Hospital Segamat

Hospital Segamat Hospital Segamat, Hospital Berprestij Tinggi Mesra Di Hati Hospital Segamat,
KM 6, Jalan Genuang,
85000 Segamat,
Johor Darul Ta'zim. No. Tel : 07-943 3333
No.
(290)

Fax : 07-943 4641
Email : [email protected]
Website : https://jknjohor.moh.gov.my/hsegamat/

28/08/2026
PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood WarriorsAnda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tang...
27/08/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 2.00 pm
📍 Lokasi: U Sentral Segamat
🤝 Anjuran: Lion Club of Segamat Jaya & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat

🗺️ Pautan Lokasi: https://maps.app.goo.gl/ePBVP4WpZYMkevrN9

Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَل...
24/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

MAKSUDNYA: “SESUNGGUHNYA BARANGSIAPA YANG BERSELAWAT KE ATASKU DENGAN SATU SELAWAT, MAKA ALLAH SWT AKAN BERSELAWAT KE ATASNYA DENGAN SEPULUH SELAWAT.”

[RIWAYAT MUSLIM (384)]

Mari kita basahi lidah dengan selawat dan menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga akhlak dan ajaran baginda sentiasa menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. 🤍

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎,
𝑃𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 & 𝑆𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ 𝑊𝑎𝑟𝑔𝑎 𝐾𝑒𝑟𝑗𝑎 𝐻𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑆𝑒𝑔𝑎𝑚𝑎𝑡






PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood WarriorsAnda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tang...
24/08/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.30 pm
📍 Lokasi: Segamat Central
🤝 Anjuran: Segamat Central & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat

🗺️ Pautan Lokasi: https://maps.app.goo.gl/ebqynTAxpDqh7ZUC7

Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








24/08/2026

[𝐒𝐚𝐟𝐞 𝐒𝐮𝐫𝐠𝐞𝐫𝐲 𝐒𝐚𝐯𝐞𝐬 𝐋𝐢𝐯𝐞𝐬 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐞 𝐋𝐞𝐯𝐞𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔]

Safe Surgery Saves Lives Seminar Committee proudly presents our seminar with the theme “𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐙𝐞𝐫𝐨 𝐏𝐫𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐇𝐚𝐫𝐦”
which will be held on :

𝐃𝐚𝐭𝐞 : 𝟐𝟕 𝐀𝐮𝐠𝐮𝐬𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐓𝐢𝐦𝐞 : 𝟖.𝟎𝟎 𝐚𝐦 - 𝟓.𝟎𝟎 𝐩𝐦
𝐕𝐞𝐧𝐮𝐞 : 𝐕𝐈𝐏 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭

Location of VIP Hotel :
https://www.google.com/maps/place/VIP+HOTEL/@2.5237422,102.803294,17z/data=!4m9!3m8!1s0x31cfd2d2b50d3f15:0xe54b34ab531f9263!5m2!4m1!1i2!8m2!3d2.5237368!4d102.8058689!16s%2Fg%2F1tggl47j?entry=ttu&g_ep=EgoyMDI2MDgxMi4wIKXMDSoASAFQAw%3D%3D

See you there!

𝑆𝑒𝑐𝑟𝑒𝑡𝑎𝑟𝑖𝑎𝑡
𝑆𝑎𝑓𝑒 𝑆𝑢𝑟𝑔𝑒𝑟𝑦 𝑆𝑎𝑣𝑒𝑠 𝐿𝑖𝑣𝑒𝑠 𝑆𝑒𝑚𝑖𝑛𝑎𝑟
𝐽𝑜ℎ𝑜𝑟 𝑆𝑡𝑎𝑡𝑒 𝐿𝑒𝑣𝑒𝑙 2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄𝐓𝐎𝐏 𝐄𝐗𝐄𝐑𝐂𝐈𝐒𝐄 (𝐓𝐓𝐗) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓 20 Ogos 2026, Khamis - Jabatan Kecemasan dan Trauma H...
24/08/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄𝐓𝐎𝐏 𝐄𝐗𝐄𝐑𝐂𝐈𝐒𝐄 (𝐓𝐓𝐗) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓

20 Ogos 2026, Khamis - Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Segamat telah menganjurkan Latihan Bencana Tabletop Exercise (TTX) Hospital Segamat bertempat di Dewan Perdana.

