Pejabat FELDA Pemanis 02

Pejabat FELDA Pemanis 02 Facebook Rasmi Pejabat FELDA Pemanis 02 Segamat

MAKLUMAT RANCANGAN & LADANG FELDA PEMANIS 02


Nama Rancangan: FELDA Pemanis 02
Lokasi Rancangan: Mukim Jabi, Daerah Segamat
Pengurus: Mohd Fiqrul Amerullah bin Baharudin
Urustadbir Ladang: 100% FELDA Urus
Jarak Rancangan ke Pejabat Wilayah: 33KM
Jarak Rancangan ke Menara FELDA: 219KM
Jarak Rancangan ke Bandar Segamat: 28KM

Lot Peneroka PKT 001 (Blok 1 hingga 11)
Tahun Pembangunan: 1977-1978 (Get

ah)
Tanam Semula: Jun 2011 (Sawit)
Luas: 1008.87 Hektar
Mula Berhasil: 2015

Lot Peneroka PKT 002 (Blok 12, 13, 14, 15 & 17)
Tahun Pembangunan: 1978-1979 (Getah)
Tanam Semula: April 2014 (Sawit)
Luas: 510.29 Hektar
Mula Berhasil: 2018

Lot Peneroka PKT 003 (Blok 16 & 18)
Tahun Pembangunan: 1979-1980 (Getah)
Tanam Semula: April 2014 (Sawit)
Luas: 176.94 Hektar
Mula Berhasil: 2018

Lot FELDA PKT 001 (Blok 99/001)
Tahun Pembangunan: 1977-1978 (Getah)
Tanam Semula: Jun 2012 (Sawit)
Luas: 38.52 Hektar
Mula Berhasil: 2016

Lot FELDA PKT 002 (Blok 99/002)
Tahun Pembangunan: 1978-1979 (Getah)
Tanam Semula: Jun 2016 (Sawit)
Luas: 58.56 Hektar
Mula Berhasil: 2021

Lot FELDA PKT 003 (Blok 99/003)
Tahun Pembangunan: 1979-1980 (Getah)
Tanam Semula: Mei 2014 (Sawit)
Luas: 113.13 Hektar
Mula Berhasil: 2019

Lot FELDA PKT 84 (Blok 99/84)
Tahun Pembangunan: 1987-1988 (Sawit)
Tanam Semula: Dis 2016 (Sawit)
Luas: 26.25 Hektar
Mula Berhasil: 2021
__________________________________________

MAKLUMAT PENEROKA

Ketua Peneroka: Mohd Fitri Bin Abd. Rahman
Ketua Penerokawati: Rossini Binti Misron
Jumlah Peneroka: 430 Orang
Tahun Kemasukan Peneroka:
i) PKT 001: 01.11.1982 (259 Orang)
ii) PKT 002: 01.03.1983 (127 Orang)
iii) PKT 003: 01.10.1985 (44 Orang)

Bangsa:
Melayu: 430 Orang
Cina: -
India: -

Negeri Asal:
Johor: 417 Orang
Negeri Sembilan: 5 Orang
Perak: 5 Orang
Kedah: 3 Orang
__________________________________________

STATUS HAK MILIK

Bilangan Terima Hak Milik: 430 Orang
Tarikh Terima Hak Milik: 11.01.2018
Status: Selesai

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.*PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH & PENGESAHAN SEMULA KEHADIRAN*Untuk makluman tuan/puan, ...
19/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

*PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH & PENGESAHAN SEMULA KEHADIRAN*

Untuk makluman tuan/puan, terdapat *pindaan tarikh* bagi *Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi FELDA Johor di Perantauan* sebagaimana ketetapan berikut:

πŸ“… *Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)*
πŸ•™ *Masa:10.00 pagi*
πŸ“ *Tempat: The MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), The Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor.*

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk *membuat PENGESAHAN SEMULA KEHADIRAN* sebelum atau selewatnya *11 APRIL 2026, jam 10.00 pagi* melalui pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/1gmR3-J1sjl2DE9AaQIZcVnM6ujuL_kcvwH3VbKSMVHQ/edit

Sekiranya tidak membuat pengesahan semula kehadiran, tuan/puan akan direkodkan sebagai tidak dapat hadir. πŸ™

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi wakil sektetariat, Cik Anis Hammani di talian 017-7511531.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Terima kasih dan semoga kita dapat berjumpa nanti, Insya-Allah.

*SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR*

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026 Assalamualaikum dan Salam Maju Johor. Kepada anak-anak dan generasi FELDA Johor perantuan, terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Har...

08/04/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.K...
04/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

Kepada anak-anak dan generasi FELDA Johor perantuan, terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi FELDA Johor Di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, sebagaimana ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: The MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sri Kembangan Selangor

πŸ‘‰ Penyertaan adalah terhad, mohon tuan/puan SEGERA untuk membuat pendaftaran kehadiran melalui pautan berikut (Link V2):
https://forms.gle/FeAVxFp3ktuYZZvA9

Yok seluruh anak-anak dan generasi FELDA Johor di perantauan, kita sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dalam suasana penuh kemesraan, mengeratkan ukhuwah walau di mana jua kita berada. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi Cik Anis Hammani (Urusetia) di talian 017-7511531 .

Semoga majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan, memperluas jaringan dan menyatukan anak FELDA Johor di perantauan.

----

SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR




19/03/2026

Jom sama-sama kita saksikan pesanan daripada MB Johor buat Warga FELDA Negeri Johor..

