20/08/2026
JABATAN PERIKANAN TURUN PADANG: POTENSI HEBAT PENTERNAKAN IKAN SISTEM RAS DI BANDAR BARU BANGI! ππΏ
π
Tarikh: 19 Ogos 2026
π Lokasi: Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
Pejabat Perikanan Hulu Langat baru-baru ini telah mengadakan sesi lawatan teknikal ke tapak projek penternakan ikan milik Encik Fatullah. Apa yang menarik, beliau bijak memanfaatkan ruang tanah lapang di kediaman sendiri untuk menternak ikan keli dan tilapia menggunakan Sistem RAS (Recirculating Aquaculture System) yang moden dan menjimatkan ruang!
Antara intipati penting sepanjang lawatan ini merangkumi:
β’ Khidmat Nasihat Kualiti Air: Pendedahan mengenai penjagaan kualiti air sebelum dilepaskan ke perairan umum bagi memelihara kelestarian alam sekitar.
β’ Nilai Tambah Produk: Perkongsian idea untuk meningkatkan nilai komersial hasil jualan ikan.
β’ Susun Atur Kolam: Panduan penataan fasiliti kolam agar lebih kemas dan teratur.
Hasil positif daripada lawatan ini, Encik Fatullah akan berdaftar di bawah bimbingan Pejabat Perikanan Hulu Langat, komited mematuhi peraturan perikanan, serta teruja untuk menyertai kursus-kursus lanjutan yang akan dianjurkan pihak jabatan!
Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa hobi atau usaha kecil di halaman rumah pun mampu berkembang menjadi projek akuakultur yang berjaya. Tahniah diucapkan kepada Encik Fatullah! π