01/07/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ข๐ก ๐ฐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐๐-๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ (๐ฃ๐ฅ๐ฃ) ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ฅ๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐
๐๐๐ข ๐ฝ๐๐ฉ๐๐ก๐๐ค๐ฃ 4 ๐๐๐ผ, 29 ๐
๐ช๐ฃ 2026 - Batalion 4 PGA Semenyih telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menziarahi anak-anak Pegawai Rendah Polis (PRP) Batalion 4 PGA yang sedang menerima rawatan di hospital. Lawatan ini diketuai oleh SM Ishak bin Mat Sudan bersama wakil PRP Batalion 4 PGA.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Sjn Muhamad Eizal bin Abdul Rani (Cawangan Kebajikan dan Perubatan), Sjn Mohd Fazwan bin Husni (Cawangan Pengangkutan), Kpl Suhaimi bin Rasdi (Kompeni A) dan L/Kpl Rohazlinna binti Md Zin (Cawangan Kebajikan dan Perubatan).
Sepanjang lawatan tersebut, rombongan telah menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Batalion 4 PGA serta hamper daripada Cawangan Kebajikan dan Perubatan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang terlibat.
Antara penerima lawatan ialah:
๐น Muhammad Ayden Saqeef bin Ahmad Muqri (2 tahun 8 bulan), anak kepada L/Kpl. Ahmad Muqri bin Abdul Hamid dari Platun 1, Kompeni A, yang telah dimasukkan ke Hospital Tengku Permaisuri Norashikin pada 27 Jun 2026 akibat ๐๐ค๐ถ๐ต๐ฆ ๐๐ฐ๐ฏ๐ด๐ช๐ญ๐ญ๐ฐ๐ฑ๐ฉ๐ข๐ณ๐บ๐ฏ๐จ๐ช๐ต๐ช๐ด ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ข๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ญ ๐๐ช๐ข๐ณ๐ณ๐ฉ๐ฆ๐ข. Alhamdulillah, keadaan beliau dilaporkan stabil.
๐น Tengku Nur Qhaira binti Tengku Muhd Faisal (1 tahun), anak kepada Kpl Tengku Muhd Faisal bin Tengku Kamaruddin, yang menerima rawatan di Hospital KPMC, Kajang sejak 27 Jun 2026 akibat demam, selesema, batuk serta jangkitan ๐๐ฆ๐ด๐ฑ๐ช๐ณ๐ข๐ต๐ฐ๐ณ๐บ ๐๐บ๐ฏ๐ค๐บ๐ต๐ช๐ข๐ญ ๐๐ช๐ณ๐ถ๐ด (RSV).
๐น Alisa Elina binti Muhammad Akhram Ashraff (1 tahun 9 bulan), anak kepada L/Kpl Muhammad Akhram Ashraff bin Mohamad Fazial, yang telah dimasukkan ke Hospital KPJ Kajang pada 28 Jun 2026 kerana mengalami jangkitan kuman dalam darah (Adenovirus). Keadaan beliau kini dilaporkan stabil.
Lawatan kebajikan ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Batalion 4 PGA dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan dan ahli keluarga, di samping memberikan sokongan moral kepada mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Semoga semua anak-anak yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan yang segera, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan buat mereka dan keluarga.
โ๐ท๐๐๐๐๐๐๐, ๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐.โ
Artikel/Foto: ๐/๐๐
๐ต ๐๐๐ต๐พ๐ท๐๐ช