Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Segamat

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Segamat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Segamat, Government Organization, JKR 30, Jalan Awang, Segamat.

SATU KESILAPAN TAK BERMAKNA PENGAKHIRAN
Misi Kami : Memerangi Dadah Habis-Habisan Demi Komuniti Selamat & Keluarga Bahagia

JOM MULA KEHIDUPAN BARU BERSAMA AADK
HUBUNGI KAMI DI TALIAN : 1-800-22-2235 (AADK)
[UNTUK ADUAN & KHIDMAT NASIHAT]

19/04/2026

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ARIF IBRAHIM

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Arif Ibrahim, Pembantu Keselamatan KP1, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 19 April 2026.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Didoakan agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

19/04/2026

Anda perasan tak leher selalu rasa tegang
sebab asyik tunduk hadap gajet? Kalau
dibiarkan, badan bukan saja nampak tak
bermaya, malah berisiko kena sakit tulang
kronik bila dah tua nanti.

Tulang belakang umpama tiang utama
badan. Bila postur salah, saraf akan terhimpit
dan buat badan cepat letih. Badan yang
tegak dan kuat penting untuk kekal aktif
setiap hari.

Sayangi tubuh anda. Anda perlukan saraf
yang sihat untuk terus berjaya.
Zaman muda ni kalau tak dijaga, boleh
musnahkan masa depan.

Kita mula dengan langkah kecil. Betulkan
posisi duduk dan berdiri sekarang. Jaga
anugerah kesihatan ini sebaik mungkin
sebelum menyesal.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



18/04/2026

AADK SEDIA MEMBANTU: RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH ATAU BAHAN UNTUK MASA DEPAN LEBIH BAIK

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada individu yang terlibat dengan penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan melalui dua pendekatan utama iaitu rawatan dan pemulihan dalam institusi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) serta rawatan dan pemulihan dalam komuniti melalui 108 Pejabat AADK Daerah dan 31 Pusat Khidmat AADK di seluruh negara.

Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin berubah untuk menjalani proses pemulihan secara sukarela, terancang dan menyeluruh, selaras dengan peruntukan Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].

Rawatan dan pemulihan ini terbuka kepada individu yang mempunyai masalah penagihan dadah atau penyalahgunaan bahan, termasuk bahan seperti ketum dan bahan hidu seperti gam.

Jika anda mengesyaki anak, ahli keluarga atau individu yang anda kenali terlibat dengan penyalahgunaan dadah, dapatkan bantuan awal. AADK menyediakan khidmat nasihat, saringan dan ujian penilaian penagihan dadah secara percuma di pejabat AADK berhampiran anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



18/04/2026
18/04/2026
18/04/2026

Jangan lupa memberi kerana tangan yang
hulur lebih baik dari tangan yang menerima.
Tangan yang kita hulur itu bukan sahaja
dapat menyelamatkan orang lain, tapi juga
menyembuhkan hati kita sendiri.

Dalam dunia yang penuh ego dan
mementingkan diri, menjadi insan yang
memberi bermakna kita memilih untuk
peduli, untuk mengasihi, dan untuk
meninggalkan jejak kebaikan. Sebab pada
akhirnya, kebaikan yang ikhlas sentiasa
kembali, kadang-kadang lebih dari yang kita jangka.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



18/04/2026
[INFO PENCEGAHAN & INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH | AADK SEGAMAT] BERSAMA MENCEGAH DEMI MASA DEPAN! 🛡️​Panggilan buat ...
17/04/2026

[INFO PENCEGAHAN & INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH | AADK SEGAMAT]

BERSAMA MENCEGAH DEMI MASA DEPAN! 🛡️

​Panggilan buat semua peserta terpilih bagi Program Siswa Aktif Gagasan Aspirasi. Jom kita tunjukkan solidariti siswa KKS2 dalam membanteras ancaman dadah dan membina aspirasi masa depan yang lebih gemilang.

​📍 Dewan Sri Gemilang, Kolej Komuniti Segamat 2
🕗 8:00 Pagi - 2:00 Petang

​Jumpa di sana esok! Huahuahua! 😜
•••••••••••••••••••••••••••••••
OneTEAM Medsoc Selatan
"Berinformasi, Inovatif & Kreatif”
•••••••••••••••••••••••••••••••
Lebih baik cegah
Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama.

Hubungi talian hotline AADK
1800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233
(untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.)
Layari https://www.aadk.gov.my
(ketahui perkhidmatan AADK.)

Kempen 1Juta Ahli SKUAD Antidadah





[INFO PENCEGAHAN & INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH | AADK SEGAMAT] AADK SEGAMAT SEMARAKKAN MINGGU ANTI DARVIH DI SK SEG...
16/04/2026

[INFO PENCEGAHAN & INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH | AADK SEGAMAT]

AADK SEGAMAT SEMARAKKAN MINGGU ANTI DARVIH DI SK SEGAMAT BARU

​Segamat Baru, 14 April 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Segamat terus memperkasakan agenda pencegahan di peringkat sekolah melalui Program Pameran dan Ceramah sempena Minggu Anti DARVIH (Dadah, Rokok, V**e, Inhalan dan HIV) peringkat SK Segamat Baru.

