JPS Daerah Segamat

JPS Daerah Segamat Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook JPS Segamat

Telefon : 07-9311129
Fax : 07-9319102
(1)

27/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H“Sesungguhnya Allah tidak mel...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M
27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.”
Hadis Riwayat Imam Muslim

Aidiladha mengajar erti keikhlasan, pengorbanan serta ketaatan, dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan bersama. Semoga semangat pengorbanan ini terus menyuburkan nilai integriti, kesyukuran dan kebersamaan dalam kehidupan serta perkhidmatan.

Ikhlas daripada
Jurutera Daerah
dan Seluruh Warga Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin

SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH ATAS JASA DAN BAKTIJabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat merakamkan setinggi-tin...
26/05/2026

SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH ATAS JASA DAN BAKTI

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Naderi Bin Bindot atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Pada hari ini, Selasa, 26 Mei 2026, telah berlangsung sesi clock out terakhir sebagai simbolik tamatnya perkhidmatan beliau setelah sekian lama berbakti dengan penuh dedikasi dan amanah.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan menjadi kenangan serta inspirasi kepada warga kerja, di samping dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan baharu bersama keluarga tercinta.

Jasa dikenang, bakti disanjung. Selamat bersara dan selamat maju jaya.

KERJA-KERJA MEMULIHKAN SALIRAN DI KAMPUNG BANGAS SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG SERMIN, SEGAMAT, JOHORSedikit pe...
26/05/2026

KERJA-KERJA MEMULIHKAN SALIRAN DI KAMPUNG BANGAS SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG SERMIN, SEGAMAT, JOHOR

Sedikit perkongsian berkenaan pelaksanaan kerja-kerja memulihkan saliran serta kerja-kerja berkaitan yang telah dijalankan di Kampung Bangas dan Kampung Sermin, Segamat, Johor bagi memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik serta berfungsi dengan lebih efisien.

Pelaksanaan kerja ini bertujuan untuk meningkatkan kelancaran aliran air, mengurangkan risiko gangguan saliran serta memastikan infrastruktur saliran sentiasa berada pada tahap yang optimum demi kesejahteraan penduduk setempat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Segamat komited dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan sistem saliran serta mengurangkan risiko permasalahan berkaitan saliran di kawasan terlibat.

Sekian, terima kasih.

KERJA-KERJA MEMULIHKAN SALIRAN DI KAMPUNG SULIR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, MUKIM SERMIN, SEGAMAT, JOHORSedikit perkong...
26/05/2026

KERJA-KERJA MEMULIHKAN SALIRAN DI KAMPUNG SULIR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, MUKIM SERMIN, SEGAMAT, JOHOR

Sedikit perkongsian aktiviti pelaksanaan kerja-kerja pemulihan saliran serta kerja-kerja berkaitan yang telah dijalankan di Kampung Sulir, Mukim Sermin, Segamat, Johor.

Pelaksanaan kerja ini bertujuan untuk meningkatkan fungsi sistem saliran sedia ada, melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko berlakunya masalah takungan air dan gangguan saliran di kawasan terlibat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Segamat akan terus komited dalam memastikan penyelenggaraan serta penambahbaikan infrastruktur saliran dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. A...
14/05/2026

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Anuar Bin Mukijo atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Hari ini, Khamis, 14 Mei 2026 merupakan hari terakhir beliau merakam waktu bekerja sebelum menamatkan perkhidmatan dan bersara daripada perkhidmatan awam.

Semoga En. Anuar Bin Mukijo sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta berbahagia bersama keluarga tercinta sepanjang menjalani alam persaraan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat.

“Jasa dan bakti sentiasa dikenang.”

ikhlas daripada Jurutera Daerah Dan Seluruh Warga Jps Segamat.

📢 IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP 2026Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Segamat mempelawa warga Negeri Johor,...
08/05/2026

📢 IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP 2026

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Segamat mempelawa warga Negeri Johor, khususnya anak jati daerah Segamat yang berkelayakan, dinamik, dan berminat untuk menyertai pasukan kami bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

🛠️ BUTIRAN JAWATAN
• Jawatan: Short-Term Employment Programme (MySTEP)
• Kekosongan: Satu (1) Calon
• Tempoh Kontrak: Jun 2026 – Disember 2026
• Kadar Upah: RM1,700.00 – RM1,900.00 sebulan (*termasuk caruman)
• Kemudahan: Caruman KWSP & PERKESO, Cuti Rehat & Cuti

📋 SYARAT KELAYAKAN

1. Anak jati Negeri Johor yang bermastautin di daerah Segamat.
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Memiliki sekurang-kurangnya PT3 / PMR / SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

📩 CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini, gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, dan salinan sijil akademik yang telah DISAHKAN ke alamat:

📍 Jabatan Pengairan Dan Saliran Segamat
Jalan Omar, 85000 Segamat, Johor.

⚠️ Tarikh Tutup Permohonan: 15 MEI 2026

📞 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian: 07-9311129

Address

Jalan Omar
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPS Daerah Segamat:

Share