Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Ringan Ternakan Dan Haiwan Kesayangan

Waktu Klinik Rawatan

Ahad : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Rabu : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

13/06/2026
Kursus Permanian Beradas: Satu Suntikan; Baka JutawanTarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)Lokasi:Dewan Serbaguna Kampung Balai B...
12/06/2026

Kursus Permanian Beradas: Satu Suntikan; Baka Jutawan

Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)

Lokasi:
Dewan Serbaguna Kampung Balai Badang (Teori)
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Balai Badang.

Jangan lepaskan peluang!!!

PERMOHONAN ADALAH TERHAD!!!

Keutamaan kepada penternak Daerah Segamat

10/06/2026
30/05/2026
29/05/2026

📢 PESANAN PENGARAH
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ)

JOHOR BAHRU : Dr. Jamaliah binti Senawi, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor meminta orang ramai agar melaksanakan ibadah korban hanya di Rumah Sembelih Kerajaan/ Rumah Sembelih Swasta Berlesen/ Rumah Sembelih Kebenaran Negeri/ Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) yang diluluskan atau Masjid dan Surau yg dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Pelaksanaan korban di tempat yang sah bukan sahaja memastikan kebersihan dan keselamatan daging terjamin, malah memastikan aspek keselamatan pengendali dan orang awam serta mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.

Proses sembelihan yang dikendalikan secara terkawal dan bertauliah juga dapat memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan lebih sempurna, selamat dan teratur.

✨ “Korban adalah ibadah dan tanggungjawab kita bersama.”

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan diterima Allah SWT. 🤍

“Veterinar Kompeten, Masyakat Sejahtera”

✨🌙🐄🐪🐑🐐Alhamdulillah, selesai sudah pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem sepanjang pelaksanaan ibadah korban bagi tahu...
29/05/2026

✨🌙🐄🐪🐑🐐Alhamdulillah, selesai sudah pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem sepanjang pelaksanaan ibadah korban bagi tahun 2026 di daerah Segamat.
Bagi memastikan kelancaran program, sebanyak empat buah pasukan pemeriksaan telah digerakkan secara menyeluruh bagi memantau premis-premis berikut:

1. 16 buah Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS).
2. 1 buah Rumah Sembelih di bawah kebenaran Negeri.
3. 2 buah Rumah Sembelih Swasta berlesen yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
4. 12 buah masjid dan 6 buah surau yang telah mendapat kelulusan Pejabat Kadi Daerah Segamat.

🛑Fokus Utama Pemeriksaan
Sepanjang operasi ini, aspek utama yang diberi penekanan jitu merangkumi:

1. Kebajikan haiwan yang terjaga.
2. Keselamatan dan kebersihan makanan yang terjamin.
3. Kawalan pencemaran alam sekitar yang berkesan.

Setinggi-tinggi syabas diucapkan kerana kesemua PKSS, rumah sembelih negeri, dan rumah sembelih swasta didapati mematuhi sepenuhnya peraturan serta spesifikasi yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan pihak pengurusan masjid dan surau yang berjaya menepati syarat ketat daripada Pejabat Kadi Daerah. Kepatuhan ini amat kritikal bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Sehubungan dengan itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan untuk melakukan aktiviti sembelihan di tempat-tempat yang telah diluluskan bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya terjadi.

Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

Semua anggota pasukan yang komited dan bertungkus-lumus bergerak di lapangan sepanjang tempoh pemeriksaan.Agensi dan pihak terlibat atas kerjasama erat yang diberikan.Seluruh masyarakat yang semakin cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan ibadah sembelihan dilaksanakan secara sistematik dan selamat.

Semoga semangat pengorbanan ini mendidik jiwa kita untuk sentiasa ikhlas, peduli sesama insan, dan memacu kecemerlangan dalam tugas seharian.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami seluruh warga Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat! 🕋✨

“Veterinar Kompeten Masyarakat Sejahtera”

21/05/2026

📢 HEBAHAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jabatan menjemput orang ramai untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan melalui imbasan kod QR yang disediakan.

Maklum balas dan pandangan anda amat penting dalam membantu kami menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih 😊



01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja di Malaysia, khususnya kepada warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Di sebalik setiap tugas yang dilaksanakan, ada usaha yang tidak terlihat.

Di sebalik setiap kejayaan, ada komitmen dan pengorbanan yang tidak pernah disebut.

Terima kasih kepada semua yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sentiasa terpelihara.

Tema tahun ini, “Pekerja Kesuma Bangsa”, menggambarkan betapa pentingnya peranan setiap individu sebagai tunjang kekuatan negara.

Semoga segala usaha kita terus diberkati dan menjadi inspirasi untuk melangkah lebih jauh ke arah kecemerlangan bersama.

Ikhlas daripada
Pengarah serta seluruh warga kerja
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

Address

Jalan Awang
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079312131

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat:

Share