12/06/2026
๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฃ๐๐๐๐ง๐ข, ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฃ
Pertandingan Pidato Piala YB Yunes โAspirasi Generasi MADANIโ berjaya dianjurkan buat julung kalinya di Segamat Central Shopping Mall dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan Segamat Central Mall selaku rakan strategik.
Program ini menghimpunkan 26 pemidato daripada sekolah-sekolah menengah daerah Segamat, melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dengan penyampaian pidato berkisarkan perpaduan, nilai Malaysia MADANI dan masa depan negara.
YB Yuneswaran Ramaraj, Ahli Parlimen Segamat merangkap Timbalan Menteri Perpaduan Negara, menzahirkan rasa kagum terhadap bakat pemidato muda Segamat yang tampil yakin, berilmu dan mampu menyampaikan hujah dengan baik di atas pentas.
Tahniah kepada lima pemidato terbaik:
1. Nurul Herlysha binti Taha โ SMK Dato Bentara Dalam
Tempat Pertama โ RM500, piala dan sijil
2. Nur Damia Azzahra โ SMK Labis
Tempat Kedua โ RM400, piala dan sijil
3. Afif Zufayri bin Nazarudin โ SMK Kamarul Ariffin
Tempat Ketiga โ RM300, piala dan sijil
4. Muhammad Adam bin Akbarali โ SMK Tinggi Segamat
Tempat Keempat โ RM200, piala dan sijil
5. Nur Aina Huda binti Azhar โ SMA Al Khairiah
Tempat Kelima โ RM100, piala dan sijil
Sebagai penghargaan, YB Yuneswaran turut mengumumkan sumbangan RM100 kepada semua 26 pemidato serta bengkel kepimpinan dua hari satu malam dengan tajaan penuh bagi memantapkan bakat, keyakinan dan potensi kepimpinan mereka.
Penghargaan turut dirakamkan kepada barisan juri pertandingan iaitu Ketua Juri, En. Johari bin Marsan, Guru Besar SK Melayu Raya; Pn. Nurhashila binti Shukree, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Batu Pahat; dan En. Ismadi Mohd Arsad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Segamat.
Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, khususnya wakil Yang Berusaha En. Rosli bin Puteh, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, atas kerjasama menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan juga kepada Segamat Central Mall selaku rakan strategik, serta wakilnya En. Firdaus Fahmize bin Omar, Marketing Executive, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Terima kasih kepada para guru, ibu bapa, pelajar, urus setia dan semua pihak yang menjayakan program ini.
Anak Segamat ada bakat. Tugas kita ialah membuka ruang untuk mereka menyerlah.