Perpustakaan Desa Selising, Pasir Puteh, Kelantan

Perpustakaan Desa Selising, Pasir Puteh, Kelantan Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

MAJLIS PELANCARAN MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) DAN PAKEJ INSENTIF ECERPada hari ini dalam tahu...
14/06/2026

MAJLIS PELANCARAN MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) DAN PAKEJ INSENTIF ECER

Pada hari ini dalam tahun 2008, Pelancaran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Pakej Insentif ECER disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan ECER mempengerusikan mesyuarat pertama majlis ini sebelum pelancaran diadakan. Majlis ini turut dianggotai oleh beberapa orang lagi individu, antaranya YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu; YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan; YAB Dato’ Seri Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang; YAB Datuk Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor dan YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Insentif yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah ditawarkan bagi meningkatkan dan merancakkan ekonomi di kawasan koridor pembangunan berkenaan yang membabitkan Terengganu, Kelantan, Pahang dan daerah Mersing, Johor. Antara insentif yang diumumkan ialah syarikat dalam sektor pelancongan akan diberi pengecualian cukai selama 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas tapak pembangunan serta pengecualian duti import dan cukai jalan ke atas bahan mentah, komponen, jentera, barang ganti, barang guna habis dan peralatan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.











Sumber : Arkib Negara Malaysia

14.06.2026 | AHAD📍 AKTIVITI MAYA 📍📌 Kuiz Sempena Awal Muharam 📌Jom kawan-kawan sertai aktiviti kami hari ini..jangan lup...
14/06/2026

14.06.2026 | AHAD

📍 AKTIVITI MAYA 📍

📌 Kuiz Sempena Awal Muharam 📌

Jom kawan-kawan sertai aktiviti kami hari ini..jangan lupa like dan komen jawapan diruangan komen ye...selamat mencuba..terima kasih semua..🥰








14.06.2026 | AHAD9 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DINAIK TARAF KEPADA SBP-T.'Yang sahih di RTM'Sumber : Berita RTM             ...
14/06/2026

14.06.2026 | AHAD

9 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DINAIK TARAF KEPADA SBP-T.

'Yang sahih di RTM'

Sumber : Berita RTM


14.06.2026 | AHADScammer kini gunakan kod QR dalam e-mel mencurigakan!Jaga keselamatan anda, pastikan e-mel dan kod QR y...
14/06/2026

14.06.2026 | AHAD

Scammer kini gunakan kod QR dalam e-mel mencurigakan!

Jaga keselamatan anda, pastikan e-mel dan kod QR yang diterima sahih. 🛡️

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia








14/06/2026

14.06.2026 | AHAD

🎓 PESANAN BUAT MAHASISWA BARU MENDAFTAR UNIVERSITITahniah kerana berjaya melangkah ke alam universiti!Ini bukan sekadar ...
13/06/2026

🎓 PESANAN BUAT MAHASISWA BARU MENDAFTAR UNIVERSITI

Tahniah kerana berjaya melangkah ke alam universiti!

Ini bukan sekadar permulaan sebuah pengajian, tetapi permulaan kepada perjalanan membentuk diri sebagai seorang profesional, pemimpin dan warga yang bertanggungjawab.

Universiti memberi kebebasan yang lebih luas berbanding sekolah. Namun, bersama kebebasan itu datang tanggungjawab yang lebih besar.

📚 Belajar dengan bersungguh-sungguh.
⏰ Hargai masa dan urus jadual dengan baik.
🤝 Bina jaringan persahabatan yang positif.
💡 Berani mencuba perkara baharu.
💰 Bijak mengurus kewangan.
❤️ Jaga kesihatan fizikal dan mental.
🏆 Sertai aktiviti kokurikulum dan kepimpinan.
📖 Manfaatkan segala kemudahan universiti.
🛡️ Pegang teguh integriti dan nilai diri.
🙏 Sentiasa merendah diri serta menghormati orang lain.

Ingatlah, keputusan akademik penting, tetapi pembentukan karakter, akhlak dan kemahiran insaniah juga akan menentukan kejayaan anda pada masa hadapan.

Jadilah mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga cemerlang sebagai manusia.

Selamat menempuh alam universiti. Semoga perjalanan ini menjadi titik permulaan kepada masa depan yang gemilang.

















