Unit Sukan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Segamat

Unit Sukan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Segamat Aktiviti dan Program Unit Sukan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Segamat

14/05/2026

KEJOHANAN MEMANAH MSSJ 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN PERSAINGAN SENGIT!

Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2026 akhirnya menutup tirai dengan aksi penuh dramatik, semangat juang tinggi dan persaingan sengit antara kontinjen seluruh Johor.

🔥 Pontian muncul juara keseluruhan berdasarkan kutipan emas selepas mengumpul 11 pingat emas, sekali gus berkongsi jumlah keseluruhan pingat sebanyak 32 bersama Pasir Gudang yang turut mempamerkan prestasi luar biasa.

🥈 Pasir Gudang membuktikan kekuatan mereka apabila menguasai kutipan gangsa dengan 14 pingat, manakala Batu Pahat menjadi kontinjen paling konsisten dengan jumlah keseluruhan pingat tertinggi iaitu 46 pingat.

🎯 Kluang p**a berjaya menempatkan diri di kelompok teratas dengan persembahan mantap dan disiplin tinggi atlet-atlet mereka sepanjang kejohanan berlangsung.

👏 Walaupun ada kontinjen dengan jumlah pingat kecil, semangat juang yang dipamerkan tetap luar biasa. Setiap anak panah yang dilepaskan membawa maruah daerah masing-masing dan memperlihatkan masa depan sukan memanah Johor yang semakin berkembang.

🏹 MSSJ 2026 bukan sekadar medan pertandingan, tetapi platform melahirkan atlet berpotensi ke peringkat lebih tinggi termasuk MSSM dan kebangsaan.










13/05/2026

🏹 Kejohanan Memanah MSSJ 2026
terus menyaksikan persaingan sengit antara kontinjen daerah seluruh Johor dalam perebutan pingat setakat jam 1.20 petang, 13 Mei 2026.

Kontinjen Pontian kini mendahului carta pungutan pingat dengan jumlah keseluruhan 16 pingat, hasil kutipan 4 emas, 5 perak dan 2 gangsa. Saingan rapat diberikan oleh Batu Pahat yang mengumpul keseluruhan tertinggi setakat ini iaitu 19 pingat, manakala Pasir Gudang turut mempamerkan prestasi cemerlang dengan 15 pingat keseluruhan.

Kontinjen tuan rumah Segamat berjaya membuka kutipan pingat menerusi satu pingat gangsa. Kejohanan masih berlangsung dan kedudukan dijangka terus berubah mengikut acara yang dipertandingkan.

12/05/2026
11/05/2026
11/05/2026

Address

PPD Segamat
Segamat
85000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Sukan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share