Tujuan utama kursus Latihan Tabletop Bencana Luaran di Hospital Segamat adalah:
• Meningkatkan kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi situasi bencana luaran.
• Menguji koordinasi dan komunikasi antara pasukan kesihatan, pengurusan hospital, serta agensi berkaitan.
• Menilai keberkesanan pelan tindak balas bencana yang sedia ada dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.
• Melatih staf hospital supaya lebih bersedia, cekap, dan pantas bertindak semasa kecemasan sebenar berlaku.

Turut hadir juga 3 injector dari luar iaitu Dr Ahmad Abdul Basitz bin Ahmad Fatan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Dr Che Ros Bin Abdullah, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Dr Ahmad Nadhir bin Iskandar, Pakar Kecemasan, Hospital Sultanah Fatimah, Muar.

Hospital Segamat akan terus komited dalam melaksanakan sesi-sesi persediaan seperti ini sebagai sebahagian daripada pendekatan sistematik bagi menjamin keselamatan, kelangsungan operasi dan kualiti perkhidmatan dalam apa jua keadaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.





KEMPEN KESEDARAN DERMA ORGAN 2026: PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN (ONLINE)Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI,Semp...
21/08/2026

KEMPEN KESEDARAN DERMA ORGAN 2026: PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN (ONLINE)

Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI,
Sempena Kempen Kesedaran Derma Organ 2026 yang akan berlangsung sepanjang bulan Ogos hingga September ini, Hospital Segamat berbesar hati menjemput anak-anak dan para remaja untuk menyertai Pertandingan Mewarna Atas Talian (Online)! 🌟
Mari bersama-sama memupuk kesedaran mengenai kepentingan derma organ di samping mencungkil bakat seni yang kreatif!
______________
🗓️ MAKLUMAT PERTANDINGAN
• Tarikh Pertandingan: 20 Ogos 2026 sehingga 7 September 2026
• Tarikh Pengumuman Pemenang: 10 September 2026
• Yuran Penyertaan: PERCUMA (Terbuka kepada semua yang layak)
• Hadiah: Hadiah Menarik disediakan!
______________
👥 KATEGORI PENYERTAAN
• Kategori A: Berumur 2 hingga 6 tahun
• Kategori B: Berumur 7 hingga 12 tahun
• Kategori C: Berumur 12 hingga 18 tahun
______________
📝 CARA PENYERTAAN (3 LANGKAH MUDAH)
1. Muat Turun (Download): Dapatkan gambar lukisan pertandingan yang disediakan di ruangan muat turun di Facebook Hospital Segamat.
Kategori A: https://kommodo.ai/i/knkkpiBmc4daPWBSFVou
Kategori B: https://kommodo.ai/i/TIlaLUUXQ4gCO5vk9pWt
Kategori C: https://kommodo.ai/i/e7NaUk59QlXbHz4JGwbQ
2. Warnakan dengan Kreatif: Ambil gambar hasil karya yang telah siap dengan pencahayaan yang jelas.
3. Imbas & Hantar (Upload): Imbas (scan) kod QR yang terdapat pada kertas mewarna tersebut dan muat naik hasil karya anda atau klik sini: https://forms.gle/8K33PLQ8NJKNX6Dy7
______________
📋 TERMA & SYARAT PENYERTAAN
Untuk memastikan pertandingan berjalan dengan lancar dan adil, sila rujuk syarat-syarat berikut:
1. Terbuka kepada semua warganegara sekitar Kawasan Segamat mengikut kategori umur yang telah ditetapkan setakat tahun 2026.
2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) hasil karya sahaja.
3. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis media mewarna kering atau basah (seperti pensel warna, krayon, warna air, atau pastel). Walau bagaimanapun, penggunaan perisian digital (digital coloring) adalah dilarang sama sekali.
4. Hasil mewarna mestilah merupakan hasil kerja tangan asli peserta sendiri tanpa bantuan atau sentuhan daripada orang dewasa.
5. Semua penyertaan mestilah dimuat naik selewat-lewatnya pada 7 September 2026. Sebarang penghantaran selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7. Pihak penganjur berhak menyimpan dan menggunakan semua hasil karya yang dihantar bagi tujuan promosi kempen kesedaran derma organ di media sosial atau pameran rasmi.
______________
Jom muat turun kertas mewarna anda sekarang dan tunjukkan bakat kreatif anda! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik serta membawa pulang sijil penyertaan.
"Satu Ikrar, Sejuta Harapan." ❤️
Sebarang maklumat lanjut, sila ikuti kami di:
📱 Facebook: Segamat | Organ Segamat







