Polis Daerah Selama Perak

Polis Daerah Selama Perak Panduan memberi komen di facebook rasmi PDRM adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas.

POLISI FACEBOOK RASMI PDRM

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi PDRM mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai p

encegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Komen Yang Tidak Diterima
● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam

Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM. Hak Pentadbir

Pentadbir Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi PDRM adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi PDRM. Pihak pentadbir Facebook Rasmi PDRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

02/06/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA

Ketua Polis Perak mewakili seluruh Warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.





𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗦𝗔𝗥) 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡Batu Kurau, 1 Jun 2026 - Operasi Mencari dan Menyela...
01/06/2026

𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗦𝗔𝗥) 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡

Batu Kurau, 1 Jun 2026 - Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Anak Kurau, Batu Kurau telah ditamatkan pada hari ini setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

Mangsa yang dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42 tahun, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental dari Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, dilaporkan hilang sejak 30 Mei 2026. Laporan polis berkaitan kehilangan mangsa telah dibuat pada jam 6.58 petang pada hari berikutnya.

Sejurus menerima laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka operasi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) seterusnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung telah melaksanakan operasi pencarian secara bersepadu melibatkan kawasan hutan dan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat.

Pada 1 Jun 2026, operasi SAR disambung semula dengan taklimat penugasan yang disampaikan oleh ACP Sarudin Haji Samah, Ketua Polis Daerah Selama sebelum pasukan penyelamat dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memperluaskan kawasan pencarian sehingga radius empat kilometer persegi.

Operasi hari ini turut melibatkan kekuatan seramai 69 anggota dan sukarelawan terdiri daripada :
• PDRM – 26 orang
• JBPM – 18 orang (termasuk Unit K9)
• APM – 11 orang
• Orang kampung – 14 orang

Selain itu, sebanyak tujuh aset pelbagai agensi telah digerakkan bagi membantu operasi pencarian.

Pada pukul 5 petang tadi, hasil penilaian semasa operasi mendapati tiada sebarang petunjuk baharu berjaya ditemui, dan arahan telah diberikan untuk menghentikan operasi SAR serta menutup PKTK di lokasi.

Walau bagaimanapun, usaha mengesan mangsa akan diteruskan oleh Ketua Polis Balai Batu Kurau bersama penduduk kampung sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu.

Pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terlibat serta penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang operasi dijalankan.






01/06/2026
01/06/2026

KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.





#01062026

01/06/2026
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH.

CP Dato' Noor Hisam bin Nordin, Ketua Polis Perak mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 1 Jun 2026 (Isnin) bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah S.W.T. memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.




𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚IPD SELAMA MOHON BANTUAN ORANG RAMAI KESAN LELAKI OKU (MENTAL) YANG DILAPORKAN HILANG DI BATU K...
31/05/2026

𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

IPD SELAMA MOHON BANTUAN ORANG RAMAI KESAN LELAKI OKU (MENTAL) YANG DILAPORKAN HILANG DI BATU KURAU

Selama, 31 Mei 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang dan dipercayai keluar dari kediamannya di Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, Batu Kurau, Perak.

Mangsa dikenali sebagai Zakaria Bin Shamsudin, seorang lelaki Melayu berusia 42 tahun yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental.

Butiran Orang Hilang:
▪️ Nama : Zakaria bin Shamsudin
▪️ Umur : 42 Tahun
▪️ Jantina : Lelaki
▪️ Bangsa : Melayu
▪️ Warganegara : Malaysia
▪️ Status Perkahwinan : Berkahwin
▪️ Taraf Kesihatan : OKU (Mental)

Maklumat Kehilangan: 📍 Alamat terakhir diketahui : Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, 34500 Batu Kurau, Perak.
📍 Lokasi kehilangan : Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, 34500 Batu Kurau, Perak.
📅 Tarikh kehilangan : 30 Mei 2026
🕓 Masa kehilangan : Lebih kurang jam 4.00 petang.

Pakaian Terakhir Dilihat: 👕 Baju T berwarna kehitaman
👖 Seluar berwarna kehitaman

Ciri-ciri Fizikal: ▪️ Berbadan gempal
▪️ Ketinggian lebih kurang 160 sentimeter
▪️ Berkulit hitam manis
▪️ Berambut pendek

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan individu tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi:

📞 Sarjan Mejar Razak Bin Abdul Ghani di talian 010-2096227
📞 IPD Selama di talian 05-8394222
📞 Atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama dan keprihatinan orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat dihargai bagi membantu mengesan individu tersebut dengan segera.

𝗔𝗖𝗣 𝗦𝗮𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗵
Ketua Polis Daerah Selama, Perak





29/05/2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan “Gayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

29/05/2026
𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 Selama, 28 Mei 2026 - IPD Selama, pada pagi tadi telah melaksanakan Program Iba...
28/05/2026

𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔

Selama, 28 Mei 2026 - IPD Selama, pada pagi tadi telah melaksanakan Program Ibadah Korban Bagi Tahun 1447 Hijrah yang dikelolakan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) IPD Selama.

Program berkenaan telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Polis IPD Selama. Turut hadir ialah masyarakat sekitar yang meluangkan masa bagi bersama-sama mengimarahkan aktiviti ibadah korban tersebut dalam suasana penuh muhibah dan semangat kekeluargaan.

Ketua Polis Daerah Selama, ACP Sarudin Haji Samah bersama isteri, Dato' Ruzaida Salim turut sama mengagihkan daging korban kepada warga yang hadir serta penerima yang telah dikenal pasti.

Majlis ringkas turut diadakan sempena pelaksanaan ibadah korban kali ini sebagai tanda kesyukuran dan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga polis dan masyarakat setempat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan serta menjadi medium dalam memupuk nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam kalangan warga IPD Selama dan komuniti setempat.








Address

Ibu Pejabat Polis Daerah
Selama
34100

Telephone

+6058394222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Selama Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Selama Perak:

Share

Category