​Program yang berlangsung di Dewan Darussalam itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai ancaman bahan terlarang yang boleh merosakkan masa depan seawal usia bangku sekolah. program berjalan lancar dengan kerjasama erat daripada barisan pengurusan sekolah.

​Sesi pengisian dimulakan dengan slot ceramah kesedaran yang disampaikan oleh Encik Mohamad Irfan Fikri Bin Ab Shatar. Dalam ceramah tersebut, dia menekankan kepentingan murid-murid untuk mempunyai jati diri yang kuat bagi menolak pelbagai pengaruh negatif, khususnya trend penggunaan v**e dan inhalan yang kian membimbangkan dalam kalangan pelajar.

​Sejurus selepas itu, murid berpeluang melihat sendiri pameran pendidikan yang dikendalikan oleh Cik Nur Asyikin Binti Abdul Aziz. Pameran tersebut mempamerkan pelbagai bahan visual, replika kesan sampingan dadah terhadap tubuh badan, serta risalah maklumat mengenai bahaya HIV dan bahan sedutan (inhalan).

​Pihak sekolah melalui jawatankuasa pengurusan PPDA menzahirkan penghargaan kepada AADK Segamat atas komitmen membantu pihak sekolah membendung musuh nombor satu negara ini daripada menular dalam kalangan warga sekolah. Kerjasama ini membuktikan bahawa kefahaman murid terhadap musuh negara perlu dipupuk secara konsisten melalui interaksi langsung dengan agensi pakar.

​Program ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah pencegahan AADK Segamat dalam usaha melahirkan 'Sekolah Bebas Dadah' dan menyokong aspirasi Malaysia Madani untuk melahirkan generasi yang sihat secara fizikal dan mental.
•••••••••••••••••••••••••••••••
OneTEAM Medsoc Selatan
"Berinformasi, Inovatif & Kreatif”
•••••••••••••••••••••••••••••••
Lebih baik cegah
Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama.

Hubungi talian hotline AADK
1800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233
(untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.)
Layari https://www.aadk.gov.my
(ketahui perkhidmatan AADK.)

Kempen 1Juta Ahli SKUAD Antidadah





16/04/2026

🚨 ANDA TIDAK KESEORANGAN 🚨

Penyalahgunaan dadah bukan berlaku secara tiba-tiba.
Ia bermula dengan rasa ingin tahu… tekanan… dan akhirnya menjadi kebiasaan.

Sebab itu usaha kesedaran perlu diperkukuhkan 💪

Melalui kerjasama strategik antara pelbagai pihak termasuk AADK dan rakan komuniti seperti PJNM, mesej pencegahan kini diperluaskan ke sekolah dan masyarakat agar lebih ramai peka dan cakna.

📌 Kenali tanda-tanda awal:
✔️ Perubahan fizikal
✔️ Perubahan tingkah laku
✔️ Perubahan emosi

Kerana dari tanda kecil, kita mampu bertindak lebih awal.

💬 Ingat:
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Ambil peduli, hulurkan bantuan, dan jangan biarkan mereka terjebak.

🤝 Bersama kita bina komuniti bebas dadah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



16/04/2026

Tinggalkan bahan terlarang bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk orang tersayang 💚
Setiap pilihan yang dibuat hari ini beri kesan pada keluarga yang sentiasa ada, ibu, ayah, adik, dan rakan-rakan yang peduli.

Ambil peluang untuk berubah, cari sokongan daripada mereka yang memahami, dan percayalah bahawa pulih itu mungkin. Perubahan hari ini boleh membawa masa depan yang lebih ceria, sihat, dan positif ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



16/04/2026

KEBAHAYAAN TERPENDAM: DADAH PEMBUNUH NEGARA

Dalam diam… ancaman semakin dekat.
Bukan hanya di jalanan, tetapi juga di hujung jari anak-anak kita. 📱

Dunia siber yang tanpa batas boleh menjadi pintu kepada pengaruh negatif termasuk penyalahgunaan dadah dan bahan. Tanpa pemantauan, anak-anak mudah terdedah kepada perkara yang merosakkan masa depan mereka.

👩‍👧 Sebagai ibu bapa dan penjaga:
✔️ Ambil tahu aktiviti dalam talian anak-anak
✔️ Luangkan masa berkomunikasi dan mendengar
✔️ Didik mereka tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan
✔️ Jadi pelindung sebelum mereka terjebak

💬 Ingat, pencegahan bermula dari rumah.
Kasih sayang dan perhatian adalah benteng utama.

🚫 Katakan TIDAK kepada dadah
💪 Bersama kita lindungi generasi masa depan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



Address

JKR 30, Jalan Awang
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 02:30 - 12:15
14:30 - 17:00

Telephone

+6079316822

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Segamat:

Share