09/04/2026
PEMBAYARAN UPAH
Tempoh upah:
1) Majikan hendaklah menetapkan tempoh upah dalam kontrak perkhidmatan. Tempoh upah yang ditetapkan tidak boleh melebihi satu bulan.
2) Jika kontrak perkhidmatan tidak menyatakan tempoh upah, maka tempoh upah tersebut dianggap sebagai satu bulan.
Pengiraan upah bagi bulan bekerja yang tidak lengkap:
Situasi kerja tidak penuh adalah:
1) Mula bekerja selepas hari pertama dalam bulan tersebut.
2) Berhenti kerja sebelum akhir bulan / penamatan perkhidmatan.
3) Tidak hadir bekerja atau mengambil cuti tanpa gaji.
4) Mengambil cuti di bawah Akta 425, Akta 628 atau undang-undang berkaitan Perkhidmatan Negara.
Masa pembayaran upah:
1) Majikan hendaklah membayar upah pekerja (selepas potongan yang dibenarkan) tidak lewat daripada hari ke-7 selepas berakhirnya tempoh upah.
Contoh: Tempoh upah: 26 Februari – 25 Mac ⟶ Tarikh akhir bayaran: 1 April
2) Upah bagi kerja lebih masa, kerja pada hari rehat atau hari kelepasan am hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir tempoh upah berikutnya.
Contoh: - tempoh upah 26 Februari – 25 Mac ⟶ dibayar tidak lewat daripada 25 April.
Pembayaran atas penamatan biasa kontrak:
Upah pekerja hendaklah dibayar pada hari terakhir kontrak tamat dalam keadaan berikut:
1) Kontrak bertempoh telah tamat; atau
2) Kontrak perkhidmatan ditamatkan dengan notis.