SMK Dato' Bentara Dalam

SMK Dato' Bentara Dalam Official Page Smk Dato' Bentara Dalam Ia ditadbirkan oleh pengetua Sekolah Menengah Inggeris, En. A. Arumugam. Koh Kam Watt di bangunan yang sama.

Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat bermula di Sekolah Menengah Inggeris Segamat (Sekolah Tinggi Segamat - hari ini)dalam tahun 1960, atas nama Kelas Menengah Melayu. Pada tahun 1965, ia ditadbirkan berasingan oleh pengetua pertamanya iaitu En. Ia mendapat bangunan yang baru pada tahun 1966 dan dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Segamat. Ada empat blok bangunan - Blok A, B, C dan D. Bl

ok D ialah Asrama Putera dan tidak mempunyai bekalan eletrik. Semua kelas dalam aliran sastera dan tiada guru siswazah. Pada 21 Julai 1968, sekolah ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohamad Khir Johari. Sekolah ini mula mengajar mata pelajaran sains tulen dalam tahun 1970 dan sains tulen Sukatan Pelajaran Malaysia pada tahun 1978. Pada tahun 26 November 1973, namanya ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam, Segamat. Dalam tahun 1968, gelanggang tenis dibina oleh guru-guru dengan menggunakan tiang kayu dan berpagarkan dawai mata punai. Kerja ini oleh Tuan Sheikh Adbullah bin Abdul Rahman dan dibantu oleh Encik Zakaria bin Jiman dan Encik Mohd. Noh bin Razak serta pekerja-pekerja lain. Hanya pada tahun 1978, ia dibina semula seperti yang ada sekarang dan ia dibiayai oleh pihak sekolah dan ahli-ahli Persatuan Tenis sekolah ini. Pada tahun 1976, blok perpustakaan, tiga buah makmal sains, sains paduan dan blok G siap dibina. Pada tahun 1978, surau siap dibina dan koperasi sekolah mula ditubuhkan. Pada tahun 1981, sebuah blok asrama sekolah yang baru telah dibina dan pengambilan pelajar perempuan bermula. Pada 17 April 1982, Dewan Sekolah mula dibina dan siap pada 14 Jun 1983. Ia dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran dalam tahun 1987. Dalam tahun 1983, Tingkatan 6 Rendah Sastera/Ekonomi mula dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam. Dalam tahun 1984, bilik Pusat Sumber mengandungi alat bantuan mengajar dibina dan dibekalkan dengan komputer dalam tahun 1986. Pada tahun 1990, sebuah lagi blok bangunan asrama sekolah dibina yang mampu menampung sehingga 120 pelajar dalam satu-satu masa. Dalam tahun 1992, Pusat Sumber baru telah dibina di blok C dan lengkapi dengan alat bantuan mengajar, TV/Video, overhead projector, skrin, rak pita video, 50 tempat duduk dan permaidani dinding ke dinding. Dalam tahun 1992 juga, dua blok bangunan baru siap dibina. Blok ini mengandungi tiga buah makmal sains KBSM, dan enam buah bilik kelas serta sebuah stor sains. Manakala, sebuah blok lagi menempatkan semua kelas Tingkatan Lima dan tandas guru serta sebuah bilik stor. Dalam tahun 1993, bangunan kantin tambahan siap dibina dan mempunyai lantai mozek. Pada tahun 2001, sebuah bangunan makmal komputer telah siap dibina dan diserahkan pada pihak sekolah. Makmal sekolah ini mengandungi dua buah kelas makmal komputer, sebuah bilik pentadbiran, sebuah bilik stok dan juga sebuah bilik komputer pelayan (server computer).

15/02/2025

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI SEKOLAH

Kepada semua warga sekolah, ibu bapa, dan masyarakat setempat,

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa SMK Dato' Bentara Dalam kini mempunyai platform media sosial rasmi untuk menyampaikan maklumat terkini, pengumuman penting, dan berkongsi aktiviti-aktiviti sekolah.

Anda dijemput untuk melayari dan mengikuti akaun rasmi kami di:

Facebook : https://www.facebook.com/share/15SQ4DK5Hc/
Instagram : https://www.instagram.com/sentrada.segamat_official?igsh=ZHp4eXQxNnB5NWVt
TikTok :
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8tudVYMPTzr&_r=1

Dengan mengikuti akaun rasmi ini, anda akan sentiasa mendapat informasi terkini tentang program-program sekolah, pencapaian pelajar, dan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Kami amat menggalakkan semua pihak untuk turut serta dalam menyokong dan memeriahkan platform ini. Jangan lupa untuk 'Like', 'Follow', dan kongsikan kepada kenalan anda!

Sekian, terima kasih atas sokongan anda.

Yang benar,
PN ROHAYA BINTI MD ZAIN
Pengetua
SMK Dato Bentara Dalam, Segamat

Ini ialah Facebook rasmi SMK Dato' Bentara Dalam.