Sumber : Malaysia Mendidik

Semak penyata kad bank anda selepas setiap transaksi. 💳📱Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam urusan perbankan demi...
13/06/2026

Semak penyata kad bank anda selepas setiap transaksi. 💳📱

Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam urusan perbankan demi keselamatan kewangan anda.











Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

13.06.2026 | SABTUAda orang ingat semua saiz badan yang besar itu obesiti.Tapi sebenarnya, ada keadaan tertentu yang nam...
13/06/2026

13.06.2026 | SABTU

Ada orang ingat semua saiz badan yang besar itu obesiti.

Tapi sebenarnya, ada keadaan tertentu yang nampak seperti obesiti, sedangkan ia adalah masalah pengump**an lemak yang berbeza. Salah satunya ialah lipedema.

Obesiti biasanya melibatkan pengump**an lemak badan secara lebih menyeluruh. Berat badan boleh naik, ukuran pinggang bertambah, dan risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi serta kolesterol juga boleh meningkat.

Lipedema p**a selalunya berlaku apabila lemak berkumpul secara tidak seimbang, terutama di bahagian paha, punggung, betis atau lengan. Badan bahagian atas mungkin kelihatan lebih kecil, tetapi kaki nampak lebih besar, berat, sakit, mudah lebam dan kadang-kadang tidak banyak berubah walaupun sudah cuba diet atau bersenam.

Antara tanda yang boleh membuat seseorang curiga kepada lipedema ialah kaki terasa berat atau sakit bila ditekan, mudah lebam tanpa sebab jelas, saiz kedua-dua kaki membesar hampir sama, tetapi tapak kaki biasanya tidak terlibat.

Yang penting, jangan cepat menghukum diri sendiri sebagai “malas”, “tak cukup usaha” atau “gagal diet”.

Kadang-kadang, badan sedang memberi isyarat bahawa ia perlukan pemeriksaan yang lebih tepat.

Jika anda rasa bentuk badan tidak seimbang, kaki kerap sakit, mudah lebam dan perubahan tidak setara walaupun berat badan turun, dapatkan penilaian doktor. Bukan untuk mencari salah, tetapi untuk faham apa yang sebenarnya berlaku pada tubuh sendiri.

Tubuh kita bukan untuk dihina. Tubuh kita perlu difahami.

Sumber : Public Health Malaysia

13.06.2026 | SABTUTidur 10–30 minit pada waktu siang bantu pulihkan fokus,KUALA LUMPUR: Amalan tidur singkat atau power ...
13/06/2026

13.06.2026 | SABTU

Tidur 10–30 minit pada waktu siang bantu pulihkan fokus,

KUALA LUMPUR: Amalan tidur singkat atau power nap semakin menjadi pilihan ramai pekerja, pelajar dan ibu bapa yang berdepan keletihan pada waktu siang.

Walaupun nampak seperti sekadar “tertidur sekejap”, tidur pendek sekitar 10 hingga 30 minit sebenarnya boleh membantu tubuh berehat, mengurangkan rasa mengantuk dan meningkatkan semula tahap fokus.

Namun, tidur siang yang terlalu lama boleh memberi kesan sebaliknya. Seseorang mungkin bangun dalam keadaan mamai, berat kepala dan lebih lesu, terutamanya apabila tidur sudah masuk ke fasa yang lebih dalam.

Waktu yang paling sesuai untuk power nap ialah awal petang. Tidur terlalu lewat, terutama selepas jam 3 petang, boleh mengganggu tidur malam dan menyebabkan kitaran tidur menjadi tidak teratur.

Orang ramai juga diingatkan bahawa power nap bukan alasan untuk mengabaikan tidur malam yang cukup. Tidur malam masih penting untuk pemulihan tubuh, emosi, memori dan kesihatan jangka panjang.

Jika seseorang terlalu kerap mengantuk pada waktu siang walaupun sudah tidur malam, keadaan itu tidak harus dianggap biasa. Ia mungkin berkait dengan tidur tidak berkualiti, kurang tidur kronik, tekanan, masalah kesihatan atau gangguan tidur seperti sleep apnea.

Power nap itu rehat sekejap.
Tidur malam yang cukup tetap keperluan utama.

Sumber : Public Health Malaysia







13/06/2026

13.06.2026 | SABTU

Address

No. F13 Kuarters Pertanian
Selising
16800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Selising, Pasir Puteh, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Selising, Pasir Puteh, Kelantan:

Share

Category