KEMPEN KESEDARAN DERMA ORGAN HOSPITAL SEGAMAT❤️ Satu Ikrar, Sejuta Harapan! ❤️Satu tindakan kecil anda mampu memberi sej...
21/08/2026

KEMPEN KESEDARAN DERMA ORGAN HOSPITAL SEGAMAT

❤️ Satu Ikrar, Sejuta Harapan! ❤️

Satu tindakan kecil anda mampu memberi sejuta harapan untuk mereka yang memerlukan. Ayuh sertai Kempen Kesedaran Derma Organ Hospital Segamat! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda secara online dan fizikal:

🎨 Pertandingan Mewarna Online (Mulai 20 Ogos)
🧠 Teka-Teki & Kuiz Online (7–9 September)
🩸 Program Derma Darah (10 Sept | 9.00 AM - 2.00 PM | Dewan Perdana, Hospital Segamat)
🏥 Booth & Pameran Kesihatan (10 Sept | 9.00 AM - 2.00 PM | Dewan Perdana, Hospital Segamat)
🗣️ Seminar Umum Derma Organ (10 Sept | 11.00 AM - 2.00 PM | Dewan Perdana, Hospital Segamat)

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan berbakti kepada masyarakat! Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Hospital Segamat atau Derma Organ Segamat. Jumpa anda di sana!







PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood WarriorsAnda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tang...
21/08/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 23 Ogos 2026 (Jumaat)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.30 pm
📍 Lokasi: Segamat Central
🤝 Anjuran: Persatuan Keturunan Ong Segamat Johor, Segamat Central & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat

🗺️ Pautan Lokasi: https://maps.app.goo.gl/ebqynTAxpDqh7ZUC7

Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








🏆✨ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 HOSPITAL SEGAMAT ✨🏆Setitis budi yang dicurahkan, sejuta k...
21/08/2026

🏆✨ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 HOSPITAL SEGAMAT ✨🏆

Setitis budi yang dicurahkan, sejuta kebaikan yang dirasai. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga Hospital Segamat yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Di saat tugas perubatan menuntut pengorbanan masa, tenaga, dan ketahanan jiwa yang jitu, anda hadir sebagai wadah harapan dan sinar kesembuhan bagi para pesakit. Sikap tidak pernah lelah, kecekapan dalam krisis, serta sentuhan kasih sayang yang dihulurkan di ruang legar dan wad hospital ini adalah permata nilai yang tidak ternilai harganya.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas usaha, kesungguhan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Dedikasi dan komitmen yang berterusan menjadi tunjang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, cekap dan berintegriti.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Segamat.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Hospital Segamat





Address

KM 6, Jalan Genuang
Segamat
85000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Segamat:

Shortcuts

Share