Pusat Latihan Polis Segamat

Pusat Latihan Polis Segamat Sila LIKE page ini untuk info-info terkini dan menghangatkan sesi perbincangan di sini.

15/05/2026
PROGRAM MINGGUAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DI PULAPOL SEGAMATPULAPOL Segamat, 15 Mei 2026 – Program Mi...
15/05/2026

PROGRAM MINGGUAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DI PULAPOL SEGAMAT

PULAPOL Segamat, 15 Mei 2026 – Program Mingguan Solat Sunat Dhuha dan Membudayakan Al-Quran telah dilaksanakan di Surau PULAPOL Segamat bermula jam 8.00 pagi selama satu jam dengan penglibatan warga Pusat Latihan Polis Segamat yang terdiri daripada PKP, PRP serta Pegawai Awam.

Program dimulakan dengan pelaksanaan solat sunat dhuha secara berjemaah sebelum diteruskan dengan sesi bacaan Al-Quran beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Noriszuwan bin Othman selaku imam dan ketua bacaan.

Penganjuran program ini bertujuan membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan warga PULAPOL Segamat di samping mengimarahkan institusi surau melalui pengisian kerohanian yang berterusan.

Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada warga PULAPOL Segamat untuk menghayati fadilat solat sunat dhuha yang sinonim sebagai amalan pembuka rezeki, ketenangan jiwa serta meningkatkan kebergantungan kepada Allah SWT dalam menjalani tugasan harian.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS TEKNIK MENGAJAR DAN BENGKEL PEMURNIAN DATA ASET ALIH SIRI 1/2026Pulapol Segamat, 8 Mei...
08/05/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS TEKNIK MENGAJAR DAN BENGKEL PEMURNIAN DATA ASET ALIH SIRI 1/2026

Pulapol Segamat, 8 Mei 2026 – Majlis Perasmian Penutupan Kursus Teknik Mengajar dan Bengkel Pemurnian Data Aset Alih Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Mini, PULAPOL Segamat.

Majlis telah disempurnakan oleh DSP Luther bin Nurjib, Timbalan Komandan Pusat Latihan Polis Segamat dengan kehadiran pegawai kanan polis, pensyarah, urus setia serta seramai 50 peserta kursus dan bengkel daripada pelbagai cawangan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor, Dr. Siti Aminah binti Kusin serta ASP Muhammad Amzar bin Taib daripada Pengurusan Teknikal Aset Bukit Aman.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Sang Saka Biru sebelum diteruskan dengan bacaan doa serta penyampaian sijil kepada wakil peserta kursus.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Timbalan Komandan menzahirkan penghargaan kepada tenaga pengajar serta semua peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang kursus berlangsung. Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan teknik pengajaran yang berkesan serta pengurusan data aset alih yang sistematik bagi memperkukuhkan kecekapan penyampaian latihan dan tadbir urus organisasi.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat dan berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang.

PROGRAM MINGGUAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PULAPOL SEGAMATPulapol Segamat, 8 Mei 2026 – Program Minggu...
08/05/2026

PROGRAM MINGGUAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PULAPOL SEGAMAT

Pulapol Segamat, 8 Mei 2026 – Program Mingguan Solat Sunat Dhuha dan Membudayakan Al-Quran telah dilaksanakan dengan penuh penghayatan pada pagi ini bertempat di Surau PULAPOL Segamat.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi itu telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Noriszuwan bin Othman turut disertai oleh DSP Luther bin Nurjip @ Andrew, Timbalan Komandan PULAPOL Segamat, pegawai-pegawai kanan dan staf PULAPOL Segamat termasuk pegawai awam.

Dalam program tersebut, semua staf terlebih dahulu menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah sebelum memulakan sesi bacaan Al-Quran secara bersama. Pelaksanaan program mingguan ini bertujuan untuk memperkukuhkan penghayatan rohani, memupuk budaya membaca Al-Quran serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga PULAPOL Segamat. Selain itu, program ini turut menjadi medium dalam mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan sesama warga kerja.

Doa Dhuha membawa pengertian memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hidup serta memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat.

Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan secara konsisten demi melahirkan warga kerja yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Selamat Hari Pekerja1 Mei 2026 (Jumaat)
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja
1 Mei 2026 (Jumaat)

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2026 PULAPOL SEGAMATSEGAMAT, 30 April 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Apri...
30/04/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2026 PULAPOL SEGAMAT

SEGAMAT, 30 April 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2026 telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat di Dewan Perdana PULAPOL Segamat seawal jam 7.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara serta ikrar Taat Setia oleh seluruh warga PULAPOL Segamat. Turut dilaksanakan ialah Ikrar Akuan Sumpah Jawatan, Ikrar Dadah serta Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diwakili oleh peserta Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 4/2026. Selain itu, majlis turut diserikan dengan acara pemakaian tanda pangkat melibatkan kenaikan pangkat daripada Konstabel ke Lans Koperal serta Lans Koperal ke Koperal.

