FELDA Wilayah Segamat - RASMI

FELDA Wilayah Segamat - RASMI FELDA Wilayah Segamat

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 01 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengurusan dan warga FELDA Segamat.




SELAMAT DATANG WARGA SEGAMAT YANG BAHARUWarga FELDA Wilayah Segamat mengucapkan selamat datang dan berbesar hati menerim...
22/05/2026

SELAMAT DATANG WARGA SEGAMAT YANG BAHARU

Warga FELDA Wilayah Segamat mengucapkan selamat datang dan berbesar hati menerima kehadiran Penolong Pegawai Tadbir yang baharu, Puan Nor Hafizah binti Ismail. Semoga kehadiran puan dapat memberi manfaat dan membawa kejayaan kepada warga FELDA Wilayah Segamat.

Semoga warga Segamat dapat membina kerjasama yang positif serta berterusan demi kejayaan .



Program Field Day UPDTarikh: 20 Mei 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang t...
21/05/2026

Program Field Day UPD
Tarikh: 20 Mei 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Field Day UPD di Palong Timur 2 anjuran FPMSB Wilayah Segamat.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Wilayah Segamat, Amyrul Hanafi Ahmad Halim bersama Pengawal Operasi FPMSB Wilayah, Tengku Habul serta Pegawai Pertanian FELDA Muhamad Faiz Jamburi. Kehadiran dan sokongan pihak pengurusan amat dihargai dalam memperkukuhkan usaha pengawalan penyakit UPD di rancangan FELDA Wilayah Segamat.

Ribuan terima kasih turut dirakamkan kepada semua 40 peserta yang terdiri dalama kalangan Pengawal Ladang FPMSB serta Ketua-Ketua Zon FELDA Wilayah Segamat yang telah memberikan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.

Penghargaan khas juga diberikan kepada wakil pembekal iaitu Sufian Ariffin daripada GPlanter dan Dr Hamid daripada Kenso atas perkongsian ilmu serta demonstrasi penggunaan racun RA’IN (Acephate) dan Widex (Tiafencil) bagi kawalan UPD dan rumput secara lebih berkesan di ladang.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam meningkatkan pengetahuan teknikal, memperkukuh kerjasama strategik antara FELDA, FPMSB dan pihak industri serta membantu meningkatkan produktiviti ladang secara mampan.

SELAMAT DATANG WARGA SEGAMAT YANG BAHARUWarga FELDA Wilayah Segamat mengucapkan selamat datang dan berbesar hati menerim...
19/05/2026

SELAMAT DATANG WARGA SEGAMAT YANG BAHARU

Warga FELDA Wilayah Segamat mengucapkan selamat datang dan berbesar hati menerima kehadiran Pengurus Rancangan baharu, Encik Abdul Rasyeed bin Mahat dan Encik Safiee bin Kasmin. Semoga kehadiran tuan dapat memberi manfaat dan membawa kejayaan kepada masyarakat di rancangan serta FELDA Wilayah Segamat.

Semoga warga Segamat dapat membina kerjasama yang positif serta berterusan demi kejayaan .



PEMASHOR X FELDA Releaf InitiativeAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghar...
18/05/2026

PEMASHOR X FELDA Releaf Initiative

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program koloborasi Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (PEMASHOR UM) dan FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan pada 18 Mei 2026 bertempat di Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Ucapan penghargaan khusus ditujukan kepada Yang Berhormat Jefridin bin Atan , Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, atas kesudian merasmikan program ini serta memberikan sokongan padu terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem paya bakau di negeri Johor.