23/11/2024
Berikut merupakan keputusan Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-11 2024 yang telah berlangsung pada 14-17 November 2024...
19/11/2024

Berikut merupakan keputusan Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-11 2024 yang telah berlangsung pada 14-17 November 2024 di UiTM Puncak Alam Selangor.

5 Pendekar SMKDBD telah menamatkan cabaran dengan mendapat 1 Emas. Berikut keputusan penuh.

1. Harriz Naufal Bin Md Fadly - Emas
2. Muhammad Haziq Bin Abd Razak- Suku Akhir
3. Aqeef Danish Bin Razali - Awal
4. Mohamad Dafi Haykal Bin Razali- Awal
5. Ali Annas Bin Othman - Awal.

In Sya Allah, Harriz Naufal akan mewakili Malaysia ke 5th Pencak Silat World Junior Championship di Abu Dhabi pada 18-22 Disember 2024.

Mohon doa kalian supaya impian jadi kenyataan.

Festival Tari Rakyat Johor (FTRJ) 2024.Kategori Sekolah Menengah ( Team Warisan Seri Bentara ) dan Kategori Badan Keraja...
06/11/2024

Festival Tari Rakyat Johor (FTRJ) 2024.

Kategori Sekolah Menengah ( Team Warisan Seri Bentara ) dan
Kategori Badan Kerajaan ( Cg Adelin dan Cg Nurazwa )

Kompleks Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor.

06/11/2024

Video Personalia SLAD-J
Tanusrii Thivagaran
4 KRIPTON
SMK DATO’ BENTARA DALAM

06/11/2024

Video Personalia SLAD-J
Nur Rasyiqah Binti Rosdam
4 KRIPTON
SMK DATO’ BENTARA DALAM

Berikut merupakan keputusan Pemilihan Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Par...
26/10/2024

Berikut merupakan keputusan Pemilihan Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Parit Raja pada 24-26 Oktober 2024.

3 Emas
1. Dafi Haykal Bin Razali 3 Farabi
2. Harriz Naufal Bin Md Fadly 3 Razi
3. Mohamad Haziq Bin Abd Razak 2 Dedikasi

1 Perak
1. Muhammad Aliff Shazwan Bin Alias 2 Razi

3 Gangsa
1. Ahmad Aniq Najmi 3 Farabi
2. Alya Saffiyah 2 Razi
3. Megat Adam Harith ( SMKMIL)

Penyertaan
1. Aqeef Danish Razali
2. Sharifah Amanda
3. Nur Irdina
4. Aqiel Hazim

3 pelajar yang mendapat emas akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan ( Shah Alam, 14-17 Nov 2024).
untuk merebut tiket ke Abu Dhabi jika menang sebagai Juara Kebangsaan.

Terima kasih kepada Pn Pengetua atas sokongan, dorongan serta pelepasan yang telah diberikan.

Guru dan Jurulatih bertugas
Cg Azami, Cg Faizatul dan Ustzh Ashiqin

Day 3Kem Gabungan PBB SMKDBD 2024..Well done Bentarians!!!..Ayuh pulang, esok sekolah 🀩
19/10/2024

Day 3
Kem Gabungan PBB SMKDBD 2024..

Well done Bentarians!!!..
Ayuh pulang, esok sekolah 🀩

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah.Warga Bentara berbesar hati mengalu-alukan kedatangan : PN ROHAYA BINT...
18/10/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah.
Warga Bentara berbesar hati mengalu-alukan kedatangan :

PN ROHAYA BINTI MD ZAIN.
PENGETUA SMK DATO' BENTARA DALAM SEGAMAT.

Selamat datang Puan.

Kem Gabungan Persatuan Badan Beruniform PBB 2025Kem Ottornest Gunung Pulai17-19 Oktober 2024.Moga beroleh pengalaman yan...
18/10/2024

Kem Gabungan Persatuan Badan Beruniform PBB 2025
Kem Ottornest Gunung Pulai
17-19 Oktober 2024.

Moga beroleh pengalaman yang berharga anak-anak bentara πŸ’₯πŸ’₯

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM 2024Tarikh.   : 8  -  10 Okt 2024Tempat : Stadium, PerakPeserta : MBPK SMKDBD   ...
12/10/2024

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM 2024
Tarikh. : 8 - 10 Okt 2024
Tempat : Stadium, Perak
Peserta : MBPK SMKDBD
( Danish Haykal Bin
Faisal)
Berikut pencapaian wakil MBPK SMKDBD ke peringkat MSSM

🌷 Acara 800 m - Emas
🌷 Acara 4 X 100 m - Emas
🌷 Acara 400 m - keempat
🌷 Acara 200 m - kelima

TAHNIAH πŸ’

Address

Smk Dato Bentara Dalam
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 06:00 - 17:30
Tuesday 06:00 - 17:30
Wednesday 06:00 - 17:30
Thursday 06:00 - 17:30
Sunday 06:00 - 17:30

Telephone

+6079433250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato' Bentara Dalam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK Dato' Bentara Dalam:

Share