Seramai 194 warga PULAPOL Segamat telah hadir memeriahkan majlis, termasuk 135 peserta KAPB Siri 4/2026 yang turut mengambil bahagian dalam atur cara yang disusun.

Antara pengisian lain adalah penyerahan bendera kepada pasukan PULAPOL Segamat sebagai simbolik penyertaan dalam Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Johor 2026.
Majlis diteruskan dengan amanat oleh YDH Supt. Airy Zaidi bin Nordin, Komandan PULAPOL Segamat yang menekankan kepentingan disiplin, integriti dan komitmen dalam melaksanakan tugas. Beliau turut mengingatkan bahawa “kerja yang dilakukan dengan keikhlasan akan melahirkan hasil yang luar biasa”, sebagai panduan kepada seluruh warga agar sentiasa melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Sedia Berkhidmat” serta lapor selesai oleh Pegawai Pemerintah Baris. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif dalam memperkukuh jati diri serta profesionalisme warga PULAPOL Segamat.

CERAMAH KESIHATAN TINGKAT KESEDARAN PENJAGAAN TULANG BELAKANG DI PULAPOL SEGAMATPulapol Segamat, 29 April 2026 – Pusat L...
30/04/2026

CERAMAH KESIHATAN TINGKAT KESEDARAN PENJAGAAN TULANG BELAKANG DI PULAPOL SEGAMAT

Pulapol Segamat, 29 April 2026 – Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Segamat bertempat di Dewan Perdana, pagi semalam.

Ceramah bertajuk “What is Low Back Pain & How to Reduce Back Pain” telah disampaikan oleh Cik Nur Suhana binti Kamal, Pegawai Pemulihan Fisioterapi Hospital Segamat. Program ini turut dihadiri oleh YDH Supt Airy Zaidi bin Nordin, Komandan PULAPOL Segamat bersama barisan pegawai kanan dan staf.

Seramai lebih 200 peserta telah menghadiri ceramah ini yang memberi pendedahan berkaitan kepentingan penjagaan tulang belakang dalam kehidupan seharian. Antara pengisian utama termasuk penerangan mengenai struktur asas tulang belakang, punca sakit belakang serta langkah pencegahan yang berkesan.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik postur badan yang betul seperti cara duduk, berdiri dan mengangkat barang dengan selamat, di samping amalan gaya hidup sihat termasuk senaman ringan dan kepentingan rehat mencukupi.

Program ini dilihat berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran warga PULAPOL Segamat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya dalam mencegah masalah sakit belakang.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN CSG SIRI 5/2026: LANGKAH MELAHIRKAN PENGAWAL KESELAMATAN BERKUALITIPulapol Segamat, 24 April ...
24/04/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN CSG SIRI 5/2026: LANGKAH MELAHIRKAN PENGAWAL KESELAMATAN BERKUALITI

Pulapol Segamat, 24 April 2026 – Majlis Perasmian Penutupan Kursus Certified Security Guards (CSG) Siri 5/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3.00 petang di Dewan Perdana, PULAPOL Segamat.

Majlis telah disempurnakan oleh DSP Luther bin Nurjip @ Andrew, Timbalan Komandan PULAPOL Segamat, dengan kehadiran ASP Norhazam bin Abdullah Sani selaku Ajutan, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua kanan, jurulatih serta urusetia program.

Turut memeriahkan majlis ialah tetamu jemputan iaitu Encik Nik Muhammad Wira Bin Nik Hassan, Ketua Unit AAP
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Johor, wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Y.M Raja Abdul Assis Ibni Y.A.M Raja Laksamana Abu Bakar, wakil Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Zon Selatan.

Seramai 144 peserta kursus telah berjaya menamatkan latihan dan diraikan dalam majlis tersebut. Antara pengisian utama majlis termasuk penyampaian sijil serta penyematan lencana CSG kepada wakil peserta, selain ikrar Rukun Negara oleh para peserta kursus.

Dalam ucapan perasmian penutupannya, Timbalan Komandan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta berharap agar para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam bidang keselamatan dengan penuh integriti dan profesionalisme.