Turut hadir, YBrs En. Razuwan Che Rose, selaku Pengarah Jabatan Operasi Perladangan (Menanggung Tugas Timbalan Pengarah Besar Perladangan), Pengarah Jabatan Tanam Semula, YBrs En. Md Zulkifli Md Na'am dan juga Timbalan Yang Dipertua 1, Persatuan Mahasiswa Johor, YBrs Pn. Nuraliah Zafirah Faisal.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada seluruh peserta, urus setia, rakan strategik serta sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung, termasuk penanaman anak pokok bakau, penyemaian benih bakau serta aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar paya bakau. Komitmen dan semangat kerjasama yang ditunjukkan mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan memelihara khazanah alam semula jadi demi kesejahteraan generasi akan datang.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif hijau dan budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan komuniti serta terus memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.



πŸƒβ€β™‚οΈπŸ”₯ FUN RUN D’SAWIT 2026 πŸ”₯πŸƒβ€β™€οΈJangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada event paling meriah & happening t...
12/05/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸ”₯ FUN RUN D’SAWIT 2026 πŸ”₯πŸƒβ€β™€οΈ

Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada event paling meriah & happening tahun ini! 🌴
Sama ada anda pelari tegar atau sekadar nak enjoy bersama keluarga & kawan-kawan inilah masanya!

*πŸ“… Tarikh: 12 JULAI 2026 (AHAD)*
*⏰ Masa: 7:30 PAGI*
*πŸ“ Tempat: Padang Kg Bukit Bulat, FELDA Tun Ghafar Machap*

πŸ’° Yuran Penyertaan:
πŸƒβ€β™‚οΈ 8KM – RM60
πŸƒβ€β™€οΈ 5KM – RM50

Dengan yuran yang sangat berpatutan, anda bakal dapat pengalaman larian yang menyeronokkan serta pelbagai manfaat menarik! πŸ’ͺ

🎁 CABUTAN BERTUAH MENARIK MENANTI ANDA!
Bukan biasa-biasa… banyak hadiah hebat disediakan seperti barangan elektrik, peralatan rumah, dan pelbagai lagi kejutan!
Lari pun dapat, rezeki pun ada siapa tahu anda yang bertuah? 😍

✨ Sesuai untuk semua peringkat umur.
✨ Aktiviti sihat bersama komuniti.
✨ Suasana kampung yang unik serta persekitaran kebun yang mendamaikan.

⚑ Tempat adalah TERHAD!
Jangan tunggu saat akhir, ajak kawan-kawan, keluarga dan geng anda sekali!

πŸ‘‰ Daftar sekarang:
https://toyyibpay.com/RUNDSAWIT2026-1

πŸ”₯ Jangan sekadar tengok… jom turun padang & cipta kenangan bersama!




RUNDSAWIT2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS!!! kepada FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA kerana telah disenaraikan finalis Anugerah Ke...
12/05/2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS!!! kepada FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA kerana telah disenaraikan finalis Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) 2026 bagi mewakili FELDA Wilayah Segamat.


@

*Permohonan Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara JDT vs KUCHING CITY FC*Assalammualaikum W.B.T dan Salam Maju...
11/05/2026

*Permohonan Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara JDT vs KUCHING CITY FC*

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Maju Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa Felda Wilayah Johor bahru Dan Felda Wilayah Segamat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor mempelawa dan menawarkan kategori berikut untuk memohon tiket bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025/2026 antara pasukan JDT menentang Kuching City FC :

1. Warga FELDA Wilayah Johor bahru.
2. Warga FELDA wilayah Segamat.
3. Anak - anak Felda Negeri Johor yg berada di perantauan.
4. Anak Johor bukan warga Felda yg berada di perantauan.