Terima Kasih MB Johor Onn Hafiz Ghazi 🫢

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin
………………………………..

Alhamdulillah..🀲 Terima Kasih MB Johor Onn Hafiz Ghazi πŸ‘β€οΈ
09/03/2026

Alhamdulillah..🀲 Terima Kasih MB Johor Onn Hafiz Ghazi πŸ‘β€οΈ

08/03/2026

π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π— π—¨π— π—”π—‘ 𝗬𝗔𝗕 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—•π—˜π—¦π—”π—₯ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—™π—˜π—Ÿπ——π—” π——π—œ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯

Pada 7 Mac 2026 di SAUJANA, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, YAB Menteri Besar Johor telah mengumumkan beberapa inisiatif dan peruntukan khas bagi memperkasa kebajikan serta pembangunan komuniti warga FELDA di Negeri Johor.

Antara pengumuman utama adalah Geran Aidilfitri berjumlah RM365,000, iaitu RM5,000 kepada setiap daripada 73 rancangan FELDA bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat rancangan.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM730,000 turut disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) melibatkan RM10,000 bagi setiap 73 rancangan termasuk JKKR Gabungan Wilayah Johor Bahru dan Segamat seperti diumumkan dalam Bajet Belanjawan 2026.

Bagi memperkukuh peranan wanita FELDA, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di setiap rancangan turut menerima peruntukan RM5,000 dengan jumlah keseluruhan RM365,000.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga menyediakan sumbangan bakul makanan kepada setiap ketua isi rumah yang menetap di rancangan FELDA Negeri Johor serta kepada 1,071 kakitangan FELDA Negeri Johor.

Turut diumumkan ialah geran khas RM547,500 kepada 73 Pejabat Rancangan FELDA Negeri Johor bagi menyokong pentadbiran dan pengurusan di peringkat rancangan.

Bagi memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan komuniti, Geran RM200,000 turut disalurkan kepada Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor.

Kerajaan negeri juga meneruskan Kuota Haji Khas kepada 10 orang warga FELDA sebagai penghargaan kepada masyarakat peneroka.

Dalam aspek pendidikan p**a, Kuota Khas Pinjaman Tanpa Faedah di bawah Yayasan Pelajar Johor (YPJ) akan diteruskan bagi memberi peluang kepada 50 orang anak muda FELDA melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan, memperkukuh komuniti serta membuka lebih banyak peluang kepada warga FELDA.

Program Field Day Kualiti BTS FELDA Pemanis 02Pusat Timbang FELDA Pemanis 0215 Oktober 2025 (Rabu)Program Field Day Kual...
15/10/2025

Program Field Day Kualiti BTS FELDA Pemanis 02

Pusat Timbang FELDA Pemanis 02
15 Oktober 2025 (Rabu)

Program Field Day Kualiti Buah Tandan Segar (BTS) telah berjaya dilaksanakan pada 15 Oktober 2025 bertempat di Pusat Timbang FELDA Pemanis 02.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga peneroka khususnya kump**an penuai serta pengurusan mengenai kepentingan penjagaan dan penggredan kualiti BTS, di samping memperkukuh amalan pertanian terbaik (Good Agricultural Practices) bagi menjamin produktiviti hasil yang mampan, berkualiti tinggi dan menjamin pendapatan peneroka.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat:

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Manap
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Turut hadir memeriahkan majlis:

β€’ Encik Mohd Fiqrul Amerullah Bin Baharudin, Pengurus FELDA Pemanis 2

β€’ Encik Md. Aseri Bin Mohamad, Regional Controller, FGV Holding Berhad, Pejabat Wilayah Zon 5 Kluang

β€’ Tuan Haji Mohd Noruddin Bin Yusof, Regional Quality Controller, FGV Holding Berhad, Pejabat Wilayah Zon 5 Kluang

β€’ Encik Mohd Noh Bin Ambok Salingkek, Pengurus FELDA Selancar 4/5 merangkap Pengerusi JPPK Kompleks Selancar 2A

β€’ Encik Mohd Nazri Bin Ab Rahman, Pengurus Kilang Sawit Selancar 2A

β€’ Encik Mohamad Rahmad Bin Adam, Area Quality Supervisor, Kilang Sawit Selancar 2A

β€’ Encik Mohd Fitri Bin Abd Rahman, Ketua Peneroka FELDA Pemanis 2

β€’ Encik Abdul Rahim Bin Mohd Yusop, Imam 1 Masjid FELDA Pemanis 2

β€’ Encik Yusairi Bin Yaacob, Pengerusi Koperasi FELDA Pemanis 2

Antara pengisian menarik dalam program ini ialah: Sesi Penggredan BTS – demonstrasi penilaian kualiti Buah Tandan Segar (BTS) oleh AQS FPISB Selancar 2A, Encik Mohamad Rahmad Bin Adam bagi memberi pendedahan secara langsung kepada peneroka mengenai standard dan kriteria BTS berkualiti.

Penyertaan aktif warga peneroka turut diraikan dengan sesi cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka terhadap peningkatan mutu hasil.

Program ini turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu, serta lawatan ke tapak timbang BTS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga inisiatif berterusan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hasil, produktiviti ladang dan kesejahteraan warga peneroka, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Address

Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 12:00
Saturday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat FELDA Pemanis 02 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat FELDA Pemanis 02:

Share