PROGRAM MINGGUAN: SOLAT DHUHA & MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT PULAPOL SEGAMATPulapol Segamat, 24 April 2026 – Program ...
24/04/2026

PROGRAM MINGGUAN: SOLAT DHUHA & MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT PULAPOL SEGAMAT

Pulapol Segamat, 24 April 2026 – Program mingguan Solat Dhuha dan Membudayakan Al-Quran telah dilaksanakan pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi di Surau PULAPOL Segamat dengan penglibatan seramai 140 orang warga PULAPOL yang terdiri daripada PKP serta PRP/Pegawai Awam.

Solat Dhuha pada kali ini telah diimamkan oleh Ustaz Noriszuan, diikuti dengan sesi bacaan Al-Quran yang merangkumi Surah Yunus ayat 54 hingga 61.

Antara pengertian ringkas ayat-ayat tersebut ialah:

Setiap manusia akan menyedari kebenaran dan menyesali perbuatan apabila berhadapan dengan azab, namun penyesalan tersebut tidak lagi memberi manfaat.

Allah SWT bersifat Maha Adil dalam setiap pembalasan dan tidak menzalimi hamba-Nya walau sedikit pun.

Segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT, dan janji-Nya adalah benar.
Allah SWT Maha Mengetahui setiap perkara yang dilakukan manusia, sama ada secara terang atau tersembunyi.

Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam memperkukuh amalan kerohanian serta membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan warga PULAPOL Segamat, selaras dengan usaha melahirkan anggota yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

MESYUARAT AGUNG DAERAH KOPERASI PDRM BERHAD PULAPOL SEGAMAT SESI 2026–2028 BERLANGSUNG LANCARPulapol Segamat, 23 April 2...
23/04/2026

MESYUARAT AGUNG DAERAH KOPERASI PDRM BERHAD PULAPOL SEGAMAT SESI 2026–2028 BERLANGSUNG LANCAR

Pulapol Segamat, 23 April 2026 – Mesyuarat Agung Daerah Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad Peringkat PULAPOL Segamat bagi sesi 2026–2028 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Perdana, PULAPOL Segamat.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah disempurnakan oleh YDH Supt. Airy Zaidi bin Nordin, Komandan PULAPOL Segamat. Turut hadir ialah P/DSP Luther bin Nurjip @ Andrew, Timbalan Komandan, Sub Insp. Haslizam bin Ahmat selaku Ahli Lembaga Koperasi PDRM Berhad, pegawai kanan polis serta pegawai rendah polis.

Seramai 183 orang telah menghadiri mesyuarat ini yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP). Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi diikuti ucapan aluan oleh wakil AJK penaja serta penerangan berkaitan Koperasi PDRM Berhad oleh Sub Insp. Haslizam bin Ahmat.

Dalam ucapan perasmian, Komandan PULAPOL Segamat menegaskan kepentingan penubuhan koperasi sebagai platform memperkukuh kebajikan warga PDRM, di samping menggalakkan penglibatan aktif anggota dalam aktiviti ekonomi yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada ahli.
Mesyuarat seterusnya menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kecil Daerah (AJKKD) Peringkat PULAPOL Segamat bagi sesi 2026–2028 yang akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan aktiviti koperasi di peringkat pusat latihan ini.

Untuk rekod, mesyuarat ini merupakan yang pertama diadakan selepas kelulusan penubuhan Koperasi PDRM Berhad peringkat PULAPOL Segamat pada 12 Mac 2026. Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

145 PESERTA LAPOR DIRI KURSUS CSG SIRI 5/2026 DI PULAPOL SEGAMATPulapol Segamat, 19 April 2026 – Seramai 145 peserta tel...
19/04/2026

145 PESERTA LAPOR DIRI KURSUS CSG SIRI 5/2026 DI PULAPOL SEGAMAT

Pulapol Segamat, 19 April 2026 – Seramai 145 peserta telah melapor diri bagi menghadiri Kursus Certified Security Guard (CSG) Siri 5/2026 yang berlangsung di Drill Shed PULAPOL Segamat, bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 111 peserta terdiri daripada lelaki manakala 34 lagi merupakan wanita. Kursus ini turut melibatkan penyertaan daripada 47 agensi yang berbeza, mencerminkan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan latihan berkenaan.

Kursus CSG Siri 5/2026 ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 24 April 2026. Sepanjang tempoh tersebut, kesemua peserta ditempatkan di Kompeni A sebagai lokasi penginapan.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta tahap profesionalisme peserta selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan

Address

PUSAT LATIHAN POLIS SEGAMAT
Segamat
85100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079353422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Polis Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Latihan Polis Segamat:

Share