Butiran perlawanan akhir adalah seperti berikut :-

- Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
- Masa: 8.00 malam
- Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut, anda perlu mengisi Google Form sebagaimana pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeFVyz8z9j1LbmmDZEKnyJiazpH5VjCPKgyDKwtPkQyF7i8og/viewform?usp=publish-editor

*Tiket adalah PERCUMA* (Tertakluk pada syarat-syarat di bawah), dan boleh diambil sebagaimana ketetapan berikut:

*Lokasi Pengambilan Tiket πŸ˜—
*1) Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru*
*2) Pejabat FELDA Wilayah Segamat*
*3) Menara FELDA*

*TARIKH TUTUP permohonan tiket pada 20 Mei 2026 jam 2 ptg*

*TARIKH PENGAMBILAN TIKET*

*Warga FELDA Wilayah Johor Bahru*

Collect tiket Di Pej Felda Wilayah Johor Bahru
9.00 pg - 5.00 ptg
21hb mei 2026

En. Muhamad Norekmal Hakim bin M Aini (019-7132338)

*Warga FELDA Wilayah Segamat*

Collect tiket Di Pej Felda Wilayah Segamat
9.00 pg - 5.00 ptg
21hb mei 2026

Pn. Rafidah binti Najib (019-2832817)

*Kakitangan Kumpulan FELDA HQ berasal Dari Johor.*
Collect tiket Di Menara FELDA
Bermula 9.00 pg - 5.00 ptg
21hb - 22hb mei 2026

En Asraf bin Shofhai
Jab Kewangan FELDA, Tingkat 39 (019-7078717)

Pn Siti Mariam
Jab Perladangan, Tingkat 36 (013-3181206)

*Anak FELDA Perantau Dan anak Johor bukan FELDA diperantauan menetap di Lembah Klang/KL Dan kawasan sekitar*
Bermula 12 tghari - 7 ptg
21hb - 22hb mei 2026

Collection tiket di Menara FELDA - GLORIA Cafe

1. Mohd Nassri bin Masuruni
017-2082897

1. Salmeza bt Salih@Salleh
018-3188830

*LUASKAN KUASAMU JDT !!!*

Sekian, terima kasih.

Syarat tawaran:

A. Tiket ini khusus untuk :

1. Warga FELDA Wilayah Johor Bahru
2. Warga FELDA Wilayah Segamat
3. Anak-anak FELDA negeri Johor yang berada di perantauan
4. Anak Johor bukan warga FELDA yang berada di perantauan.
5. Tiket adalah TERHAD, dan akan diberikan kepada pemohon yang terawal yang mengisi pautan borang lengkap sahaja.
6. Tiket perlu diambil sendiri oleh pemohon atau wakil pemohon yang sah pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan di atas.
7. Tiada pengangkutan disediakan
8. Siapa cepat dia dapat

Terimakasih.

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Maju Johor, Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru dan Pejabat FELDA Wilayah Segamat melalui Kerajaan Negeri Johor mempelawa dan menawarkan kategori berikut memohon tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/2026 antara pasukan JDT menentang Pa...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ...
04/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dan Inovasi FELDA Wilayah Segamat pada 30 April 2026 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat FELDA Wilayah Segamat dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, pihak FELDA Wilayah Segamat - RASMI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kumpulan peserta KIK dan inovasi yang telah menyertai pertandingan ini dengan penuh semangat, kreativiti dan komitmen tinggi. Idea-idea inovatif yang diketengahkan bukan sahaja mencerminkan budaya kerja cemerlang, malah mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan produktiviti organisasi.

Anugerah Inovasi
Tempat Pertama - Forge X
Tempat Kedua - E-hasil
Tempat Ketiga - Trio Wheel

Anugerah KIK
Tempat Pertama - E-chit
Tempat Kedua - Smart Filing System
Tempat Ketiga - Siren Penghalau Gajah

TERIMA KASIHSetiap pertemuan pasti ada perpisahan.Selamat maju jaya kepada Pegawai Pertanian, En Shahrul Afandi bin Mohd...
28/04/2026

TERIMA KASIH

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Selamat maju jaya kepada Pegawai Pertanian, En Shahrul Afandi bin Mohd Ghazali, yang berpindah ke tempat baharu.

Warga FELDA Wilayah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di FELDA Wilayah Segamat.





Address

KM 5, Jalan GENUANG
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079432410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Wilayah Segamat - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share