menyemarakkan semangat perpaduan dan kebajikan dalam komuniti.

“Bersama Berkhidmat, Bersama Membantu Rakyat”


Parti Keadilan Rakyat
Rajen Vmunusamy

23/05/2026

Mesyuarat Cabang Hulu Langat Bil. 7 yang dipengerusikan oleh Ketua Cabang Tn Rajen Vmunusamy berlangsung dalam suasana penuh semangat dan solidariti.

Di sebalik pelbagai konflik politik yang melanda parti ketika ini, kepimpinan cabang terus menunjukkan kesetiaan, kematangan dan komitmen dalam memperkukuh perjuangan serta menjaga kestabilan organisasi.

Perbezaan pandangan tidak harus memecahkan saf perjuangan. Yang penting, terus istiqamah, fokus kepada rakyat dan memperkuat gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Parti Keadilan Rakyat

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Saudara Mohd Rudey Bin Abd Rahman atas pemergian seorang sahabat pe...
17/05/2026

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Saudara Mohd Rudey Bin Abd Rahman atas pemergian seorang sahabat perjuangan yang amat dikenali dalam gerakan reformasi dan Parti Keadilan Rakyat.

Allahyarham merupakan seorang aktivis tegar Keadilan serta penggerak Jingga 13 yang sentiasa komited dalam memperjuangkan suara rakyat, keadilan sosial dan semangat perjuangan tanpa mengenal penat lelah. Jasa, pengorbanan serta semangat beliau dalam setiap gerak kerja parti akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga Keadilan Cabang Hulu Langat.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat perjuangan dan seluruh warga aktivis yang pernah bersama-sama mengharungi s**a duka perjuangan demi rakyat dan negara.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa-dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas daripada,
Rajen Vmunusamy
Serta Kepimpinan & Seluruh Warga
PKR Cabang Hulu Langat

Delegasi Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Langat telah menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Persad...
17/05/2026

Delegasi Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Langat telah menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre dengan penuh semangat perjuangan dan komitmen terhadap agenda reformasi negara. Kehadiran kontinjen cabang yang diketuai oleh Tn Rajen Vmunusamy bersama hampir 40 anggota dan pimpinan cabang membuktikan kesungguhan warga Keadilan Hulu Langat dalam memperkukuhkan gerak kerja parti serta mempererat semangat perpaduan dalam gabungan Pakatan Harapan.

Konvensyen ini menjadi platform penting menghimpunkan pimpinan dan akar umbi dari seluruh negara bagi membincangkan hala tuju politik semasa, pengukuhan ekonomi rakyat, kebajikan masyarakat serta usaha memperkasakan jentera parti menjelang cabaran politik akan datang. Antara output utama konvensyen ialah penegasan komitmen terhadap agenda reformasi institusi, pembangunan anak muda, pemerkasaan wanita dan memperkukuh hubungan antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Selain itu, pimpinan gabungan turut menyatakan kesediaan dan keyakinan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri serta Pilihan Raya Umum akan datang dengan semangat lebih tersusun dan agresif. Ketetapan untuk bersedia bertanding dan memberi saingan bagi semua kerusi yang dipertandingkan menjadi antara mesej utama konvensyen, selaras dengan usaha memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Harapan. Kehadiran delegasi Hulu Langat jelas mencerminkan semangat solidariti, kesiapsiagaan jentera dan iltizam berterusan dalam membawa suara rakyat demi masa depan negara yang lebih progresif dan stabil.



Parti Keadilan Rakyat

13/05/2026

Address

Batu 1 Jalan Bangi
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KeAdilan Cabang Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KeAdilan Cabang Hulu Langat:

Share